Emma Maembong Akan Terus Melukis (16 Gambar)Previous Article
Elfira Mimpi Kiamat Terus BertudungNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Ketuat Tumbuh Pada Alat Sulit Tanda Penyakit Kelamin

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

SAYA berumur 38 tahun, kini hamil sembilan minggu anak ketiga. Masalahnya, saya baru menyedari terdapat ketuat kelamin pada alat sulit. Apabila saya ke klinik berhampiran doktor melakukan pap smear dan kini saya masih menunggu keputusannya. Kini saya menyedari terdapat tiga ketuat di sekitar alat sulit.

Saya amat risau dan murung memikirkannya. Saya khuatir berlaku jangkitan kuman terhadap bayi di dalam kandungan. Apa sebenarnya ketuat kelamin, bagaimana saya mendapatnya, adakah berpunca daripada suami, apakah rawatan yang harus saya jalani supaya saya dan bayi selamat. Jika benar suami menjadi pembawa, apakah suami juga harus mendapat rawatan? Adakah saya berisiko mendapat kanser servik?

*Lin, Melaka.
 


JAWAPAN:

Terima kasih Puan Lin. Ketuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat yang tumbuh pada alat kelamin disebut ketuat kelamin. Dalam terma perubatan yang dikenali sebagai genital wart (condyloma, condylomata acuminata, venereal wart). Ini adalah ketumbuhan kecil dan benigna kulit (sering kali keras), pada dubur dan alat kelamin. Ketumbuhan ini berbatu kecil, ada kelihatan sedikit menonjol (seperti bengkak atau benjol) dan ada juga rata, seakan warna kulit, tidak ketara hingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesetengahnya tidak menunjukkan gejala dan mungkin berukuran garis pusat (diameter) sekecil-kecil satu hingga dua millimeter.
 
Biasa

Ketuat kelamin adalah salah satu daripada penyakit yang ditularkan melalui hubungan kelamin (sexually transmitted disease-STD). Ketuat kelamin menjangkiti tisu lembap pada bahagian alat sulit, baik lelaki, wanita atau kanak-kanak. Penyakit ini disebarkan oleh virus Human Papillomavirus (HPV) yang sangat mudah berjangkit di permukaan atas kulit. Penyakit ketuat kelamin tersebar melalui sentuhan langsung kulit ke kulit ketika hubungan seks melalui faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang yang telah dijangkiti.

Gejalanya mula kelihatan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu selepas hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti. Oleh kerana tempoh pengeraman agak panjang, kadangkala gejala hanya kelihatan dalam tempoh beberapa bulan atau tahun dan ada kalanya tidak kelihatan langsung.

HPV boleh merebak melalui hubungan seks dan boleh menjangkiti bayi semasa proses kelahiran atau sentuhan jari yang dijangkiti. Kebanyakan jangkitan adalah benigna (bukan kanser), disebabkan oleh HPV jenis sub-type 6 dan 11. Namun, ada jenis onkogenik dan boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.

Pada wanita, jangkitan boleh bersembunyi di dalam faraj, vulva (bibir faraj), antara alat kelamin dengan dubur atau pangkal rahim. Pada lelaki, ketuat kelamin bertempat di lubang zakar, skrotum (buah zakar) atau dubur. Ketuat boleh menyerang mulut atau tekak jika seseorang melakukan seks oral dengan mereka dijangkiti.

Walaupun ketuat kelamin boleh dirawat dengan ubatan atau pembedahan, tetapi keadaan ini menjadi masalah kesihatan serius.

Kanser serviks

Faktor utama yang menyebabkan keadaan pra-kanser dan kanser serviks untuk kaum wanita adalah virus HPV. HPV tertentu berkaitan dengan kanser vulva, dubur dan penis. Ini lebih penting berbanding faktor lain yang berisiko bagi kanser serviks seperti sosioekonomi rendah, seks rambang, ramai anak, merokok dan usia muda semasa hubungan seks yang pertama.

Untuk makluman, virus HPV didapati dalam 99.7 peratus kes kanser serviks. Virus HPV dikenal pasti antara 90 jenis virus yang menyebabkan kanser serviks manakala HPV 16 dan HPV 18 lebih kerap ditemui. Wanita telah berkahwin atau pernah melakukan hubungan seks perlu menjalani ujian pap smear. Tujuannya sebagai saringan sesuatu populasi wanita untuk kanser atau prakanser serviks, agar wanita yang terlibat mendapat rawatan awal dan berkesan.
 


Gejala ketuat

Terdapat beberapa gejala ketuat kelamin termasuk berbentuk bengkakan halus, berwarna kelabu, merah jambu, kemerah-merahan, hitam atau gelap. Ketuat boleh membesar dengan pantas dan tumbuh bersendirian atau banyak. Beberapa ketuat yang tumbuh berhampiran satu sama lain boleh membentuk bunga kubis. Ini boleh menyebabkan rasa gatal, panas di sekitar alat kelamin, rasa tidak selesa, sakit atau berlaku pendarahan semasa hubungan seks.

Kesan ketika hamil

Penyakit ini boleh mendatangkan masalah semasa hamil jika ketuat membesar, mendorong kepada kesukaran membuang air kecil. Ketuat pada dinding faraj mungkin mengurangkan keupayaan tisu faraj meregang semasa bersalin. Walaupun jarang berlaku tetapi bayi yang dilahirkan oleh ibu menghidap ketuat kelamin mungkin mendapat bonjol daging lembut di dalam tekak dan memerlukan pembedahan bagi menghalang saluran pernafasan tersumbat. Ubat sapu tidak sesuai digunakan semasa hamil, mungkin memberi kesan sampingan terhadap bayi di dalam kandungan. Tujuan rawatan semasa hamil adalah mengurangkan kesan jangkitan kepada bayi. Pembedahan untuk melahirkan anak secara caesarean mungkin dipertimbangkan. Jangan gusar dan khuatir kerana doktor yang merawat akan memantau keadaan puan dan anak dalam kandungan. Dapatkan pemeriksaan berkala dan nasihat doktor. Pujuk suami untuk mendapat rawatan dan penjelasan doktor!

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check