Mizz Nina Kena Rompak Dalam KeretaPrevious Article
Budak 8 Tahun Diliwat Dalam TandasNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Filem Melayu Sampah Makin Bertimbun

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

 Apa nak jadi dengan industri filem kita yang semakin merudum? Jumlah filem yang ditayangkan pada tahun ini walaupun melebihi 70 buah berbanding tahun lalu (40 buah) tetapi jangan anggap ia satu petanda baik.

Sebaliknya ia adalah malapetaka kepada industri perfileman tempatan.

Sebenarnya malapetaka ini sedang berlaku tanpa kita sedar selepas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan sokongan persatuan seni bersetuju apabila kaedah penayangan dua buah filem seminggu diperkenalkan bermula Jun 2011.

Sebelum ini sebuah filem dibenarkan untuk berada di pawagam selama dua minggu dan para produser boleh mendapat kutipan yang lebih dengan pendekatan itu berbanding sekarang sekiranya filem mereka tak laku.

Filem ‘Zaiton Ceritaku’ hanya mampu mendapat kutipan di pawagam sebanyak RM59 ribu sahaja.

Tujuan pendekatan baru itu adalah untuk memastikan lambakan filem yang menunggu giliran untuk ditayangkan tidak terjadi.

Nahhhh!!! Hasilnya kutipan filem banyak yang ‘bungkus’. Ada filem yang hanya mengutip RM50 ribu sahaja, kos yang lebih rendah daripada sebuah pembikinan telefilem atau drama satu jam.

Ini menunjukkan industri filem berada dalam keadaan bahaya. Finas dan persatuan filem hendaklah melihat semula kaedah penyayangan dua buah filem seminggu itu benar-benar boleh dilaksanakan ataupun tidak?

Filem ‘Adnan Sempit 2′ terbitan Metrowelth yang ditayangkan pada Februari lalu masih menggunguli kutipan tertinggi tahun ini iaitu sebanyak RM6.82 juta

Pada tahun lalu filem yang mendapat kutipan tertinggi mengikut rekod Finas dicatatkan oleh KL Gangster dengan kutipan RM11.74 juta dan diikuti dengan Ombak Rindu yang mendapat kutipan RM10.90 juta.

Filem yang paling rendah kutipannya pada tahun berkenaan ialah Sumpahan Puakadengan kutipan RM460 ribu.

Pada tahun ini mengikut rekod Finas juga, sehingga 18 Oktober lalu menunjukkan ada filem yang mengutip tidak sampai RM100 ribu pun.

Lambakan filem

Trend kutipan yang menurun pada pendapat saya mempunyai beberapa sebab antaranya minat penonton untuk menyaksikan filem Melayu mula berkurangan yang berpunca daripada lambakan filem di pawagam.

Penonton terpaksa membuat pilihan yang tepat untuk melihat kewajaran mereka membayar tiket wayang bagi menonton sesebuah filem.

Bayangkan jika saya penggemar tegar filem-filem Melayu, saya perlu mengeluarkan peruntukan wang membeli tiket untuk menonton lapan buah filem dalam masa sebulan tidak termasuk untuk menonton filem-filem luar.

Bayangkan juga sekiranya saya ingin mengajak keluarga menonton wayang untuk kesemua filem Melayu yang ditayangkan dalam tempoh sebulan, berapa banyak wang yang perlu saya laburkan? Itu baru sebulan… kalau setahun bagaimana?

Faktor ekonomi dan pendapatan isi rumah penonton juga perlu diambil kira. Penonton hari ini tidak akan melaburkan wang mereka sesuka hati untuk menonton kesemua filem yang ditayangkan.

Filem ‘KL Gengster’ arahan Syamsul Yusof antara filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 2011 iaitu RM11.74 juta.

Keduanya pendekatan dua filem seminggu itu selain menggalakkan terhasilnya banyak karya-karya baru, tetapi harus diingat, pawagam kita semakin banyak dipenuhi dengan “sampah-sarap”.

Bermutu rendah

Filem yang dihasilkan banyak yang bermutu rendah. Malah ada juga individu yang tiada pengalaman turut mencuba untuk mengarah filem sehingga karya itu menjadi “busuk.”

Ia turut menjadi pendorong hilang kepercayaan penonton terhadap filem tempatan.

Saya percaya apabila dana dan juga pinjaman boleh dilakukan dengan mudah bagi menerbitkan sesebuah filem, maka lebih banyaklah penerbit dan juga pengarah yang entah daripada mata datangnya akan berebut-rebut untuk buat filem.

Mereka tidak bimbang sekiranya karya itu tidak mendapat sambutan kerana mereka mempunyai saluran lain untuk memperoleh untung iaitu melalui Astro First.

Siapa yang terjerat kalau bukan penonton sendiri? Pada hari ini penonton semakin bijak. Jika banyak karya sampah memenuhi pawagam, kepercayaan penonton terhadap karya tempatan akan hilang.

Saya mencadangkan pihak Finas dan juga bank-bank yang meluluskan pinjaman hendaklah membuat penelitian ketat supaya karya yang dihasilkan itu benar-benar berkualiti memulihkan minat pencinta filem Melayu dapat dikembalikan.

Ketika dunia melalui era transformasi ke arah pendekatan lebih maju, karya-kaya sampah, lawak bodoh dan filem-filem syok sendiri hendaklah dihapuskan. Kalau tidak… maka berterusanlah malapetaka ini.@mstar online

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check