Kisah Seram Mati Hidup Semula (part1)Previous Article
Kisah Seram Mati Hidup Semula (part 3)Next Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Kisah Seram Mati Hidup Semula (part 2)

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

wak hor kebingungan melihat abah. abah yang selalu melawak dan mempunyai sense of humor yang tinggi tiba tiba hilang lawak jenakanya.sebaliknya gelak tawanya

diganti dengan air mata.

wak hor bertanya”ada apa apa ker yang tak kena?”

abah menjawab sayu”syam dah tak ada”kata abah menahan sendu

“pergi mana pulak dia ni?macam mana lah kau jaga anak? dua orang pun hilang seorang tinggal satu”macam lagu 10 budak hitam pula wak hor menyindir abah. wak

hor senyum menyindir kepada abah.dengan nada bergurau.memang abah dan wak hor seringkali bergurau.kalau orang melihatnya kelihatan seperti mereka adik

beradik bukan ipar duai.sikap abah yang kuat berjenaka membuatkan orang mudah mendekatinya.

“syam dah meninggal”abah menjawab pendek suara nya serak menahan tangisan yang tidak mampu dilepaskan kerana terlalu sedih

“apa?”jawab wak hor dan wak sal serentak

“kau kalau nak gurau pun jangan bab meninggal.banyak lagi jenaka kau boleh buat selain ni ada faham.”marah wak hor kepada abah

“kalaulah perkara ini gurauan saya amat bersyukur dengan tuhan”jelas abah serius kepada wak hor

“sal ambik kan baju abang”arah wak hor kepada wak sal

wak sal tanpa membantah pergi ke almari pakaian mengambil baju wak hor.selepas mengambil baju wak sal menuju kembali kepintu menyerahkan baju yang masih

utuh di penyangkut baju.wak hor membuang penyangkut baju dan mengenakan baju dibadannya. belum habis kemeja lengan pendek itu dibutang wak hor berkata.

“jis jom pergi kerumah kau”ajak wak hor kepada abah

“kau pulak sal kunci pintu”nanti abang cuba balik secepat mungkin”kata wak hor pada wak sal

“saya tak perlu ikut ke bang?”tanya wak sal pada wak hor

“tak payah kau jaga nor tu”larang wak hor kepada wak sal

abah dan wak hor menuju kerumah kami.butang baju yang belum siap di kancing wak hor kancing dalam perjalanan kerumah kami. kelihatan nya dua orang itu saling

bersaing untuk menuju kerumah kami.rumah yang hanya selang 3 pintu itu dirasakan sangat jauh.lebih lebih lagi pada perasaan abah diwaktu itu.

sampai dirumah wak hor terus menuju kepada mak dan jenazah saya.

“bang syam dah tak ada…….”raungan mak minta simpati

wak hor tidak menjawab. tubuh kecil saya yang masih terkulai dihampirinya. nafas dihidung saya diuji dengan jari telunjuknya. dengup jantung didada tubuh kecil saya

cuba didengari dengan telinga. gerak nadi cuba dirasa dilengan saya. wak hor hanya mendiamkan diri termenung ia melihat keadaan yang tak diduga.

mak bersuara lagi.

“kak sal kemana?”tanya mak kurang jelas akibat tangisannya

ternyata soalan mak itu seperti mematikan lamunan wak hor.agak terkejut dengan pertanyaan mak, wak hor menjawab

“nor demam dia tengah jaga nor………”jawab wak hor bersahaja

memang selalu sepupu saya nor ni demam diwaktu kecil.dia ni setahun lebih tua dari saya.wak sal pula seringkali bersengkang mata menjaga nor ni………

wak hor telah mengambil mayat kecil saya yang mula menyejuk . didukungnya dengan berhati hati.lantas ia berkata kepada mak saya.

