Previous Article
Keluarga Penagih Dadah Yang TerlampauNext Article
Breaking News

Latest Hot

Nora Danish Pasrah Dengan Jodoh Dan Kontroversi

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

TERNYATA ketenangan yang diperolehi ketika berada di Mekah baru-baru ini tidak berpanjangan apabila kepulangannya disambut dengan kontroversi. Sebaik sahaja kaki mencecah ke bumi tercinta, namanya terpalit sebagai ‘orang ketiga’ yang hampir menyebabkan keruntuhan rumah tangga rakan selokasi, Adi Putra yang membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya hanya selepas dua hari pulang mengerjakan umrah.

Biarpun dia sudah menafikan perkara tersebut dan perkahwinan Adi Putra juga sudah kembali pulih, Nora Danish mengakui dirinya masih terkejut dengan kontroversi tersebut.

Pun begitu, sebagai insan yang lebih mengetahui kebenaran yang berlaku dalam kehidupannya, dia pasrah dengan setiap dugaan yang melanda.

Justeru wanita muda ini tidak mahu terlalu ambil pusing dengan gosip itu. Malah dia mengakui pemergiannya mengerjakan umrah telah memberikan satu ketenangan hakiki yang tidak mampu dijual beli.

Merupakan kali kedua melaksanakan ibadah umrah, menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, dia memang sudah menyimpan niat untuk ke tanah suci Mekah setiap tahun.

Berkongsi pengalaman di sana menurut wanita berusia 30 tahun itu, pemergiannya kali ini agak berbeza daripada pengalaman kali pertama yang dilalui setahun yang lalu.

“Jika tahun lalu saya lebih banyak berdoa untuk kehidupan, kebahagiaan dan jodoh namun kali ini saya lebih banyak berserah kepada-Nya,” katanya yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh namun kata Nora, adalah lebih baik untuknya berserah kepada Yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.

Sebagai duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn. Bhd. (This), Nora turut memberitahu, sepanjang 13 hari di sana pada April lalu, dia sangat senang dengan para jemaah lain yang tidak lokek berkongsi ilmu denganya.

“Bukan tidak mahu memikirkan soal jodoh cuma bezanya kali ini saya lebih berserah. Dan sepanjang berada di sana juga saya banyak menghabiskan masa dengan jemaah yang dianggap saya seperti ibu sendiri. Selain beribadah saya juga berkongsi ilmu dengan mereka,” katanya gembira.

Dihambat kontroversi

Mahu tidak mahu, dia percaya dunia yang dipilihnya tidak akan sesekali memberi ruang selesa untuknya terlepas daripada sebarang kontroversi.

Optimis dengan keadaan itu, Nora berkata, sudah lumrah dunia artis untuk dihambat gosip dan kontroversi. Namun tegasnya, selagi termampu dia akan terus bertahan dan menjelaskan keadaan sebenar kepada khalayak.

“Setiap kali ditanya (mengenai sesuatu kontroversi) saya akan terus menjawab perkara sebenar.

“Namun saya percaya perkara ini tidak akan pernah habis dan untuk itu saya sangat bersyukur dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan keluarga serta rakan-rakan yang benar- benar mengenali saya,” katanya.

Selepas dikaitkan menjadi orang ketiga dalam masalah rumah tangga Adi Putra, dia dikejutkan pula dengan penyebaran gambar dirinya sedang berhibur di kelab malam dan lebih mengelirukan gambar tersebut diambil selepas dia pulang dari menunaikan umrah.

“Itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya saya sendiri bingung dengan motif penyebaran gambar itu.

“Seperti yang kita tahu, selepas pulang dari Mekah, malaikat akan berada bersama kita selama 44 hari. Sudah tentu saya mahu berkelakuan sebaik mungkin selepas pulang dari sana,” katanya tersenyum.

Nora juga tidak mahu dilihat seolah-olah umpama seorang yang suci daripada melakukan kesalahan kerana sebagai insan yang lemah, pasti ada kesilapan yang dilakukan.

“Saya tidak pernah potretkan diri saya sebagai seorang yang baik. Sebagai manusia bukan tohmahan dan cacian yang saya mahukan sebaliknya bimbingan. Kalau saya silap tegur dan ajarlah saya,” katanya yang turut menyimpan hasrat bertudung suatu hari nanti.

Percaya perkahwinan bukan penamat cerita tidak enaknya itu, menurut Nora, dia juga yakin status ibu tunggal bukan penyebab kisah peribadinya sering disalahertikan.

“Jika saya memilih untuk berkahwin sekali pun, saya pasti cerita sebegini masih akan melingkari saya. Jadi, perkahwinan bukan penyelesai masalah. Sebenarnya dengan status ini saya lebih berhati-hati untuk menerima orang baru malah saya akui, pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk menjadi lebih pemilih,” jelasnya.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check