Video Payudara Model Di Patuk UlarPrevious Article
Nazmi Tumbuk Kapten QatarNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Pontianak Dan Langsuir Tumpang Memancing

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Tempat = puncak bukit Polo Iskandar, Ampang-Ipoh
Masa = 6 petang
Ahli = 5 orang
Suspek = Cik Pontianak dan rakan-rakan

Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku dgn the geng dengar ada banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang cina bela. kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.

Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. kira penghujung jalan dan last punya lombong.Sampai je, sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap2 kereta pasal senang nak turun balik karang. (nasib baik)

sampai jer terus semua ambil port memasing. lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik sekor jelawat lebih kurang 3 kilo. wow! sgt lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena.

Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng….

2 orang kawan aku tgh pasal unggun api.. nak bagi terang kawasan. walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak pasang api kan..

aku plak duduk kat pancing sambil sembang2 dgn kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yg mencurigakan.

uuuiii… uuuiii…uuuuiiii……

kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yg tak makan umpan. hampeh betul. Aku cuba mengamati bunyi tu betul2, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. aduh.. ini dah lebih. dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. bunyi tu masih lagi berlanjutan..

tiba2 kawan aku yg lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tgk balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii…uuuiiiiiii berselang seli dgn tangis budak makin kuat… kompom Cik Ponti…

Tak boleh jadi, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik.. 2 orang kwn aku yg tengah pasang unggun api tanak balik pasal diaorang kata baru sampai. Hampeh betul. aku cakap kat diaorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik. Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh, baru perasan, bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. adeh.. siye betul.

Tapi apa nak buat, kena lalu jugak. takkan nak tunggu situ lagi. hehe, kita orang pun berjalan pegi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam.. kejap ada lampu kejab takde. hehehehe…

masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yg tau. bulu roma dah meremang sakan. masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai…. semua lompat masuk dalam kereta. aku try start kereta, Alhamdulillah, boleh start. terus masuk gear satu dan jalan.. tak tengok belakang dah… hehe.. takut siott

ingatkan gangguan dah habis, tapi masa turun dari puncak bukit tu, ada 2 kejadian aneh.

1. masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. semuanya hanya berpandukan lampu kereta. tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. yg paling best motor tu tak pasang pun lampu. huhuhu…

2. masa turun kami bertembung dgn dengan teksi. teksi tu menuju ke puncak bukit. kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. syoohh.. jgn tegur.. biarkan je dia. adui.. masa berselisih dgan teksi tu, aku menjeling tgk apa yg ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau.. orang yg bawah teksi tu warna hijau…nasib baik aku yg jeling tengok dia. bukan dia yg menjeling tengok aku.. kalau tak kompom 180kmj turun bukit tu,. hahaha

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku di area Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta.. Adoyai.. mengikut balik la pulak. kami semua masuk dalam rumah. semua mandi dah semayang. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam.. Alhamdulillah.

huhu…

inilah salah satu cerita seram aku dalam dunia sebagai pemancing tegar.. hehe… agak menyeramkan.. kalau korang ada cerita, silalah berkongsi. mari bertukar cerita seram semasa memancing.. hehehe

p/s jgn memancing time senja.. nanti ada benda teman… hehehe




CERITA DUA

Tempat = Belakang Masjid Ubudiah,Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Masa = 9-12 Malam
Ahli = 7-9 orang
Suspek = Cik Langsuir


Kembali dangan cerita pemancing edisi seram. hehe…

Kisah di berlaku di sekitar tahun 1996-97. Lama dah, tapi masih segar di ingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam di Sungai Perak. Sebenarnya sgt banyak port utk memancing lampam di sekitar bukit chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing di belakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. Walaupun dengar2 cerita tempat yg nak dituju agak keras. Tapi disebabkan ramai, dan musim lampam tgk rancak, hantu setan tolak tepi dulu… hehehe

Nak di jadikan cerita, dalam ramai2 tu, ada seorang yang last minit kensel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai2 mengutuk budak yg tak jadi pergi tu kononnya dia tu penakut la, anak emak la, memacam la kene kutuk budak yg tak jadi pergi tu.. hehehe…

Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta mmg tak muat. mana muat 8 orang naik kereta beb… hehehe…

Sampai je ke destinasi, kami semua kene turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yg berdataran. Lokasi sesuai untuk memancing. turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita, semua pasang jorang dah letak umpan. Umpan pulak pakai perut ayam yg dah peram 2-3 hari, dia punya bau… wow, hehehe… tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam. hehehe…kami semua duduk berbaris di tepi tebing sungai,

Masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat. tapi aktiviti memancing diteruskan, ikan tgh main, takkan mau berenti kot..

tiba tiba.. jeng jeng jeng…..

plop ..!!! plopp…!!!

Bunyi air dilempar batu2 kecil. Mula2 kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul2, kami dapati bunyi itu terhasil dari batu yang dibaling kedalam sungai…

Pada mulanya, semua orang pakat2 buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi… yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dgn tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan sorang pun yang tak kena baling dgn batu. power betul orang yang baling tu.

dan kami mulanya ingatkan orang yg baling batu itu adalah kawan kami yg tak jadi pergi, tak puas hati kene kutuk punya pasal, saja je datang senyap2 dan nak takutkan kami semua. jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada.
Ada la dua-tiga orang yang mulutnya mak babak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yg baling batu tu. hehehe… Hati memasing mula rasa tak sedap. kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk.Baru je letak punggung kat atas tanah,

Bedebab..!!!!

seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul2 dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tau la.. terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul2 di tepi tebing. aku pulak time tu dah tgk kira kanan, kalau sorang start lari.. aku pun lari jugak.. takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari… tu yg terpacak je semua tu.. hahaha….

Nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan… elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan..terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai…. masa dia terbang atas kepala tu, semua otomatik meniarap atas tanah takut kene sambar, angin mmg kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang…

Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yg kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit, sekor2 kelam kabut nak naik dulu… hahahaha… dan yg paling tak bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yg ikan lampam tertinggal… hahaha… sorang pun tak berani nak patah balik amek…

P/s jgn takbur walaupun kita ramai… pasal benda tu, dia sekor pun dah cukup… hehehehe

Thanks to LIpas_penIn

. “xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ”

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check