5 Cara Berkesan Hilangkan MengantukPrevious Article
Kisah Seram Mati Hidup Semula (part 2)Next Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Kisah Seram Mati Hidup Semula (part1)

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Tempat = rumah saya kat singapura
Masa = perayaan pemujaan roh orang cina
Ahli = ramai orang
suspek hantu = segala jenis jin mungkin jin kepala toncet pun ada kot tapi tak kelihatan pulak

malam ini saya ingin menceritakan kisah kematian saya……….

bila kita sebutkan mati maka kita perlu berpegang kepada beberapa perkara . iaitu apabila nafas terhenti, apabila nadi tiada, apabila jantung berhenti berdengup dan

kesimpulannya aliran darah dan aliran udara telah tiada ditubuh, jelaslah orang itu telah mati. itulah yang berlaku pada saya

walaupun sebenarnya kisah ini berlaku kepada saya, namun oleh sebab ia berlaku ketika saya terlalu kecil iaiatu ketika berusia 3 tahun, maka saya telah gagal. mengingati kisah ini. walau pun begitu saya telah merujuk kepada ibu saya dan abang kepada ibu saya yang akan saya sebut wak dalam kisah ini. saya akan cuba

menceritakan kisah ini setepat mungkin berdasarkan apa yang mereka ceritakan kepada saya.

malah ketika baru baru ini apabila saya ingin mengetahui kembali kisah ini dari ibu saya, beliau seperti enggan menceritakan kisah ini kepada saya. ntahlah mungkin

kisah ini adalah pengalaman antara yang terburuk dalam hidupnya. namun setelah saya pujuk ibu saya beberapa kali baru beliau sedia ceritakan kisah ini kepada saya

dan saya bawakan kisah ini kepada anda semua. ketika akhir ibu saya menceritakan kisah saya ini kepada diri saya beliau berpesan kepada saya ini adalah peluang

kedua dalam hidup saya jangan sia siakan ………

itulah pesan dia kepada saya……

seperti biasa saya tidak minta anda mempercayai kisah saya, namun cubalah dapatkan sebanyak mungkin pengajaran dari kisah yang saya paparkan disini. ini kerana

tujuan saya menulis adalah yang pertama untuk menasihati diri saya. dalam saya menasihati diri saya diharap para forumer dapat berkongsi sama nasihat ini dan kita

sama sama amalkan. mana yang baik jadikan tauladan buruk jadikan sempadan. ingatlah pengalaman yang kita dapat dari kehidupan adalah antara guru kita yang

terbaik.

ok kita mulakan sekarang……………

seperti mana yang saya sebutkan diatas pengalaman seram ini berlaku ketika saya berusia lebih kurang tiga tahun. diwaktu itu saya telah pandai berjalan jatuh. seperti

kanak kanak lain seusia saya adalah perkara biasa jika saya cuba meneroka dunia. oleh kerana kemampuan baru yang baru saya berjaya miliki, iaitu berjalan, hal ini

benar benar membantu saya untuk meneroka alam kejadian tuhan. tapi tidak disangka sangka perkara itu telah membawa satu tragedi dalam hidup ini dan kesannya

sehingga sekarang iaitu saya pernah mati……………….

pada suatu petang, iaitu pada hari pemujaan roh dikalangan masyarakat cina, abah telah pulang awal dari tempat kerjanya, memang dah jadi kebiasaan apabila ada

sesuatu perayaan bagi masyarakt cina, majikan abah akan lepaskan pekerjanya tak kira bangsa dan agama untuk pulang awal,

ini kerana singapura adalah sebuah kepulauan tanah melayu yang dikuasai oleh bangsa cina. jadi tidak hairanlah jika tahun baru cina disambut dua hari berbanding hari

raya puasa disambut sehari sahaja. lebih malang lagi apabila hari raya qurban tiada cuti. kalau tak silap sayalah.

