Neelofa Mengganas Saman WartawanPrevious Article
Zain Pasrah Rozita Cintakan BeegoNext Article
Breaking News

Latest Hot

Woi ! Sedarla Sikit,Ujian Dunia Adalah Jambatan ke Akhirat

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam!
Detik berlalu meninggalkan kita. Saat  yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita.  Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Bergembiralah dan senyumlah apabila yang menjadi tetamu kehidupan itu adalah ujian atau musibah. Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan ‘ubat’ agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita.
(Foto oleh: Suhaimi Sulaiman)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati.  Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT.  Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Imran, ayat 139)

Lensa Hati

Lensa Hati adalah ruangan perkongsian foto oleh fotografer-fotografer serata dunia dari pelbagai jenis bidang fotografi. Foto atau gambar menceritakan 1001 macam kisah, tetapi Lensa Hati akan menekankan aspek kerohanian hati dari foto, yakni perkaitan dari foto kepada al-Quran mahupun Hadis Rasulullah S.A.W. dan apa jua perkara kebaikan darinya. Moga apabila kita melihat di alam realiti seperti foto yang dikongsikan di sini, lalu terbitlah ayat al-Quran atau Hadis dari benak hati kita.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check