“bawak bantal tu…..”arah wak hor kepada mak saya

tanpa membantah mak saya membawa bantal lapik kepala saya membuntuti wak hor.abah hanya melihat perlakuan dua beradik tersebut. tubuh abah terjelepuk

lemah di tepi dinding.dihadapannya bantal busuk saya bersarungkan gambar kucing.

sampai ditengah rumah wak hor berhentikan langkahnya dan berkata kepada mak

“letakkan bantal disitu”arah wak hor sambil menjuihkan bibirnya menunjukkan kesatu tempat diatas lantai

tanpa suara mak hanya mengikut apa yang diarah oleh wak hor.melihatkan bantal yang telah diletakkan di atas lantai wak hor telah meletakkan dengan cermat kepala

saya diatas bantal tersebut.tubuh saya diletakkan dengan berhati hati tanpa alas.mungkin ini kali pertama wak hor menghadapi kematian ahli keluarga tedekat sehingga

lupa ia hendak mengalaskan tikar di tubuh saya.

tangannya yang sasa mencapai tangan kanak kanak saya. diqiamkan tangan saya keperut.apabila ia berpuas hati meliat posisi saya itu ia beralih arah kepada abah

lantas berkata,

“yang kau duduk situ buat apa ambillah kain untuk tutup jenazah ni”arah wak hor kepada abah

abah terpinga pinga mendengar arahan wak hor. digagahkantubuh nya untuk bangun. di buka almari pakaian dan dicapainya sehelai batik lepas mak. ia menghampiri

kami dan menyerahkan kain batik lepas mak kepada wak hor.kain batik bertukar tangan. wak hor terus menyelimutkan seluruh tubuh saya.

melihatkan tubuh saya diselimuti kain batik lepas mak terus membuka kain itu. mak menangis semau maunya dan cuba merangkul tubuh saya. wak hor menahan tubuh

mak dan berkata kepada abah.

“tahan piah ni,tiap yang bernyawa pasti akan mati,walau apa terjadi hidup perlu diteruskan”wak hor bersuara keras

kelihatan di mata wak hor air mata mula mengalir.mungkin ia sedih melihat adik nya yang baru kehilangan anak bongsu.abah terus memeluk tubuh mak dan cuba

menenangkan mak.mak seperti orang yang sedang histeria menangis tanpa henti.rumah kami dipenuhi suara tangisan mak.

“aku nak pergi minta tolong orang urus jenazah ni. kau berdua jaga jenazah ni.kejap lagi aku balik”kata wak hor pada abah dan mak

wak hor memalingkan tubuhnya dari kami.

tiba tiba dari dalam jenazah saya yang telah diselubungi terdengar bunyi tersedak.mak menghentikan tangisannya. wak hor memalingkan mukanya. abah memasang

telinganya. semuanya berlaku serentak selepas sedakan saya mereka dengari.

dari dalam selimut kelihatan ibu jari kaki kiri saya mula menguit guit.semua wajah tertumpu kearah ibu jari kiri yang bergerak gerak diliputi kain batik mak. jenazah

saya bangun perlahan lahan.kain batik lepas yang meliputi tubuh saya buka perlahan lahan. tubuh kecil saya duduk seperti bangun dari tidur.mak menjerit keriangan

dan berkata.

“anak mak hidup balik”jerit mak

mak membuka pelukan abah yang merangkul tubuhnya.mak menghampiri saya.abah tercengang cengang melihat saya keadaan ini.mak meluru ketubuh kecil

saya.kegembiraan di mukanya memadamkan kesedihan walau air mata belum berhenti mengalir.

rupa rupanya kegembiraan mak hanya sementara.ketika tubuh mak menghampiri saya tangan saya telah menahan muka mak dari menghampiri saya. saya menolak

kasar mak. tubuh mak terdorong kebelakang menghempap abah. abah yang panik semakin bertambah panik. diwajahnya beribu persoalan mula terukir tiada

jawaban.

saya menoleh kearah wak hor. saya senyum.wak hor tidak membalas senyuman saya.diwajahnya kelihatan kecelaruan. senyuman saya dilihatnya amat

mengerikan.mata saya dilihatnya berwarna merah. rupa saya dilihatnya seperti bukan saya lagi. wajah saya yang putih seperti anak cina diwaktu kecil kelihatan mula

menghitam. patutlah wak hor benar benar tergamam seperti melihat hantu lagaknya.yang nyata semua orang benar benar tergamam.

senyman itu saya tamatkan dengan menjelirkan lidah. perlahan lahan saya menggigit lidah saya. secara spontan wak hor terus mencapai sapu tangannya dari poket

dan menyimpulkan sapu tangan itu. simpulan sapu tangan itu dimasukkan dalam mulut saya.dan diikat kebelakang kepala saya.

