Kisah Seram Mati Hidup Semula (part 2)Previous Article
Kisah Seram Mati Hidup Semula (tamat episod)Next Article
Breaking News
  • Papa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi HantuPapa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi Hantu PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang "mesra" dan "peramah" dengan semua orang. Pengarah [...]
  • Pengganas Wanita Kiram Tawan Penduduk LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita [...]
  • Tolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas KiramTolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas Kiram PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, [...]

Latest Hot

Kisah Seram Mati Hidup Semula (part 3)

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

“ada hantu nak ambil budak ni sebagai anak angkat dia,hantu ni berkenan dengan budak ni.sebab tu budak ni tadi mati. hantu tu cuba mengaburi mata kita semua

supaya dia dapat mencuri budak ni dari kita.kau ni pun satu yang kau biarkan budak ni bermain colok cina tu buat apa.kalau kita orang tua memang lah kuat tubuh

kita tapi kot budak ni tak kuat lagi.lain kali jangan dibiarkan anak bermain tempat yang bukan bukan lagi lagi waktu senja waktu tu hantu sedang mula keluar mencari

rezeki mereka”terang mbah umar panjang lebar

semua yang mendengar penjelasan mbah umar meremang bulu roma nya.abah mula bersuara

“tapi saya tak bawak budak ni keluar waktu senja”jelas abah

“memang tapi yang kau bawak budak ni berjalan jalan kat tempat pemujaan cina mati tu pehal?”soalnya kepada abah kembali

abah terdiam. mak merenung tajam seperti menyalahkan abah.nasib baik ada wak hor dan mbah umar kalau tak mesti abah puas dileteri mak.tapi apa nak buat

perkara dah terjadi.semua orang tak nak kena tapi dah terkena.malah mak juga tak pasti ntah nak panjatkan kesyukuran atau kesabaran keatas apa yang sedang

berlaku.walau apapun bagi mak saya yang sebegini lebih baik dari saya yang mati.walau sebenarnya mak tak pasti apakah perasaan yang sedang dialami

sekarang.tapi yang pasti semua dalam ketakutan.mbah umar terus bertanya.

“bila budak ni lahir”tanya mbah umar kepada abah

“dalam sejam lepas maghrib”jawab abah

“kalau macam tu kita kena selesaikan sebelum waktu tu kalau tidak……………”kata kata mbah umar terhenti seketika

“kalau tidak apa yang akan jadi”tanya wak hor dengan nada risau

bersambung………..

“waktu kelahiran nya kemungkinan akan jadi waktu kematiannya”jawab mbah umar perlahan

“dah tu apa kita nak buat sekarang?”tanya wak hor cemas

“ntahlah aku dah cuba dengan segenap tenaga aku. tapi nampak gayanya hantu tu terlalu kuat.aku seumur hidupku tidak pernah menentang hantu sekuat ini”kata mbah

umar kecewa

jawapan mbah umar itu benar benar mengecewakan semua orang disitu.tiba tiba mbah umar bersuara lagi

“sekarang ni abang seperguruan ku yang bernama bakar ada disini.dia ni abang angkat ku ketika aku menuntut dipesantren.kau hor pergi kerumah aku minta dia

datang kesini sekarang juga.dia ni bukan takat lautan ilmu agamanya begitu juga ilmu dunianya mungkin dia boleh membantu”kata mbah umar kepada wak hor

kata kata mbah umar seperti memberi satu sinar harapan kepada kami semua. tanpa bertangguh wak hor pergi keluar rumah.mungkin untuk laksanakan apa yang

diperintah mbah umar.

tidak lama kemudian wak hor kembali kepada kepada kami.dengan bertemankan seorang tua belau masuk kerumah kami.mungkin itu mbah bakar yang

dimaksudkan oleh mbah umar.melihatkan mbah bakar masuk mbah umar lantas berdiri menyambut mbah bakar.kelihatan mbah umar bersalam dan mengucup tangan

mbah bakar.seperti seorang adik mengucup tangan abang lagaknya.

mbah bakar seperti tidak memperdulikan mbah umar yang menghormatinya dia terus menuju kearah saya yang sedang terikat kemas.dia berlutut membuka ikatan

ditubuh saya.

melihatkan perbuatan mbah bakar mereka disitu terkejut.pucat lesi muka semuanya.mungkin terbayang keganasan yang akan saya bawa selepas terlepas dari ikatan.

al maklumlah terorislah katakan. saya hanya membuat muka kasihan minta dilepaskan.ternyata perangkap yang saya cipta berjaya memperdaya mbah bakar.mbah

umar menjerit ketakutan.

