Rumah Baru Berhantu (part2)Previous Article
Luahan Hati Pengadil Korea Lee Min HuNext Article
Breaking News
  • Papa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi HantuPapa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi Hantu PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang "mesra" dan "peramah" dengan semua orang. Pengarah [...]
  • Pengganas Wanita Kiram Tawan Penduduk LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita [...]
  • Tolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas KiramTolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas Kiram PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, [...]

Latest Hot

Rumah Baru Berhantu (part1)

Article   1 Comment
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
As salam semua…
Saje nak kongsi cerita pasal rumah yang aku baru je beli bulan 7 aritu…Beli from auction kat Jalan Yap Kwan Seng area KLCC nuu~
Rumah ni memang aku dah survey lame dah…lokasi yang menarik, jiran2 banyak Melayu. Depan padang lak tu…Keluasan rumah tanah pulak dalam 22′ x 90′. So dalam 4 biji keta pn aku rasa boleh masuk…rumah ni dah lama ditinggalkan…pemilik dulu beli je rumah ni, tapi tak pernah duduk pun. So kipas, lampu, meter elektik & air pun takda..So umpama macam beli rumah baru la.
Nak dipendekkan cerita, sekarang rumah aku sedang direnovatekan…kontraktor yang aku ambil ni dari Indonesia. Dapat pn daripada kenalan kawan2. Kerja dia memang tip top sebab dah selalu sangat buat rumah2 showhouse & bangunan. Panggil die Wak je la ek. Rumah ni aku belum duduk lagi. So pekerja2 Wak ni memang terus tido rumah tu je malam2…esok terus sambung kerja.


Minggu pertama 

Start renovate tu da start la pecah2 apa yang patut. Gali2 tanah, setup2 machine ape bagai semua…Pekerja2 dia time tu ada dalam 4 orang kalau tak silap………………..


Minggu kedua

Tiba-tiba next week je semua pekerja da tukar orang. Macam masuk batch baru pulak. Aku pun tanya la Wak, kenapa tukaq?? Wak kata, “first batch tu buat kerja pecah2 saja….bab nak naikkan dinding, ikat2 batu, semua kena panggil yang lagi expert.”..Dia diam seketika…pastu dia sambung, “Lagipun batch baru ni orang yang sembahyang dan rajin ngaji malam2.”
Aku pun masa tu takde la nak fikir bukan2. Setakat bersyukur je la, at least rumah aku tu diberkati la sikit sementara aku tak duduk lagi…

Minggu ketiga

Macam biasa aku akan buat site visit lepas aku balik kerja. Sebab rumah baru aku ni pun memang dalam perjalanan pulang..
Wak sambut aku dengan senyum lebarnya dan jemput aku masuk ke dalam rumah aku sendiri. Tiba-tiba aku terperasan ada satu….’ayat’…dekat setiap atas pintu. Tulisan jawi. Aku cuba pronounce jadi,”Amrul Fakruf”. Aku tanye la Wak, “Kenapa dengan tulisan2 ni?”. Dia terdiam sekejap. Lepas aku pujuk2 dia sikit, baru la dia bagitau…”Rumah abang ni ada benda la…”. Terus pucat muka aku. Walaupun memang aku dah boleh agak, sebab rumah tu memang dah lama ditinggalkan..dalam 8 tahun lebih.
Wak sambung lagi,”Sebenarnya dari minggu pertama lagi budak2 saya dah kena kacau..tu yang saya tukarkan dengan batch baru. Diorang mengadu kata tak tahan sangat2 kene kacau…Batch kedua ni ada ilmu sikit..ada sorang tu pelajar tahfiz, dan ada sekolah sindri dekat Surabaya. Dia yang tulis tulisan tu..Umpama pendinding la…..”
Wak sambung lagi, “Mereka bilang selalu ada seorang perempuan bermata merah…..berbaju putih dengan rambut kusut masai, panjang sampai ke bahagian lutut asik kacau mereka…kadang2 dia buat gila, rambut dia terus tutup muka dia sekali…”
Wak pun cerita la macam mana gangguan2 yang dialami budak2 dia…dia bagitau actually ada dua ekor yang tinggal kat rumah tu..”Malam2 masa budak2 saya tgh tidur, tiba2 pintu dihempas sekuat hati. Terus terkejut budak2 saya!…Belum sempat tidur balik, benda tu main lagi dengan pintu tu..boleh pula dia buka pintu perlahan2….Eeeeeeeeekkkkkkkkkkk~ bunyi pintu tu..”
Budak2 saya pn setakat beristighfar dan baca la apa yang patut. Dalam benda tu buka pintu slow2, dia nampakkan muka dia celah2 pintu tu. Dengan mata yang merah, tersengih pandang semua orang dalam bilik. Seolah2 dia nak bagitau yang dia memang ada dalam rumah tu. 
“Hiiii~~~ Hiii~~~ Hiii~~~!!” Wak cuba tiru macam mana benda tu gelak…aku yang dengar ni pun rasa seram sejuk je. Apatah lagi la pekerja2 die yang 1st hand kena kacau direct. Patut la yang 1st batch tu tak tahan… ni pun tak masuk cerita yang lagi sekor tu lagi…..pun asik kacau stail dia yang tersendiri jugak…
Lepas mendengar cerita daripada Wak, aku terkedu seketika. Aku tak risau sangat kalau aku sendiri saje yang akan duduk rumah tu. (Padahal aku ni penakut jugak). Cuma aku risaukan anak dan isteri aku je nanti…Untuk pengetahuan semua, isteri tercinta aku akan melahirkan anak sulung ku bulan ni juga…EDD 19 Dec 2012. So target lepas dia habis pantang nanti boleh terus move in rumah baru yang dijangka akan siap renovate bulan Februari/Mac 2013 nanti..
Isteri aku ni memang penakut sikit. Tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak pun dah jerit2 sambil tutup muka. Kalau betul2 agaknya tak tau la…
Lagi satu sebab ada anak kecik kan..baby lagi..selalu kan kita dengar, budak2 kan boleh nampak benda2 ni…lagi la bertambah kerisauan aku ni. Neway, tu serba sedikit background family ku..Maap termelalut sikit….
Malam tu tak tenang aku tido..dok terbayang apa yang Wak cerita..muka benda tu terbayang2 je..walaupun aku sendiri tak pernah jumpa, tapi daripada carita Wak saje da cukup nak buat bulu roma aku naik…