memandangkan abah yang pulang awal iaitu sekitar sejam selepas zohor tiada apa yang abah lakukan. hanya berehat rehat sambil bermain dengan saya. manakala

mak seorang suri rumah tangga sepenuh masa menghabiskan masanya didapur. manakala along pula telah pergi ke madrasah untuk mengikuti kelas fardhu ain. saya

lupa nama madrasah yang along belajar tu.

selepas abah keletihan bermain main dengan saya, abah telah berehat diatas kerusi. melihatkan abah yang telah berehat saya telah kedapur untuk bermain dengan

mak. oleh kerana mak terlalu sibuk waktu itu mak telah meminta abah untuk membawa saya ke bawah rumah untuk bermain main dengan saya.

memandangkan perbuatan saya yang benar benar mengganggu mak ketika didapur, abah yang sedang keletihan meninggalkan rehatnya untuk membawa saya

bermain main dibawah rumah. memang kebiasaan abah apabila mempunyai masa terluang abah seringkali membawa keluarganya berjalan jalan sekitar singapura.

malah seingat saya selama saya 5 tahun di singapura telah 3 kali kami sekeluarga pergi ke tiger balm dan banyak lagi tempat pelancongan menarik yang telah kami pergi.

untuk pengetahuan pihak forumer ketika kami sekeluarga dulu tinggal di singapura kami tinggal di rumah pangsa di bukit timah. disitu kami telah menyewa rumah yang

disediakan oleh kerajaan.

abah pun telah membawa saya ke bawah rumah. tangan kecil saya di pimpin oleh abah. berjalan jalan disekitar bawah rumah flat. maklumlah selepas hampir lima

tahun along dilahirkan baru kini abah memiliki seorang anak lagi. sudah tentu abah sangat meyayangi saya. harta nya didunia akhirat.

oleh kerana hari itu adalah hari pemujaan roh masyarakat cina telah mula memasang colok dari waktu siang lagi. mengapa mereka pasang colok anda boleh tanya

dengan masyarakat cina atas kepercayaan mereka itu.

seperti kanak kanak lain yang seusia dengan saya , peluang untuk kebawah rumah adalah peluang yang amat ditunggu tunggu . hal ini keadaaan rumah yang amat

sempit telah mengakibatkan hidup kanak kanak saya seolah olah di dalam penjara. maklumlah rumah kami di singapura amat kecil tiada bilik langsung, kadang

kadang apabila saya menonton drama tv hong kong di waktu petang sekitar tahun 1990an yang menunjukkan kehidupan masyarakat miskin di hong kong, dimana

rumah yang mereka diami amat daif dan tidak mempunyai bilik, saya terkenang kehidupan kami sekeluarga.

saya berjalan jalan dipimpin oleh abah dan ada kalanya abah mendukung saya apabila kelihatan saya mula letih berjalan. peluang berjalan jalan dibawah telah saya

manfaatkan untuk meneroka dunia baru. pemandangan diwaktu itu sekitar kawasan rumah amat di penuhi colok colok cina. udaranya sentiasa berbau bau yang amat

kurang enak untuk dihidu. colok cina merata rata di setiap sudut.

oleh kerana setiap hari ibu memang melarang saya bermain api dan saya di ajar bahawa api adalah benda yang bahaya, maka saya telah menyepak colok colok yang

terdapat disekitar saya. yelah api mesti dipandamkan kalau tak takut terbakar pulak. mungkin itu pemikiran dibenak saya ketika itu. perbuatan saya itu telah dilarang

oleh abah. namun larangan abah langsung tidak menakutkan saya. dengan seronoknya saya terus menyepak nyepak colok yang terdapat diatas tanah sehingga

padam.

oleh kerana kedegilan saya maka abah telah mendokong saya dengan lengannya. saya agak tidak berpuas hati tapi apakan daya tubuh saya yang kecil tidak mampu

melepaskan diri dari dokongan abah.

