Pengalaman Gangguan Seram Sejak Tahun 2000 (part12)Previous Article
Gol minit ke-88, Sepanyol ke suku akhirNext Article
Breaking News
  • Pelajar Usia 14 Thn Tinju Muka Cikgu Bertubi-Tubi gambar hiasanDifahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.Semuanya bermula kira-kira jam [...]
  • Video Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad DatuVideo Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad Datu Video ini memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol [...]
  • Lol Papa Gomo Dedahkan Video Orang PKR Onani PulaLol Papa Gomo Dedahkan Video Orang PKR Onani Pula Blog Papa Gomo memang Blog Panas yang banyak membawa isu isu berkaitan dengan moral pimpinan Pakatan Pembangkang. Blog ini sememangnya menjadi ancaman [...]

Latest Hot

Aireen Omar CEO baru AirAsia

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, bagi operasi Malaysia, Aireen Omar, 38, berhasrat untuk mengekalkan agihan pasaran domestik sebanyak 60 peratus yang dikuasai syarikat itu.

“Saya tahu saya berhadapan dengan tugas berat untuk mengekalkan prestasi tinggi ini, tetapi saya percaya dapat mencapai sasaran itu. Semua orang boleh membuat penerbangan, bukan hanya sekarang, tetapi selama-lamanya.

“Kami menguasai 60 peratus pasaran domestik dan 40 peratus agihan pasaran antarabangsa. Kami berhasrat mengekalkannya dan mengembangkannya lagi,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia bagi operasi di Malaysia, semalam.

Aireen berkata AirAsia Malaysia akan terus bersikap kreatif dan inovatif.

Kata beliau, mengekalkan kedudukan peneraju pasaran, disiplin kos dan meningkatkan pendapatan adalah antara cabaran-cabaran yang mengiringi jawatan itu.

Aireen, bekas Ketua Kewangan Korporat Serantau AirAsia, Perbendaharaan dan Hubungan Pelabur, menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, yang akan berpindah ke Jakarta untuk memantau rancangan peluasan syarikat penerbangan itu di rantau Asean, berkuat kuasa 1 Julai.

AirAsia telah menubuhkan sebuah pejabat rantau Asean di Jakarta, AirAsia Asean.

Fernandes berkata sudah jelas bahawa ketika AirAsia melangkah ke dekad keduanya, perlu ada anjakan besar dari segi perspektif, strategi dan operasi kumpulan, untuk mengekalkan trajektorinya.

“Beliau (Aireen) mungkin kelihatan lembut, tetapi beliau agresif, kuat macam saya tetapi dengan pendekatan yang berbeza. Jangan tertipu dengan rupa luarannya,” kata beliau.

Menurut Fernandes, Aireen akan bertanggungjawab secara terus kepada beliau.

Sementara itu, pengasas bersama AirAsia, Kamarudin Meranun, berkata Aireen memastikan AirAsia mencatatkan prestasi tinggi semasa krisis kredit.

“Meskipun syarikat penerbangan lain menghadapi masalah apabila mereka gagal mendapatkan sebarang pembiayaan, Aireen berjaya mendapatkan pembiayaan pada kadar yang sangat berdaya saing untuk membeli pesawat bagi AirAsia,” tegasnya. – Bernama

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check