perbuatan wak hor yang menghalang saya untuk menggigit lidah sendiri mengundang padah. ketika wak hor sibuk mengikatkan sapu tangannya kebelakang kepala

saya tangan kecil saya menumbuk tepat ulu perut wak hor. perut nya yang agak buncit terdorong kebelakang berserta badannya.wak hor benar benar kesenakan

yang amat sangat.

abah yang masih dihimpit tubuh mak yang menghempapnya benar benar tergamam dan tidak tau dan tidak mampu melakukan apa apa.

kesempatan dan ruang kosong itu di manfaatkan oleh saya. dengan pantas dan tangkas saya bangun dan menuju kearah tingkap.saya memanjat mesin jahit ditepi

tingkap dan meloncat tepat kearah tingkap.tubuh kecil saya tersadai ditingkap yang dihalang oleh grill besi bercorak 4 segi kecil.lagaknya seperti spiderman didinding

bangunan mungkin.grill ini memang ditempah khusus untuk menghalang sesuatu yang besar dari keluar melalui tingkap tersebut. saya meronta ronta cuba membuka

grill besi itu.namun gagal.grill besi itu terlalu utoh untuk saya rosakkan.

kalaulah grill besi itu tiada mungkin dihari ini saya roh saya yang sedang menceritakan kisah ini kepada forumer sekalian.bayangkan seperti mustahil tubuh anak kecil

boleh selamat apabila jatuh dari tingkat 11 rumah flet.

melihatkan saya yang cuba membuka grill besi itu abah terus menolak tubuh mak dan berkejar kearah saya. tubuh saya dipeluk dengan kuat dan didukungnya.dia

membawa saya kepada wak hor. dalam kesakitan wak hor membantu dan bergotong royong dengan abah untuk mengunci pergerakan saya.ternyata dua orang

dewasa yang sasa itu berjaya mematikan gerakan saya. abah menjerit pada mak

“piah cepat ambik tali kami dah tak boleh tahan lagi ni” jerit abah kecemasan

mak terburu buru kedapur.tak lama kemudian mak kembali dengan tali sebesar ibu jari kelingking kanak kanak.tali itu memang disimpan oleh mak untuk dibuat

ampaian kain. tali dicampakkan kepada wak hor.seperti spider malaysia david arumugam wak hor menyambut tali dari mak.lantas tubuh saya diikat kemas.ikatan itu

benar benar membuatkan pergerakan saya terhenti.

rumah yang tadinya diliputi kesedihan berubah secara spontan diselimuti kecemasan pula.

melihatkan suasana kembali tenang apabila saya telah diikat mak bertanya

“apa dah jadi ni bang?”mak bertanya dengan suara yang cemas

“ntahlah aku pun tak pasti aku rasa elok aku cari wak umar”jawab wak hor cemas

wajah wak hor masih terbayang kesakitan.

“aku pergi rumah wak umar. kau berdua jangan kemana mana tunggu dia”arahkan wak hor pada abah dan mak

wak hor segera keluar rumah kami mencari wak umar. wak umar ini adalah seorang dukun yang tinggal di rumah flat kami.dia tinggal ditingkat 7.

sesampainya dipintu rumah wak umar wak hor mengetuk pintu itu berkali kali dengan kuat dan cemas.tidak lama kemudian pintu dibuka. seorang tua berusia hampir

60 tahun tercegat di pintu yang telah dibuka.orang tua itu bertanya.

“kau hor mana ajis?”tanya mbah umar kepada wak hor

“saya datang ni sebab anak ajis lah.wak tolonglah ikut saya ada yang tak kena dengan anak ajis”wak hor berkata cemas

“apa yang tak kena? eh, kok yepun masuklah dulu macam tak biasa jer kat rumah saya ni”balas mbah umar kepada wak hor

“lain kali lah wak, anak ajis sakit macam dirasuk”wak hor menerangkan dengna nada cemas

“dah tau sakit nape tak dibawa kesini?”soal mbah umar kepada wak hor

“tak boleh wak ganas sangat hantu merasuknya. senak perut saya ditumbuknya. minta tolonglah wak tengok tengokkan “

“tak pelah biar aku siapkan kelengkapan dulu kau tunggu sekejap”balas mbah umar kepada wak hor.

pintu rumahnya dibiarkan terbuka mbah umar masuk kedalam mengambil keperluannya dan dimasukkan kedalam beg yang biasa dibawa untuk merawat pesakit.beg

yang mirip beg doktor.tanpa membuang masa songkok jawa dikenakan dikepala.berbaju taqwo potongan sunan kalijogo.lagaknya seperti pembesar istana dizaman

melangkah pergi kepintu.itulah pakaian uniform beliau apabila beliau pergi mengubat orang.

