Lebuhraya Canggih Yang Menyala Dalam GelapPrevious Article
Alhamdulillah Cantiknya Tudung Permaisuri AgungNext Article
Breaking News

Latest Hot

Remaja Di Rogol 2 Kali Orang Berbeza

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

GOMBAK: Niat seorang remaja perempuan untuk keluar bersiar-siar dengan teman lelakinya bertukar menjadi episod hitam dalam hidupnya apabila dia dijadikan hamba seks temannya itu di sebuah rumah di Batu Caves.

Malah, nasib malang remaja berusia 16 tahun itu tidak berakhir di situ malah turut dirogol rakan teman lelakinya itu ketika diarah menghantarnya pulang ke kediamannya.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang, Khamis lalu.

Sumber berkata, dia yang tinggal di Selayang pada mulanya dijemput teman lelakinya berusia 20-an kira-kira jam 5 petang Selasa lalu dengan motosikal kononnya untuk bersiar-siar.

pic hiasan

“Selepas bersiar-siar, lelaki itu mengajak mangsa ke rumah rakannya di Batu Caves dengan alasan ingin menemui rakannya itu terlebih dahulu dan berjanji akan menghantar mangsa pulang selepas itu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan sebaik tiba, mangsa diminta menunggu di dalam rumah sementara teman lelakinya itu keluar membeli makanan,” katanya.

Sumber berkata, selepas beberapa jam di rumah itu, mangsa meminta teman lelakinya itu menghantarnya pulang, namun gagal apabila lelaki itu memberi alasan tayar motosikalnya pancit.

“Tidak lama kemudian mangsa diajak masuk ke dalam bilik untuk melakukan hubungan seks, namun ditolak remaja berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan.

“Bagaimanapun, mangsa gagal melawan dan diperkosa. Keesokannya, mangsa dihantar ke sebuah kedai motosikal di kawasan berhampiran dan teman lelaki mangsa meminta rakannya itu menghantar mangsa pulang,” katanya.

Namun, sebaliknya berlaku apabila mangsa tidak dibawa pulang tetapi dibawa ke sebuah rumah lain dan sekali lagi dirogol.

“Mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Sri Gombak, sebelum dia menghubungi bapanya menceritakan kejadian yang berlaku.

“Bapa mangsa kemudian mengambilnya dan terus ke Balai Polis Selayang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.@hmetro

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check