“jangan akang, budak tu ganas ya amat hatu dalam tubuhnya bijak menipu”tegah mbah umar kepada mbah bakar.

akang atau kang itu bermaksud abang dalam bahasa jawa. memang mereka ni orang jawa yang kepetangan ilmunya.maksud kepetangan pula adalah ilmu mereka

sudah hampir sampai tahap penamat.senang kata tinggi ilmunya

ternyata jeritan mbah umar tidak dipedulikan langsung oleh mbah bakar.beliau terus membuka ikatan mulut saya diikuti ikatan ditubuh saya. sekali lagi manusia

terpedaya dengan hantu yang ada dalam tubuh saya. peluang terlepas dari ikatan tidak disia siakan oleh saya. terus saya bangkit cuba menyerang mbah bakar.tapi

malangnya tubuh saya terdorong kebelakang melekat didinding.seperti ada yang menolak dan menahan tubuh saya didinding.saya menjerit sekuat hati untuk

melepaskan diri.

seperti kesekian kalinya apabila terlepas saja wajah dan seluruh tubuh saya akan berubah pucat kehitaman. muka saya berubah mengerikan. mata hampir tersembul

keluar. urat urat mata merah menambahkan lagi kemerahan mata saya.kecomelan anak kecil hilang bertukar wajah yang amat mengerikan.

seperti tiada apa apa yang berlaku mbah bakar menghampiri saya. tangan kanan nya diletakkan dikepala saya. mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu yang tidak

jelas kedengaran. saya terus menjerit kemarahan yang amat sangat. semakin lama jeritan saya semakin lemah . begitu juga halnya dengan tubuh saya. saya terjelepuk

kelantai.

tangan mbah bakar masih erat di ubun ubun saya. saya pengsan . melihatkan saya sudah terlentang lesu. tangan yang memegang ubun ubun saya digunakan mbah

bakar menyapu seluruh muka dan turun keseluruh tubuh saya. mbah bakar meminta segelas air kosong dari mak.

mak berlari kedapur mendapatkan air. tidak lama kemudian mak kembali dengna segelas air. gelas air diletakkan dihadapan mbah bakar.mbah bakar membacakan

sesuatu kepada air itu lantas diteguk nya dan disembur keseluruh badan saya.muka saya dicuci dengan air itu.saya perlahan lahan bangun.mbah bakar mula bersuara.

“budak ni belum betul elok tapi cukuplah buat masa ni”kata mbah bakar kepada kami semua.

bersambung…………….

“akang memang pantas dan hebat,sudah sewajarnya akang lebih dikasihi dari kami oleh pak kiyai”puji mbah umar kepada mbah bakar

“apa yang ada dalam dada aku ada dalam dada kamu. tapi malangnya kau ni terburu buru. ingatlah terburu buru itu adalah dari syaitan.”sindir tegas dan tajam mbah

bakar kepada mbah umar

mbah umar yang sangat suka di puji terasa benar dengna sindiran itu.beliau menundukkan muka.jelas kelihatan diwajahnya tersipu sipu malu.

mbah bakar bersuara kembali

“asar telah rendah kita balik dulu . kau pun belum solat lagi kan?”soal mbah bakar kepada mbah umar

mbah umar tidak menjawab soalan mbah bakar sebaliknya dia tergesa gesa mengemaskan kembali peralatan perubatannya

mak yang dari tadi lebih banyak diamkan diri mula bersuara

“syam ni mcm mana?”soal mak dengan nada yang risau

“jangan risau nanti lepas isyak bawa dia kerumah kami”jawab mbah bakar kepada mak saya.

selepas mereka bersalaman mbah bakar dan mbah umar kembali kerumah.tergesa gesa mbah umar pulang sehingga beberaap biji limau tertinggal dirumah saya.

mungkin cuba mengejar waktu asar yang semakin rendah kot.

tidak lama kemudian along pulang ke rumah dari kelas fardhu ain.beliau kehairanan melihat saya yang agak pucat dan lebih banyak diam.selalunya bila along balik

saya akan menyambutnya dan along akan menyakat saya.along bertanya kepada mak.

bersambung…………….

“naper dengan syam ni mak”tanya along kepada mak

“dia sakit”jawab mak pendek

along terpinga pinga mendengar jawapan mak. akibat kehairanan berbagai soalan ditanyakan along. namun mak malas melayan karenah anak sulongnya.baginya

waktu ini dia hanya ada seorang anak yang benar benar perlu diseleaikan.begitulah sikap mak jika salah seorang dari kami sakit mak hanya memiliki anak yang sakit

itu.baik saya baik along.samalah sikap mak melayannya.sapa yang sakit itu dilebihkannya.bagi mak dia hanya memiliki dua orang anak apabila keduanya sihat atau

keduanya sakit.kalau tak seperti apa yang saya sebut sebelumnya hanya seorang anak dimilikinya.

melihatkan sikap along yang sebegitu rupa wak hor berkata kepada along

“man malamni tidur rumah wak nak tak?”soal wak hor pada along

“nak, nak, nak,”along menjawab keriangan

along gembira dan terus menyiapkan pakaiannya untuk bermalam dirumah wak hor.inilah peluang terbaik untuk bermain dengan rakan sepermainannya kak nor anak

wak hor. tidak ditaunya kak nor tengah demam, kalau dia tau nescaya enggan dia melangkah kerumah wak hor.

wak hor berkata kepada abah.