“mari kita pergi sekarang”sapa mbah umar kepada wak hor apa bila ia menghampiri pintu

bersambung…………..

wak hor yang masih tergamam melihat ketampanan dan kegagahan mbah umar melangkah terkejut dan tersedar dari lamunan nya. sebenarnya abah dan wak hor

memang kenal rapat dengan mbah umar.mbah umar ini selain pandai ilmu agama dia juga mempunyai kemahiran mengubat orang. dia tinggal dengan isteri dan dua

anaknya.pekerjaannya adalah sebagai tukang urut dan ramai orang datang berurut dengannya.malah abah dan wak hor pun kenal mbah umar kerana abah yang

pernah jatuh kapal pernah dirawat olehnya. malah mbah umar telah menganggap abah ini anak angkatnya.mbah umar telah menyerahkan sebiji batu hitam lonjong

kepada abah sebagai cenderamata darinya sebelum ia balik ke johor. batu itu jika dilihat seperti kayu namun apabila dipegang baru kita menyedari itu adalah

batu.saya masih menyimpan batu itu sebagai kenang kenangan dari arwah abah. sebagai tanda pengikat hubungan antara abah dengan mbah umar ayah angkat abah.

wajah mbah umar telah saya lupa.kami telah terputus hubungan selepas ia berpindah balik kampung dijohor.

abah pernah bercerita walau mbah umar ini telah berusia lebih 70 tahun tapi tubuhnya masih gagah lagi.kalau ia melangkah tidak boleh tidak manis dipandang manusia.
tubuhnya tidak melambangkan umurnya.struktur tubuhnya tersusun kemas.tak hairanlah ramai mak mak janda dan anak dara menyerah diri pada mbah umar.tapi

beliau yang tinggi ilmu agamanya tidak pernah melayan mereka semua. apabila mereka datang dengan alasan untuk berurut beliau hanya menyuruh orang rumahnya

yang mempunyai pengetahuan mengurut sepertinya mengurut perempuan gatal ini. mungkin sikap nya yang jujur pada tuhan dan keluarga membuatkan rumah

tangganya kekal.

abah pernah diberikan amalan yang diamalkannya.malah saya juga pernah terjumpa amalan yang mbah umar amalkan itu tertulis rapi didalam catatan abah. bila saya

tanya berkenaan amalan itu, abah hanya memberitahu belum masa untuk saya amalkan amalan itu. tapi malangnya sebelum abah meninggal dunia abah tidak sempat

mewariskan ilmu mbah umar itu kepada saya. kalau tak mesti saya ini tergolong golongan ganteng hehehhehehehe.

selain itu arwah abah pernah bersahabat dengan wak ali dizaman mudanya.setiap kali panglima salleh atau kiyai salleh turun ke singapura tidak boleh tidak beliau akan

menziarahi wak ali.insyaallah jika berkelapangan saya akan menceritakan kisah menarik wak ali.

malah abah juga yang amat suka merantau dan mudah mesra pernah menziarahi wak kandar johor.banyak kisah menarik yang pernah diceritakan oleh abah

berkenaan wak kandar johor.insyaallah jika berkelapangan juga saya akan menceritakan kisah wak kandar dari sudut pandangan abah.

kita berbalik kepada kisah tadi………….

mbah umar meninggalkan rumah nya terburu buru dengna wak hor. pintu nya ditutup sahaja tanpa mengunci ditinggal pergi. mungkin nanti isterinya yang didalam

rumah akan mengunci pintu itu dari dalam agaknya.wak hor tinggal bersama dua anak lelaki bujangnya seorang masih bersekolah dan seorang lagi telah bekerja selain

dari isterinya.