saya terus dibawa berjalan jalan di sekeliling kawasan rumah flat kami.kebetulan cuaca pada petang itu amat baik tidak terlalu panas dan agak redup hal ini benar

benar menyebelahi kami untuk terus melihat lihat persediaan mereka menyiapkan upacara pemujaan roh nenek moyang mereka. atau tak silap saya pemujaan hantu.

setelah puas kami berjalan abah telah membawa saya naik kembali keatas rumah. saya yang keriangan dapat berjalan dibawah telah pergi kearah mak yang sedang

sibuk didapur. saya telah mengacau mak sekali lagi, sikap mak yang tak memperdulikan saya telah mengakibatkan saya merengek rengek seperti kanak kanak lain

yang keletihan hendak tidur. mak memikirkan saya telah keletihan dan ingin tidur, mak yang tahu abah pun keletihan tidak meminta abah menidurkan saya, sebaliknya

mak sendiri yang mendukung saya ketempat tidur,kerja mak di dapur telah mak tinggalkan

ketika mak mendukung saya mak baru sedar suhu badan saya amat panas. mak telah mengambil bantal kecil saya dan meletakkan dikepala. dan tak ketinggalan

bantal busuk saya yang bersarungkan gambar kucing. suhu badan saya yang semakin panas membuatkan mak risau. namun melihatkan tubuh abah yang sangat

keletihan dan terbaring lesu tertidur membuatkan mak tak sampai hati mengerakkan abah. fikir mak biarlah abah berehat dulu dan nanti hilang letihnya boleh lah saya

dibawwa keklinik.

ternyata demam saya makin menjadi jadi tapi yang menghairankan saya hanya merengek sahaja. seperti biasa mak akan mendodoikan saya dengan lagu dendang siti

fatimah.sehingga besar ini kadang kadang masih terngiang ngiang ditelinga saya lagu ini walaupun seluruh lagu lirik lagu ini telah saya lupa……….

mak benar benar berharap saya cepat tertidur, mudah mudahan dengan tidur yang saya lalui kelak tubuh saya akan bertambah sihat. namun sebaliknya telah berlaku,

secara tiba tiba saya telah tersedak dan sesudah itu tubuh saya terkulai layu tidak bernafas, mak ketakutan melihat keadaan saya yang tidak bernafas dan menjerit

kepada abah,

“abahnya , abahnya, cuba tengak syam ni”jerit mak kepada abah.

jeritan mak yang ketakutan telah membuatkan abah terjaga dari lena yang baru nak bermula. hal ini membuatkan abah menghampiri mak dengan terhoyong hayang.

abah yang masih mengantuk bertanya mak.

“naper?”tanya abah dengan cemas

“ntah syam dah tak bernafas”mak menjawab pucat dan cemas

sampai dihadapan mak abah agak kaget melihat mak yang sudah pucat ketakutan.kekagetan abah makin bertambah apabila melihat tubuh kecil saya tidak bernafas

dan longlai lesu. abah meletakkan jari telunjuknya kehidung saya. kekagetan abah makin bertambah. tiada nafas yang terlahir dari hidung saya. abah terus

menekupkan telinganya didada saya. tiada kedengaran degup jantung saya.kekagetan abah makin memuncak. dengan menguatkan semangat abah mencapai lengan

saya. malangnya tidak terasa gerak nadi saya.

tanpa nafas. tanpa dengup jantung. tanpa nadi sudah cukup menunjukkan anak bongsunya telah tiada lagi.mungkin lebih tepat jika saya katakan saya sudah

mati………….

abah menyandarkan tubuhnya kealmari kayu di kepala saya. dengan tubuh yang lemah abah terduduk lesu. wajah abah terbayang seribu satu rupa. terkejut, takut,

sedih, kecewa dan segalanya.tiada satu suara terkeluar dari mulutnya.dia merenung tajam keatas jasad kecil saya yang terkulai lesu.

mak yang amat terkejut bertanya abah beberapa kali.

