Gaun Pengantin Berbentuk VaginaPrevious Article
Menu KCF Bercampur Arak Di MalaysiaNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Merlin Musim Baru Mendebarkan (22 Gambar)

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

KEJAYAAN besar drama bersiri epik fantasi, Merlin boleh dianggap sebagai sebuah fenomena yang berlaku di seluruh dunia.
Ia sukses mengangkat nama empat pelakon utamanya iaitu Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James (King Arthur) Angel Coulby (Gwen/Queen Guinevere), Katie McGrath (Morgana).
Sejak tayangan musim pertama pada tahun 2008, drama bersiri pengembaraan epik fantasi ini berjaya mendapat tempat di hati penonton.
Merlin kini telah ditayangkan di lebih 180 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri.
Ternyata, sehingga ke musim keempat, rating Merlin di seluruh dunia begitu menggalakkan dan tinggi.
Bagaimanapun, tahun 2012 bakal menyaksikan pengakhiran pengembaraan epik Merlin dengan munculnya musim kelima yang dikatakan lebih dramatik.
Ia bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik, malah karakter-karakter utamanya juga memberi impak yang mendalam kepada penonton.
Itulah apa yang diperkatakan Colin, Bradley, Angel dan Katie kepada Kosmo! dalam temu ramah menerusi perbualan telefon yang bertempat di Sri Pentas, Petaling Jaya Selangor baru-baru ini.
Tuah Colin
Walaupun bukan pertama kali terlibat dalam lapangan seni terutamanya bidang lakonan, namun, pemilik nama Colin Morgan yang memegang watak utama dalam Merlin mengakui tuahnya semakin bersinar setelah siri TV tersebut berlangsung selama lima musim.
“Tidak dinafikan, setelah memegang watak sebagai Merlin, saya mula dikenali bukan sahaja di negara saya sendiri, malah di negara lain juga.
“Saya rasa sangat bertuah dan berterima kasih di atas sokongan yang peminat drama bersiri ini berikan sepanjang ia bersiaran di televisyen,” tutur lelaki tinggi lampai bermata biru ini.
Tambahnya, dia sama sekali tidak menyangka siri Merlin akan menjadi fenomena seperti hari ini.
“Dari episod pertama lagi Merlin sudah menerima sambutan yang baik. Kami sebenarnya tidak dapat bayangkan bagaimana ia terjadi dan memang sangat terkejut dengan sambutan yang diberikan,” jelasnya.
Katanya lagi, watak Merlin tidak banyak yang berubah, namun dalam musim terakhir ini, Colin menjelaskan, kali ini jalan cerita Merlin lebih bersifat sofistikated dan peminat pasti tidak akan kecewa dengan musim terakhir ini.
Idaman Bradley
Selain Merlin, satu lagi watak penting siri TV ini sudah tentu King Arthur lakonan Bradley James yang pada awalnya merupakan putera dan pewaris kerajaan Camelot.
Dia menaiki takhta menggantikan mendiang bapanya, Raja Uther.
Ujar Bradley yang merupakan kelahiran Devon, England ini, sememangnya King Arthur merupakan karakter yang sangat dinanti-nantikannya sepanjang penglibatannya dalam lima musim Merlin.


TUNJANG utama Merlin (dari kiri), Angel Coulby, Colin Morgan, Bradley James dan Katie McGrath.




“King Arthur merupakan watak yang dinanti-nantikan seumur hidup saya. Ini kerana King Arthur bukan sahaja karakter yang dikenali di United Kingdom sahaja, malah di seluruh dunia.
“Saya berasa sangat berbesar hati melakonkannya dan berbangga setiap kali mengingatinya,” tutur Bradley.
Ditanya tentang apa yang paling digemarinya sepanjang terlibat dengan Merlin, jawab jejaka berusia 29 tahun ini, dia paling suka ketika babak melakukan adegan berperang bersama pelagak ngeri.
“Saya sangat teruja dan seronok bersama mereka sepanjang babak tersebut. Mereka sentiasa bertenaga dan sentiasa tampil dengan gerak aksi yang kreatif.
“Saya juga seorang yang lasak jadi, ia bagaikan keseronokan bagi saya melakukan aksi lagak ngeri tersebut bersama mereka semua,” jelasnya sambil ketawa kecil.
Angel merindui Katie
Dalam musim kelima Merlin, Angel Coulby yang sebelum ini melakonkan watak pekerja istana, Gwen mula menjiwai watak Queen Guinevere selepas mengahwini King Arthur. Kali ini dia perlu lebih banyak bersemuka dengan wanita sihir jahat yang bernama Morgana.
Namun akuinya, setelah beberapa musim berlalu, penampilannya bersama Morgana yang dilakonkan oleh Katie McGrath itu, semakin kurang.
“Ya, memang kami sudah lama tidak bekerja bersama dalam Merlin. Rasanya mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun kami tidak ada babak yang menggandingkan kami secara langsung.
“Bagaimanapun ada beberapa babak saya kembali bergandingan dengan Katie menerusi beberapa siri terakhir dan saya sangat gembira bekerja bersamanya semula. Nantikan kemunculan babak kami kerana ia merupakan babak yang tegang berlaku antara Gwen dan Morgana,” jelas wanita kelahiran London, England ini.
Katanya lagi, dia serta pelakon lain sangat berterima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh peminat saban tahun.
“Dahulu, ketika penggambaran bagi musim pertama Merlin, hanya empat orang sahaja yang duduk di tepi tembok dan menjadi penonton.
“Kini, ia telah meningkat kepada beratus-ratus peminat yang sanggup menonton ‘secara langsung’ di set penggambaran Merlin. Ia merupakan sebuah pengalaman yang paling mengujakan buat kami semua, ” luah Angel.


MUSIM kelima Merlin menyaksikan Angel Coulby perlu menjiwai karakter Queen Guinevere.




Kuasa lebih Morgana
Sepanjang sesi temu ramah dengan media Malaysia, Katie McGrath merupakan individu yang paling banyak berceloteh dan memberikan jawapan terhadap soalan yang diajukan.
Katanya membuka bicara, kesemua mereka berasa bertuah kerana dapat terlibat dalam Merlin.
Selama lima tahun bersiaran di seluruh dunia, mereka sangat gembira dengan penerimaan peminat terhadap penampilan mereka dalam Merlin.
Bagi pengikut setia siri ini, pasti mengetahui jika sebelum ini, karakter Morgana boleh dianggap sebagai kurang pasti dan yakin dengan kuasa dan dirinya sendiri. Bagaimanapun dalam musim terakhir Merlin ini, Morgana menjadi lebih ‘gelap’ dan berkuasa.
“Saya suka dan sangat menikmati karakter baharu Morgana ini. Saya pernah lakonkan watak cerah (baik) dan gelap (jahat) Morgana namun watak gelap ternyata lebih mengujakan saya dan saya memang menggemari watak antagonis ini.
“Kali ini, Morgana seorang yang sangat bijak memanipulasikan keadaan dan menggunakan orang lain demi mencapai apa yang dimahukannya. Ya, saya sukakan semua itu!,” ceritanya penuh teruja.
Katie mengakui dia dan para pelakon Merlin yang lain pasti akan merindui setelah lima musim berkerjasama untuk siri TV tersebut.
“Kami semua telah melakukan yang terbaik untuk menyajikan yang terbaik buat peminat siri Merlin ini. Harapan kami agar dapat memberi kepuasan kepada penonton dan peminat, itu yang paling penting,” tuturnya bersulam emosi.@kosmo online

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check