wak hor dan mbah umar berlari anak menuju kerumah kami.tidak lama kemudian mereka sampai kerumah kami.mereka berdua masuk.

mbah umar separuh terkejut melihat saya diikat seluruh badan.lebih lebih lagi apabila mimik muka saya minta dikasihani oleh beliau. lantas beliau bersuara,

“lepaskan budak tu”arah mbah umar kepada wak hor dan abah

abah dan wak hor berpandangan satu sama lain.melihatkan sikap wak hor dan abah mbah umar pergi kehadapan saya.melutut beliau membuka ikatan dimulut saya

yang kukuh diikat dengan gumpalan sapu tangan wak hor.selepas itu beliau membuka ikatan tali ditubuh saya.

mbah umar benar benar terpedaya dengan mimik muka saya yang benar benar menagih simpati.

abah dan wak hor pula hanya menyerahkan saya kepada mbah umar walau diwajah mereka jelas curiga dan sedang menjangka sesuatu diluar kawal.

merasakan tubuh saya telah bebas tanpa membuang masa saya telah memegang tangan kanan mbah umar.saya terus menyelinap dicelah ketiak kanan terus

kebelakang mbah umar.tangan mbah umar saya pulas kebelakang.saya terus menolak mbah umar.tubuh tua itu terdorong kehadapan.mbah umar yang benar benar

tidak bersedia dengan serangan itu mengaduh kesakitan kerana mukanya mencium lantai rumah saya.

saya terus meluru ke pintu. tanpa membuang masa mbah umar yang masih kesakitan melompat menerkam saya dari belakang.tangan kirinya dapat mencapai baju

saya. hampir robek baju saya dibuatnya.langkah saya terhenti akibat tarikan tangan mbah umar yang amat kuat.saya berusaha menuju kepintu juga.mbah umar

menarik pakaian saya dan saya terdorong kebelakang.sambil berdiri mencekak baju saya mbah umar menjerit

bersambung……….

“kunci pintu tu………..”abah dan wak hor berlumba lumba kearah pintu untuk mengikut arahan mbah umar

ketika mbah umar mengalihkan perhatiannya kepada pintu itu terasa ditangan kirinya pedih. akibat pedih yang amat sangat mbah umar mengalihkan perhatian kepada

tangan kirinya yang sedang mencekak baju saya.dilihatnya saya sedang menggigit lengan kirinya.melihatkan saya menggigit lengan kirinya bertambah pedih dirasakan

dan dia menjerit kesakitan.

tangan kanan nya diangkat keatas untuk menampar muka saya bagi melepaskan gigitan saya itu.menyedari dia yang cuba bertindak ganas saya terlebih dulu bertindak

lebih ganas lagi.saya melepaskan gigitan di lenganya darah terpercik dari lengan hasil gigitan yang telah saya buat.dengan pantas saya menuju kearah kakinya. dengan

kekuatan akibat dirasuk saya menarik kedua kakinya. akibat mbah umar yang tidak bersedia tersembam terlentang jatuh ia ke lantai. tanpa membuang masa saya

melompat tinggi dan menerkamnya.lehernya saya cekik sekuat hati.mbah umar sesak nafas. tubuhnya mula melemah kerana tidak dapat bernafas dengan sempurna.

ketika itu kelihatan mbah umar sangat ketakutan melihat wajah saya.wajah comel saya berganti ngeri . mata merah yang membesar hampir tersembul. muka pucat lesu

kehitaman.wajah yang benar benar menyeramkan siapa yang melihatnya.

melihatkan situasi cemas itu wak hor dan abah terus menagkap tubuh kecil saya.saya meronta ronta dan menjerit cuba melepaskan diri.semakin saya meronta dan

menjerit semakin kuat abah dan wak hor memegang saya.rontaan saya menjadi lemah.kesempatan itu mereka berdua gunakan sebaiknya untuk mengikat saya.mulut

saya diikat kembali supaya tidak cuba membunuh diri seperti tadi.

selesai saya diikat mbah umar menjerit

“jangan dilepas budak tu walau apa terjadi”jerit nya cemas

selepas diikat wajah saya kembali semula seperti sediakala. lebih mengharukan apabila mimik muka saya seperti minta dikasihani.membuatkan simpati siapa

melihatnya

berlainan dngan wajah mbah umar, wajahnya kelihatan agak pucat ntah sebab takut atau sebab kurang nafas. terbatuk batuk dia membetulkan nafasnya yang semput

akibat cekikan ganas dan tak disangkanya.darah mengalir dari lengan kirinya.tangan kanannya cuba menahan aliran darah yang keluar dari tangan

kirinya.penumbuknya digengam erat menahan kesakita. kesakitan jelas terbayang diwajahnya. beliau bertanya kepada abah dan wak hor.

