Rumah Mawi Pecah Kerana BunianPrevious Article
Lelaki Dirasuk Bunian Rosakkan Rumah MawiNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Wanita Bogel Naik Bas Di Singapura

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Wanita Bogel Naik Bas Di Singapura

Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.Wanita Bogel Naik Bas Di Singapura

Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.

Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.

Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.

Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.

Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.

Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.

GAMBAR yang disiarkan asianoneNews menunjukkan aksi seorang wanita bogel yang menunggu dan menaiki sebuah bas di Bedok, Singapura kelmarin.

Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.

Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald’s di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.

Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. – Agensi

SEBELUM INI

SEORANG lelaki dalam keadaan bogel dilihat memasuki sebuah restoran makanan segera di Ridout Tea Garden dekat Queensway sekitar 4 pagi semalam. Lelaki itu dipercayai berusia lewat 20-an dengan awal 30-an tahun. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Sean, yang ketika itu berada di tempat kejadian – di restoran McDonald’s – telah menghubungi laman Stomp.

Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Encik Sean berkata:
‘Saya dan rakan saya berada di McDonald’s itu apabila kami ternampak seorang lelaki tanpa seurat benang pun melangkah masuk. Kami melihat sendiri dengan mata kepala kami.’

Menurutnya, lelaki berkenaan seolah-olah tidak mengendahkan orang-orang dan keadaan di sekelilingnya. Bahkan dia langsung tidak peduli walaupun orang-orang di restoran tersebut kelihatan tidak senang dengan perbuatannya itu.

Dipercayai, tiada seorang pun pekerja di restoran McDonald’s itu melayan lelaki tersebut yang dikatakan ingin membeli secawan kopi. Perkara tersebut dipercayai telah menimbulkan kemarahannya yang kemudian mencetuskan kekecohan di dalam restoran itu.

‘Rakan saya terdengar lelaki itu ingin membeli secawan kopi, tetapi tiada seorang pun pekerja McDonald’s yang melayaninya gara-gara dia tidak berpakaian itu,’ ujar Encik Sean. Beliau selanjutnya berkata lelaki tersebut terus keluar dari restoran itu dan kemudian membuat satu panggilan menerusi telefon bimbitnya.

‘Apabila permintaannya tidak dilayan, lelaki itu membuat bising lalu keluar. Dia berlegar di luar McDonald’s selama sekurang-kurangnya 10 minit sebelum beredar,’ kata Encik Sean yang berada di tempat kejadian itu bersama seorang rakannya.
Semasa lelaki itu berada di luar restoran, Encik Sean sempat merakamkan beberapa keping gambar aksi lelaki tersebut. Encik Sean, bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau tidak membuat laporan polis.
‘Saya dan teman saya ingin membuat laporan polis tetapi kami membatalkan niat itu kerana percaya pihak McDonald’s akan berbuat demikian,’ katanya.
Ketika dihubungi, pihak McDonald’s enggan mengulas tentang kejadian itu. Jurucakap polis semalam mengesahkan bahawa pihaknya menerima satu panggilan berhubung kejadian itu pada 4.35 pagi. Polis telah menahan lelaki itu di luar restoran McDonald’s dan dia kini dirujukkan kepada Institut Kesihatan Mental ( IMH) bagi menjalani ujian psikiatrik. Individu yang berbogel di khalayak ramai boleh dikenakan hukuman denda hingga $2,000 dan dipenjara sehingga tiga bulan.’

p/s: tabik kat driver bas yang tak panik dengan arah lelaki semua duduk didepan.LOL

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check