Agbimuddin Kiram Sudah Berjoget Di FilipinaPrevious Article
Gambar Anwar Beraksi Dengan Lelaki,Video Akan MenyusulNext Article
Breaking News

Latest Hot

Bedah Siasat PI Bala Dijalankan,Belum Ada Keraguan

Article   8 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

SUNGAI BULOH: Keluarga P Balasubramaniam sedang menguruskan untuk bedah siasat dilakukan walaupun tiada kecurigaan terhadap berlakunya kecurigaan dalam kematian penyiasat persendirian yang memainkan peranan penting dalam misteri pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu.

Mayat Balasubramaniam tiba di Hospital Sungai Buloh di sini pada pukul 5:30 petang d imana peguam R Sivarasa sedang menguruskan autopsi untuk dijalankan.

Bercakap kepada pemberita, pemimpin PKR itu mendedahkan Balasubramiam mempunyai beberapa masalah jantung pada masa lalu dan mengatakan walaupun keluarga akan menunggu sehingga keputusan bedah siasat keluar, mereka percaya beliau meninggal dunia akibat daripada sakit jantung.

“Kelihatan seperti serangan jantung,” katanya.

Peguam tersebut menambah, Balasubramaniam telah mengadu sakit dada pada waktu pagi dan ahli keluarga telah membawanya ke klinik berhampiran rumah mereka di Rawang.

Bekas penyiasat persendirian itu diumumkan mati di klinik lebih kurang pukul 1:30 petang.

Difahamkan, Balasubramaniam seharusnya menjalankan pembedahan jantung dalam masa dua minggu lagi.

Awal bulan ini, Balasubramaniam dilaporkan disahkan mempunyai masalah jantung apabila tiga daripada arterinya tersumbat.

Keluarga dan rakan-rakan bekas penyiasat persendirian telah berkumpul di hospital menunggu pihak hospital memberi kebenaran untuk bedah siasat.

Sivarasa mengatakan sebaik sahaja laporan polis dibuat oleh ahli keluarga, seharusnya tidak ada masalah bagi pihak hospital untuk menjalankan autopsi.

Kakak ipar Vimalla Annamalay, 43, mengatakan keluarga menjangkakan autopsi akan tamat malam ini dan mereka bercadang menjalankan pengebumian esok.

Apabila diminta memberikan komen berkenaan dengan kematian tersebut, Vimalla mengatakan beliau hanya tahu mengenai masalah jantung Balasubramaniam hari ini.

“Saya tidak tahu semua ini. Hanya hari ini,” katanya.

Awal bulan lepas, Balasubramaniam keluar dari persembunyiaannya dan kembali ke Malaysia, mengatakan beliau mahu membantu Pakatan Rakyat untuk berkempen menjelang Pilihan Raya 2013.

Balasubramaniam atau PI Bala muncul dbuat pertama kali dikhayalak ramai pada 2008 apabila beliau keluar membuat pertuduhan melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam SD pertamanya mengenai pembunuhan kejam Altantuya.

Akan tetapi beliau tampil kembali keesokan harinya untuk menarik semula SD pertama dan keluar dengan SD kedua yang bercanggah dengan yang awal.

Balasubramaniam kemudiannya membawa keluarganya berpindah ke luar negara kerana bimbang dengan keselamatannya.
Oleh Syed Jaymal Zahiid / The Malaysian Insider

Comments

Tak Lupa Komen

Article   8 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check