“ngape kau berdua tak bagi tau budak ni ganas sangat”katanya dengan marah kepada abah dan wak hor

“kan saya dah kata lagi dari rumah wak hor budak ni ganas”jawab wak hor kepada mbah umar

“kalau tak ganas lebih baik saya usung jer dia ni kerumah wak”tambah abah menguatkan hujjah wak hor

dengan nada yang mula merendah dan bersahaja mbah umar berkata”mungkin aku terlupa kot”

mbah umar mengambil sehelai kain putih dari begnya.dibalutnya luka ditangannya.selesai usai tangannya diikat kemas mbah umar menghalakan tangannya yang

terbuka kearah saya.matanya dipejamkan mukanya berkerut seperti mengalirkan kekuatan dalamannya kearah saya.ntah nak halau hantu yang merasuk kot.

balutan tangan kirinya itu mula kelihatan merah akibat darah yang mengalir. peluh membasahi tubuhnya .manik manik kecil menghiasi wajahnya. wajahnya

menunjukkan beliau sedang khusuk menghalau hantu dari tubuh saya.

saya pula tercengang cengang melihatnya yang seperti barry prima sedang berlatih tenaga dalam.seperti dalam filem lama indonesia siri jaka sembung yang popular

sekitar tahun 80an.ternyata tiada apa kesan pun yang berlaku keatas saya.

beliau yang agak keletihan membuka matanya.beliau menatap wajah saya kehairanan.

saya ketawa kecil melihatnya kehairanan.oleh kerana mulut saya masih diikat kemas ketawa saya kurang jelas kedengaran.

bersambung…………..

kelakuan saya itu benar benar menyakitkan hatinya.dia menghalakan kedua tangan nya yang terbuka dan menghalakan kearah saya.sekali lagi matanya dipejamkan

dan belau cuba mengarahkan seluruh tenaga dalamnya kepada saya.beberapa minit kemudian beliau membuka matanya.

sekali lagi beliau terpinga pinga melihat saya yang bersahaja.beliau mula bersuara

“piah bawakkan wak semangkuk air”suaranya jelas tapi lembut

seperti abah mak juga telah dianggap oleh nya anak nya juga selain itu juga wak sal begitu juga walau wak sal kurang rapat dengan keluarganya.jika kami datang

kerumahnya bukan takat ruang tamu dapur dan periuk belanga habis dibuka keluarga kami.seperti masuk kerumah kami sendiri.tapi bagi mbah umar itulah yang

disukanya. jika kami datang tidak sampai kedapurnya sewaktu balik dia pasti memasamkan mukanya.

mak saya yang dari tadi melihat kejadian tersebut hanya mampu membatukan diri mula tersedar dengan arahan mbah umar.tanpa membuang masa mak pergi kedapur

mengambil semangkuk air.dengan tergesa gesa mak membawa air kepada mbah umar.semangkuk air itu diletakkan dihadapan mbah umar yang sedang berhadapan

saya.mak kembali membatukan diri ditempat asal ia duduk.

sebaik semangkuk air diletakkan didepan mbah umar beliau telah mengambil beberapa biji limau purut dan sebilah badik dari beg nya.dihiris nipis limau itu .hirisan itu

dibiarkan jatuh keatas mangkuk berisi air.mulutnya tidak henti henti berkumat kamit ntah apa yang dibacanya.

tiba tiba ia bersuara.

“petang tadi ada kau bawa budak ni pergi berjalan jalan dibawah jis?”tanya nya tenang kepada ayah saya

“ada wak……..”jawab abah ringkas

mbah umar terus melihat mangkuk air yang dihiris limau nipis itu.seperti ia sedang mencari maklumat dari air tersebut.tak lama kemudian ia berkata.

Part1
Part2
Part3
Part4 (Tamat)

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check