Tuala Wanita Murah Yang BerulatPrevious Article
Cara Memikat Hati SuamiNext Article
Breaking News
  • Pengganas Kiram Dakwa Dia DiupahPengganas Kiram Dakwa Dia Diupah  TAWAU - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh [...]
  • Video Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan KeluargaVideo Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan Keluarga KUALA LUMPUR: Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul [...]
  • Sultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di MalaysiaSultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di Malaysia ? IPOH – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya menyiasat semua warganegara Malaysia yang menerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu [...]

Latest Hot

Tips Bahagia Dalam Hubungan Intim

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Tips Bahagia Dalam Hubungan Intim

Tips Bahagia Dalam Hubungan Intim
Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

xlupadotcom4

Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya.
Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk ‘bersama’.

2) Menghias Diri
Apabila ingin ‘bersama’, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar saja. Penampilan yang menarik akan menambah semangat suami untuk ‘bersama’. Oleh itu, sebelum ‘bersama’, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik lagi seksi. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum ‘bersama’, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk ‘bersama’ dengan anda.

Cumbuan adalah antara aktiviti permulaan untuk ‘bersama’. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.
Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup ghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan rangsangan di tempat-tempat sensitif.

5) Penuhi Kehendaknya
Ketika ‘bersama’ isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulkan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melakukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas malah perasaan sayang akan semakin kuat.

6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya. 

7) Bersikap Sopan
Ketika ‘bersama’, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk ‘bersama’. 

8)Tidak Mengungkit Kelemahannya
Jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami. 

9) Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk ‘bersama’ menurun. 

10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang ‘bersama’. Sebab hal ini akan menyebabkan kurangnya tumpuan suami dalam menikmati hubungan ‘bersama’ anda. 

11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambahkan semangat suami ketika ‘bersama’.

12) Beri Pujian
Setelah selesai ‘bersama’, jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. Dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang. 

Selamat mencuba!

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check