Fasha Sandha Dah Berbaik Dengan MertuaPrevious Article
Wajah Rosmah Mansor Tanpa Make-UpNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Mesej Terakhir Forumer CariGold Sebelum Ditembak Mati

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
PETALING JAYA: Mohd Noor Fikrie Abd Kahar dikatakan telah menulis satu siri pesanan yang menyeramkan mengenai kematian dalam satu forum atas talian sehari sebelum dia ditembak mati kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengganas di Filipina.
Suspek yang berusia 26 tahun itu didakwa menjadi ahli dalam forum atas talian tempatan dan menulis dengan menggunakan nama, ‘goddjinn’ lapor oleh sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Melayu.
Menurut maklumat yang dipetik daripada portal web tempatan, CariGold.com yang menjadi hos kepada forum Perbincangan Agama, pengguna goddjinn telah menghantar 11 mesej pada 26 April, yang berkisar mengenai perjuangan menentang musuh-musuh Islam.
“Mati itu sahabat. Dia mengikutimu walau terkadang kamu melupakannya. Berkenalanlah dengannya sebelum ia menemui mu.
Mati membawa kita bertemu pencipta kehidupan. Mati bagi merehatkan seorang syuhada yang penat bertempur fisabillah,” menurut posting berkenaan.
 
Mohd Fikrie telah berlepas dari Malaysia di Sandakan keesokan harianya, dan tinggal di selatan Zamboanga City sebelum bergerak ke Cotabota City di Mindanao dan kemudia ke Davao.
Dalam mesejnya terdahulu pad 26 April, goddjinn telah mengeluh kerana kurangnya peluang untuk mati syahid ketika menentang musuh-mush Islam, dia menulis: “Kasihan orang Melayu yang tiada peluang untuk mati syahid.” Hampir semua entri yang dimuat naik suspek berkahir dengan mesej yang sama: “Dengan nama Allah, Tuhan yang satu, saya menyokong tindakan dan pergerakan Global Jihad bagi menentang pengganas agama dan sekutu kaum kafir, tidak kira apa jua harga mahupun pengorbanan, sehinggalah kemenangan atau mati syahid!.” Tajuk entri tersebut ialah, ‘The Crusades are back’ , mengandungi tiga klip video YouTube yang menampilkan Osama bin Laden dan perang Amerika Syarikat di Afghanistan.
 
Walaupun rakan-rakan atas talian goddjinn tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan identiti tersebut, mesej-mesej itu cukup mengganggu mereka untuk kembali menulis dan bertanya khabar sama ada suspek berada dalam keadaan baik.
“Mengapa anda tiba-tiba fikir mati ini menakutkan,” tanya salah seorang rakan atas taliannya yang turut menulis di forum itu.
 
Bagaimanapun mesej terakhir goddjinn pada 26 April lalu adalah yang terakhir dan selepas itu dia tidak lagi aktif dalam forum berkenaan.
Sejak menjadi ahli dalam forum berkenaan goddjinn telah menghantar sejumlah 2,438 mesej.
Pada awalnya, kebanyakan daripada entri dia tertumpu kepada perniagaan dalam talian, selepas itu barulah goddjinn mula memfokuskan kepada isu agama dan matu syahid bermula awal tahun ini.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check