Minggu 4

Aku datang jumpa Wak lagi. Seperti biasa, Wak dan anak2 buah dia sibuk ikat batu-bata, bancuh simen, potong kayu… Mula2 macam biasa, tanya pasal progress, idea2 baru yang nak diguna pakai…selesai berbincang aku tanya la balik pasal kejadian2 yang pernah jadi lagi kat rumah tu…
Wak letak gergaji yang dia pegang untuk potong kayu, sambil mengelap peluh dia…Dia ajak aku pergi masuk dalam bilik yang pekerja2 dia selalu kena kacau tu. Aku pun dengan nak tak nak memberanikan diri pergi la jugak…masuk je dalam bilik tu, ada la beberapa toto dan sejadah yang digunakan anak2 buah dia untuk tido…dalam bilik tu jugak la Wak mula bercerita pasal benda yang lagi sekor nih…kalau sebelum ni menyerupai perempuan, yang lagi sekor ni lain pulak…………
“Badan dia tinggi bang…kurus saja…lepas tu berbulu…yang paling menakutkan pasal muka dia…”
“Kenapa dengan muka dia Wak?” Aku tanya.
Wak balas,”Benda tu….tak ada muka.Kosong ja”
Aku da mula terbayang bukan2 dh. Kalau ada muka pun masalah, ni tak ada muka macam lagi menakutkan! Aku sambung la tanya, macam mana benda tak ada muka ni ganggu pekerja2 dia.
“Macam-macam benda dia buat…tapi yang paling mengganggu budak2 saya, dia suka melekat dekat siling. Umpama macam bila budak2 saya tengah tidur, dia kluarkan bunyi Pssst~ Pssst~~~!. Bila budak2 saya bukak mata saja, tengok benda tu tengah melekat atas siling tengah pandang2 mereka semua tengah tidur.”
Wak sambung lagi,”Kalau ada yang menjerit ketakutan, benda tu trusjatuhkan diri dia ke arah sapa yang menjerit tu, sambil hilang macam tu saja.”
Aku beristighfar panjang…tak dapat aku bayangkan betapa takutnya keadaan macam tu..dan2 tu la aku dongak atas tengok kat siling..Alhamdulillah tak nampak apa2…mungkin sebab time tu tengah siang..benda tu selalu kacau malam2…
Kejadian seterusnya dialami oleh Wak sendiri. Masa tu Wak dah nak masuk tidur..dalam pukul 12.30am macam tu…
“Masa saya tengah gosok gigi tu, ada cermin depan sink. Mula2 tak ada apa2 la. Lepas saya tunduk untuk berkumur, angkat saja muka, tiba2 benda tak ada muka tu yang ada dalam cermin tu! Serentak dengan tu tiba-tiba kedengaran suara perempuan menjerit sekuat hati!! Ntah dari mana datang.” Cerita Wak dalam keadaan terketar-ketar sikit suaranya..
Wak menarik nafas panjang…seolah2 sangat seksa untuk sambung ceritanya…aku pula yang rasa bersalah sebab bertanya…
Tapi Wak tetap meneruskan ceritanya, seolah2 tak nak buat aku rasa bersalah.
“Saya dengan terkejutnya, cuba nak lari keluar. Entah macam mana pintu pulak tak boleh buka. Seolah-olah ada benda yang menghalang saya dari keluar. Saya cuba toleh balik ke cermin……….wajah si tak ada muka tadi diganti pula dengan perempuan berambut panjang tu! Dengan mata yang merah dia merenung saya…”…..
….”Dalam kelam kabut tu saya tetap cuba untuk keluar dari bilik air tu. Pintu sedikit pun tak ada tanda-tanda nak bukak. Dengan tak semena-mena, lampu pulak tiba2 terpadam. Bertambah2 panik saya, bang….” Aku diam dengan tujuan tak nak mengganggu ceritanya…”Kemudian saya rasa kepala saya ditarik2 dan dalam keadaan panik dan gelap tu, saya rasa saya terhantuk dinding dan saya terus tak sedarkan diri…..beberapa jam kemudian barulah saya sedarkan diri..terbaring atas toto dikelilingi anak2 buah saya…”….
…”Mereka cerita yang saya dijumpai dalam keadaan tak sedar diri terbaring dalam bilik air. Yang buatkan saya pelik, mereka kata mereka tak dengar apa2 kekecohan yang terjadi dalam bilik air tu. Cuma mereka perasan yang saya lama sangat dalam bilik air.”
Aku pun dah mula rasa bersalah dengan Wak…sebab aku yang suruh dia renovatekan rumah aku…dan sebab tu la jugak dia dan anak2 buah dia kena kacau sebegitu teruk sekali..Wak membalas dengan mengatakan tu memang kerja dia..sebelum2 ni pun dia pernah kena benda2 ni…cuma kali ni lain sikit… 

Comments

Tak Lupa Komen

Article   1 Comment
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check