“malam ni biarlah sal jaga man kita tumpukan perhatian kita pada syam”cadang wak hor pada abah dan mak

mak dan abah hanya mendiamkan diri tanda bersetuju.sekurang kurang bila along di jaga wak sal ringanlah sikit beban yang sedang ditanggung oleh keluarga kami

melihatkan along dah siap sedia.wak hor berkata,

“mari ikut wak kita tidur rumah wak malam ni pergi salam dengan mak dengan abah”arah wak hor pada along apabila melihat along terburu buru mahu keluar rumah

tanpa mendapat izin mak dan abah

along yang terlupa terus bersalam dengan mak dan abah. mak dan abah menyambut salaman along selepas itu dengan gembiranya along meninggalkan kami semua

dan menunggu wak hor di luar pintu

untuk menunaikan solat asar maghrib dan isyak mak dan abah bergiliran. selepas selesai waktu isyak mak, abah dan saya pergi kerumah mbah umar seperti

dijanjikan.

sesampainya dirumah mbah umar wak hor telah menunggu kedatangan kami.kelihatanya ia sampai awal dan sedang menunggu kami. melihat kami masuk wak hor

tanpa segan silu berkata kepada kami

“langkah kanan korang sampai,nasi dah terhidang tunggu korang jer marilah kita makan sama”pelawa wak hor kepada kami

kami masuk dan bersalaman satu sama lain.

melihat mbah umar yang duduk berhampiran pintu menghadap nasi, saya terus menerpa kearahnya .mbah umar yang mungkin masih rasa kesakitan akibat gigitan saya

bingkas bangun separuh meloncat bersedia menghadapi tindakan saya seterusnya. kelihatan tangan kirinya masih berbalut kain putih akibat luka gigitan saya. langkah

silat dibuka dengan kemas. bunga tari silat dikeluarkan satu persatu.mungkin dia fobia dengan serangan ganas saya siang tadi kot.

kelakuan mbah umar membuatkan satu rumah terkejut dan panik.

ketika tangan kanannya menarikan ligat bunga silatnya saya terus menangkap tangan itu lalu mencium tangan tersebut. saya terus pergi kearah mbah bakar dan

menghulur tangan untuk bersalaman.mbah bakar tidak menyambut salam saya sebaliknya terus meletakkan dua tangan nya kebawah ketiak saya.lantas beliau

mendukung saya dan mengucup dua pipi saya.seperti seorang datuk mengucup pipi cucu kesayangan lagaknya.ciuman dia itu dibalas oleh saya dengan mencium

mesra piipi nya.

bersambung…………..

mbah umar terpaku melihat aksi spontan mbah bakar dengan saya. langkah silatnya kaku terus tidak diteruskan dan tidak ditutup. tubuhnya kaku seperti ada sesuatu

yang tak kena.

mbah bakar pula memalingkan muka dari nya seraya berkata

“kan aku dah kata kau ni terburu buru simpan silat kau dan bersedia untuk musuh bukan untuk sahabat…….”sindir mbah bakar tajam

mbah umar hanya mendiamkan diri tersipu sipu mukanya mendengar sindiran tajam tapi tegas mbah bakar. beliau yang sedang kaku itu terus menundukkan kepala

tangan kanan yang saya cium tadi digunakan untuk mengesat matanya yang tak gatal.sepertinya ia ingin menyembunyikan langkah silat yang baru dibuka.tapi semua

jelas kelihatan langkah itu. kami semua ketawa melihat kelakuan mbah umar itu.mbah umar hanya mendiamkan diri sepertinya tiada apa apa yang berlaku.

kami semua ketawa melihat aksi spontan mbah umar yang bersilat dan membuka keseluruhan langkahnya.ketika saya bertanya dengan mak kisah ini berkenaan

langkah apa yang dibukanya.mak hanya menjawab beliau kurang arif berkenaan langkah silat. tapi yang pastibeliau bukan buka langkah seribu.

kami ketawa berdekah dekah melihat mbah umar yang tersipu sipu malu.

ketawa kami terhenti apabila isteri mbah umar bersuara.

