(Video) Majalah 3 Kantoi Tipu PenontonPrevious Article
Milo Kucing Pencuri Kunci (video)Next Article
Breaking News

Latest Hot

Curi TV Hotel Guna Tali

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

PASIR PUTEH: Tiga sekawan termasuk seorang gadis bertindak licik dengan membayar deposit RM80 untuk berpura-pura menginap di sebuah bilik di hotel bajet di Baroh Padang Pak Amat, dekat sini, sebelum melarikan televisyen LCD 32 inci, Ahad lalu.
Ketiga-tiga mereka dikatakan menggunakan tali untuk membawa turun televisyen berkenaan menerusi tingkap belakang bilik penginapan setinggi empat meter, kira-kira jam 6 pagi.
Selain televisyen, mereka turut mencuri cerek elektrik berharga RM200 serta dipercayai cuba membuka pemanas air di dalam bilik air, tetapi gagal menyebabkan ia rosak. Kejadian itu menyebabkan pemilik hotel terbabit kerugian RM2,000.
Difahamkan, sebelum kejadian, dua lelaki berusia 20-an datang ke hotel berkenaan kira-kira jam 4 petang dengan motosikal dan dua jam kemudian, seorang gadis berusia lewat 20-an tiba seorang diri di pekarangan hotel dengan kereta Perodua Viva lalu terus memasuki bilik berkenaan. Pemilik hotel, Azizah Abdul Hamid, 48, berkata dia dan suami, Muslim Muhamad, 47, mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan anaknya, Faris, 16, yang curiga dengan kelakuan dua lelaki berkenaan yang keluar dari hotel sambil berkain pelikat pada jam 6 pagi.
Katanya, hanya mereka yang kelihatan manakala gadis berkenaan keluar dari bilik kira-kira dua jam sebelum itu.
“Sebelum Faris masuk bertugas jam 7 petang, gerak-geri dua lelaki termasuk gadis itu turut menimbulkan curiga kerana asyik keluar masuk hotel.
“Mereka turut cuba menyembunyikan wajah apabila menyedari hotel kami dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
“Selepas mereka beredar dari hotel, saya terkejut apabila mendapati televisyen serta cerek elektrik hilangselain keadaan bilik berselerak,” katanya.
Azizah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada hari sama.
Menurutnya, Februari lalu, televisyen bernilai RM1,300 juga dicuri dari hotelnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. dan siasatan masih giat dijalankan.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check