Tebusan 1 Polis,2 Tentera Dan 1 Ahli Umno Akan Dibebaskan Jika Ada Gencatan Senjata-PencerobohPrevious Article
Info Kehebatan Komando Vat 69 MalaysiaNext Article
Breaking News
  • Budak Kecik Kantoi Jolok Wanita Tak pasti sama ada parents budak ni sedar ke tidak.Gambar ini secara tidak sengaja telah dirakam oleh org awam yg melalui kawasan itu.Harap budak ini saja buat secara tak sengaja.Bukan [...]
  • Rahsia Tokey Sendayu Tinggi Pakai Purdah Terbongkar Lagi Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali [...]
  • Gol minit ke-88, Sepanyol ke suku akhir SEPANYOL muncul juara Kumpulan C apabila mengatasi Croatia 1-0 dalam perlawanan terakhir saingan kumpulan, Euro 2012 di Stadium Arena, Gdansk.Gol dihasilkan oleh Xavi Hernandez pada minit ke-88 permainan. Pertahanan Croatia [...]

Latest Hot

7 Minit Mana Boleh Puaskan Isteri

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Kebanyakan isteri memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk capai kepuasan seks setiap kali turun padang. Kekuatan mereka hampir sama dengan pemain bola sepak yang memerlukan 45 minit untuk bermain separuh masa.


Namun di negara kita, 85 peratus daripada lelaki dapat bertahan hanya antara lima hingga tujuh minit sahaja. Ini bukan saya yang kata tetapi satu-satunya pendakwah yang memandu kereta Ferrari di negara ini, Ustaz Azhar Idros. Dari mana ustaz dapat fakta ini, wallahua’lam!

Melihat peratusan ini, ia sangat menggerunkan. Dalam kata lain, begitu ramai wanita di negara kita yang tidak puas seks. Akan tetapi lelaki barang kali masih boleh berasa selamat kerana masih ramai isteri yang demi maruah, tidak sanggup untuk buat pengakuan terbuka mengenai perkara itu.

Sama ada puas atau tidak, mereka diamkan sahaja! Namun adakah mereka selama-lamanya akan terus diam? Saya tidaklah sampai mengatakan mereka akan angkat senjata dan berkumpul di dalam ladang kelapa sawit seperti di Lahad Datu.

Namun itu bukanlah pula bermakna kita sebagai suami hanya boleh duduk berdiam diri. Seperti kata ‘Ustaz Ferrari’, “masaelah ini bukang maing-maing boh!”

Realitinya, mutakhir ini, kes-kes kecurangan wanita yang sudah berkahwin meningkat. Ada sahaja cerita isteri si anu berselingkuh dengan suami si ani. Selain di tempat kerja, hal yang seperti ini kita dengar banyak juga berlaku dalam pertubuhan sosial sama ada persatuan belia atau parti politik.

Untuk dikatakan hubungan terlarang ini ada kaitan dengan isu tidak puas seks seperti yang dikata oleh ‘Ustaz Ferrari’, tidaklah saya berani. Ia juga melibatkan soal hati dan perasaan. Namun apabila bercinta, ‘karan mengaran’ perkara biasa.

Bukan bercinta namanya kalau sepanjang masa hanya duduk bertafakur seperti burung bisu. Dalam isu seks, wanita sememangnya lebih sukar untuk berasa puas. Justeru, untuk sama-sama puas, perlu ada kerjasama, perlu ada usaha daripada kedua-dua belah pihak.

Hubungan intim adalah mengenai memberi dan menerima. Dan memang tidak kenalah jika suami sahaja yang dikerah untuk berusaha. Kerana itu, saya nak bawa satu cadangan kepada semua isteri, belajarlah serba sedikit ilmu mengurut batin lelaki. Berbanding wanita, kemampuan seks lelaki sebenarnya lebih berisiko.

Tersilap sedikit sahaja, mudah sangat ‘si dia’ bermuram durja. Kalaulah isteri juga turut ambil berat, ada harapan ranjang akan sentiasa ‘hot’. Rumah tangga akan lebih bahagia walaupun usia semakin meningkat.

Tanyalah kepada siapa juga orang bijak pandai, doktor pakar sakit tuan, pakar psikologi ataupun pakar urut lelaki, pasti mereka akan jawab, antara punca kelemahan lelaki, selalu kalah awal ataupun berdiri tidak cukup tegap adalah kerana alah psikologi.

Kurang keyakinan diri dan juga kebiasaan yang tidak betul, antara punca utama lelaki menghadapi masalah dalam hubungan seks. Namun jika isteri turut ambil faham isu ini, mempunyai serba sedikit pengetahuan dan kemahiran, hal yang seperti ini mungkin tidak akan berlaku.

Misalnya isteri tahu bagaimana nak menghangatkan suami, tahu waktu yang tepat untuk bertindak dan tindakan yang bagaimana perlu dilakukan dalam sesuatu keadaan, tahu pula cara untuk mengawal supaya sauh dapat dilabuh bersama-sama.

Ya, itu semua adalah kunci kepuasan dalam hubungan kelamin dan alangkah bahagianya pasangan yang tahu menjaga kunci itu. Jika isteri mempunyai kemahiran untuk mengurut, terlalu banyak manfaatnya bagi pasangan itu.

Selain menjimatkan wang dan masa kerana si suami tidaklah lagi perlu berkelana untuk mencari tukang urut terbaik, prestasi suami juga akan sentiasa mantap. Kalau suami jenis yang injap selalu tersumbat, berapa kerap dia perlu berulang alik jumpa tukang urut, kiralah berapa banyak belanja untuk memulihkan injapnya yang tersumbat itu.

Kalau sekali servis RM100 atau ada pula pakej tambahan yang biasanya mencecah hingga RM150, banyak juga tu…Suami mana yang tidak sayang isteri? Kalau pun isteri tidak merungut, suami pasti akan terasa juga jika dia gagal memuaskan isterinya.

Indikator prestasi lelaki mudah dibaca. Kalau sudah lembik, walaupun tidak selembik dodol yang baru diangkat dari kawah, itu tanda dalam zon bahaya. Justeru, isteri belajar mengurut batin cukup munasabah dan diperlukan untuk kebahagiaan rumah tangga.

Tidak perlu belajar sampai jadi pakar, cukup tahu perkara asas mengenai harta peribadi suami dan bagaimana mahu memastikannya kekal ‘power’, itu sudah memadai. Ini kerana, apa yang penting dalam aspek penjagaan kesihatan lelaki ialah konsisten.

Kalau isteri yang mengurut, isu konsistensi tidak akan jadi masalah kerana ia boleh dibuat pada bila-bila masa, termasuk juga sebagai mukaddimah. Lagi pula, kalau isteri sendiri yang mengurut, suami akan lebih yakin diri kerana percaya dia sudah dapat kerjasama isteri untuk sama-sama belayar hingga ke pelabuhan. Selamat mencuba!-Artikel Dari Sinar Harian

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check