“apa lagi yang korang ketawakan tu mari makan semua”pelawa isteri mbah umar kepada kami semua

kami semua makan bersama sama seperti keluarga besar, dimalam itu kelihatan kedua dua anak mbah umar ada dirumah.mbah umar ni sebenarnya mempunyai 5

anak lagi tapi kesemuanya telah berkahwin dan tinggal dijohor.mbah umar ini sebenarnya adalah rakyat johor yang menetap disingapura.rumah yang diduduki ini

sebenarnya adalah rumah saudaranya yang tinggal ditempat lain.

mak terus kedapur pergi kepada isteri wak hor. memang dah jadi kebiasaaan masyarakat jawa kaum lelaki akan makan dahulu. manakala kaum perempuan hanya

makan selepas kaum lelaki habis makan.ini adalah satu didikan yang diajarkan oleh orang tua tua masyarakat jawa kepada anak anak perempuannya sebagai

menghargai kaum lelaki.

bagi masyarakat jawa kaum perempuan hanya akan makan sisa kaum lelaki sahaja.tapi memang berbaloi kaum lelaki masyarakat jawa dihormati oleh isterinya

sehingga tahap itu, ini kerana kebanyakan kaum lelaki masyarakat jawa sangat kuat bekerja dan sangat mementingkan keluarga mereka.

ketika makan saya telah makan dengan penuh selera sekali sehingga kan agak mustahil saya yang seusia itu boleh makan sebanyak itu. mbah bakar berkata dengan

mbah umar

“lihat tu betul kan aku katakan dia belum selesai lagi”kata mbah bakar kepada mbah umar

“tak per malam ni kita selesaikan insyaallah kita berdua mampu lakukan”jawab mbah umar yakin

selepas makan abah, wak hor, mbah umar dan mbah bakar bercerita di ruang tamu.saya berbaring diriba abah.kedua anak mbah umar hanya menonton tv dan tidak

mengikuti perbualan kami.walaupun keluarga wak hor dan abah sangat raapt dengan mbah umar namun demikian kelihatan anak mereka kurang mesra dengan

keluarga kami berdua.mungkin sebab perbezaan umur yang ketara mengakibatkan perkara ini agaknya.

ketika mereka bercerita kosong abah bertanya wak hor

“man,nor dan kak sal tak datang sekali ke”tanya abah ingin tahu

“mereka ada kat rumah,nasib baik nor dah kebah dari demam kot tak alamat man ajak balik punya,sekurang kurang bolehlah man bermain dengan nor, malam ni

biarlah man tidur rumah aku, lagipun seluruh pakaian untuk sekolah dan bukunya dah siap untuk esok”terang wak hor kepada abah

bersambung………….

“betul tu jangan lah kau risaukan man tu”celah mbah umar kepada abah

abah hanya mendiamkan diri.kelihatan abah kurang berminat mendengar cerita kosong mereka.pemikiran abah lebih tertumpu kepada saya yang diribanya. ternyata

malam yang semakin larut hanya didisi dengan perbualan kosong mereka sahaja. tiada pun tanda tanda mbah bakar mahupun mbah umar berusaha untuk mengubat

saya.abah mula merasa tak selesa.

apabila malam telah benar larut mbah bakar bersuara.

“umar kau pergilah ikut mereka balik aku ada kerja yang perlu diuruskan untuk menyelesaikan apa yang tinggal pada budak ini”arah mbah bakar dengan nada lembut

kepada mbah umar.

mbah umar seperti keberatan untuk meninggalkan mbah bakar seorang diri menghadapi apa yang hanya mereka sahaja tahu.wak hor dan abah pula seperti hilang

keyakinan terhadap kegagalan mbah umar siang tadi.melihatkan mbah umar yang keberatan dengan tidak menjawab apa apa mbah bakar berkata.

“umar aku tahu apa yang kau fikir tapi aku masih rasa aku mampu menghadapi perkara ini seorang diri tapi aku janji sekiranya aku menghadapi kesukaran aku pasti

akan meminta bantuan kau kelak, percayalah”tutur mbah bakar yang cuba menyakinkan mbah umar.

barulah kelihatan wajah mbah umar yang agak cerah apabila mbah bakar berkata yang sedemikian rupa.tapi malangnya wajah abah dan wak hor masih lagi kelat

tidak yakin dengna kemampuan mbah umar.

mbah umar pun menyiapkan kembali peralatannya, dengan berpakaian kemas ia menunggu mak didapur yang rancak bersembang dngan isteri mbah umar,

melihatkan mbah umar dah bersedia abah melaungkan suaranya kedapur

“piah kita balik sekarang”laung abah kepada mak

Part1
Part2
Part3
Part4 (Tamat)

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check