“naper anak kita ni?……….”

“naper?…………”

“naper?…………”

“………………”

tanya mak berkali kali kepada abah. akibat terkejut abah hanya termenung panjang memandang tubuh longlai saya. abah seolah olah tidak mendengar pertanyaan

mak. abah seperti tidak mempedulikan pertanyaan mak. mungkin ketika itu abah cuba belajar untuk menerima taqdirnya. anak yang ditunggu selama 6 tahun. anak

yang dibesarkan selama 3 tahun. anak yang baru di peluk dan diciumnya. telah pergi secara tiba tiba selama lamanya. begitulah tuhan boleh mengurniakan dan tuhan

juga boleh menarik kurniaannya kerana anak itu adalah amanah darinya jua.abah mula bersuara perlahan namun jelas kedengaran.

“syam dah takder……..”kata kata abah terputus setakat itu dengan nada sedu yang cuba di tahankannya.

mendengar kata abah mak meraung semau maunya. bertahun tahun dia menunggu kehadiran saya untuk menemani abang saya yang tunggal. namun semuanya

berakhir dengan seketika sahaja.mak benar benar tidak mampu menerima taqdir yang baru berlaku. tiada apa yang mampu dilakukan hanya meneruskan raungannya.

abah terus dengan diamnya. dari mulut abah langsung tidak bersuara akibat terlalu sedih.rumah kecil itu benar benar diselubungi kesedihan yang amat sangat.

hampir setengah jam kemudian raungan mak mula reda.mungkin mak mula belajar untuk menerima taqdir tuhan bahawa anak bongsunya telah meninggalkan dunia ini

buat selama lamanya. mak mula bersuara kepada abah dengan nada tangisan yang masih jelas kedengaran.

“abahnya pergilah jumpa dengna abang hor, minta dia urus perkara ni”arah mak kepada abah

abah yang seperti sedar dari lamunan mengalihkan pandangan kepada mak. riak wajahnya masih kelihatan kesedihan yang amat sangat. digagahkannya tubuh yang

sasa bangun untuk berjumpa abang sulong mak yang tinggal disatu flat dengan kami sekeluarga. abah melangkah lemah seperti tidak berdaya. ntah apa yang difikirnya

ketika itu hanya dia sahaja yang tahu. walau apapun yang pasti abah benar benar sedih dengan musibah yang baru menimpa keluarganya sebentar tadi.

abah meninggalkan mak dengan jenazah kecil tubuh saya. mak menghadap dengan tangisan yang tidak reda.abah keluar dari rumah kami. ditinggalkan mak dengan

saya yang telah terbujur.

abah keluar dari pintu dan menghala kekanannya. rumah wak hor hanya selang 3 pintu dari rumah kami. abah mengetuk pintu rumah wak hor. pintu dibuka oleh wak

sal isteri wak hor. dari dalam wak hor menjerit

“sapa sal?”jerit wak hor

“ajis……”pendek jawab wak sal isteri wak hor

“masuklah dulu jis abang hor tengah makan”pelawa wak sal kepada abah.

“takperlah kak sal saya ada perlu dengan abang hor”jawab abang lemah dan sayu

wak hor yang belum mencuci tangan menuju kepintu.kelihatan perutnya yang agak membuncit turun naik tidak berbaju ketika dia menuju abah dipintu.melihatkan

abah dengan gembiranya wak hor berkata.

“jis,apahal pulak kau dok luar jer? macam rumah orang lain kau buat rumah aku ni. elok lah kau datang. langkah kanan betul kau. aku tengah makan. sal masakkan

asam pedas ikan pari.marilah makan sekali”pelawa wak hor dengan abah

asam pedas adalah kegemaran abah.tapi diwaktu itu asam pedas ikan pari tidak membuatkan selera abah naik.abah hanya mendiamkan diri.air matanya mula menitis.

Sambungan:
Part1
Part2
Part3
Part4 (Tamat)

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check