Punca Aaron Aziz Diserbu Dan Filem Romeo Kota DihalangPrevious Article
Ladang  Untuk Manusia Seks Dengan HaiwanNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Video Kejam Polis Pada Muslim Bangladesh

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Video Kejam Polis Pada Muslim Bangladesh

Video Kejam Polis Pada Muslim Bangladesh

Bangladesh merupakan negara ketiga terbesar mempunyai populasi penduduk yang tinggi di kalangan negara Islam. Ia merupakan antara negara miskin di dunia namun mempunyai potensi yang cerah untuk maju kehadapan. Tidak banyak berita berkenaan negara ini dipaparkan di dada –dada media Malaysia menyebabkan pengetahuan tentang perkembangan terkini di sana jarang diketahui. Tambahan pula ia bukan merupakan berita yang menarik untuk diikuti mungkin disebabkan negara Bangladesh bukanlah sebuah negara menjadi tarikan utama pelancong tambahan pula imej sosial pekerja Bangladesh di Malaysia yang biasanya dikaitkan dengan imej pendatang.

Justeru perkembangan terkini khususnya berkaitan rekod hak asasi Bangladesh jarang kendengaran kecuali terlalu amat sedikit di media arus utama Malaysia. Jika ada sekalipun agak sukar untuk difahami perkara sebenarnya berlaku di sana kerana tiada penjelasan punca sebenarnya berlaku tragedi tersebut.

Pihak yang memelihara dan mempertahankan konsep kemuliaan insan atau “karamatul insan’ amat memandang serius tentang perkembangan terkini berkaitan keadaan politik dan hak asasi manusia di negara Bangladesh. Semenjak Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed dan parti pimpinannya Awami League mengambil alih pemerintahan semenjak awal 2009 telah menyebabkan ramai pihak termasuk beberapa Ngo dari Malaysia dan dari seluruh dunia sangsi dan bimbang akan masa depan demokrasi dan hak-hak asasi sivil rakyat Bangladesh.

Beberapa pimpinan pimpinan dan aktivis parti pembangkang termasuk 7 pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh telah dipenjara, dibunuh, dihilangkan dan diseksa. Sesetengah kes yang lain, aktivis Jamaati dan sayap pelajarnya Chhatra Shibir dinafikan hak dan akses kepada pendidikan dan peluang perkerjaan secara saksama. Sedangkan Jamaati Islami merupakan sebuah pertubuhan parti politik dan pergerakan Islam yang sah bahkan mereka merupakan parti politik ketiga terbesar di Bangladesh serta pernah berada dalam kabinet memegang beberapa jawatan menteri dalam pemerintahan Perdana Menteri sebelum ini iaitu Khaleda Zia. Dari segi sejarah, sebelum perpecahan negara Asia Selatan iaitu India kepada Pakistan dan Bangladesh, Jamaati Islami ditubuhkan oleh Sheikh Abul A’la al-Maududi pada 1941 semasa India di bawah penjajahan British. Selepas 1971, Jamaati Islami wujud di ketiga-tiga negara iaitu India, Pakistan dan Bangladesh.

Mengapa pencabulan hak asasi berlaku di sana? Apakah motif yang menyebabkan Perdana Menteri Sheikh Hasina mengambil tindakan terhadap pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Jamaati Islami? Semua ini terjawab apabila kita menelusuri sejarah Bangladesh secara ringkas semenjak 1971.

Secara ringkas, pada tahun 1971 timbul idea bahawa Pakistan Timur mahukan pemisahan untuk membentuk sebuah negara baru yang kini dikenali Bangladesh. Secara amnya pimpinan Jamaati Islami di Pakistan ketika itu menentang idea pemisahan tersebut atas alasan dikhuatiri Pakistan akan menjadi lemah dan berpecah. Pihak berkuasa Pakistan mula bertindak agresif, menyeluruh dan ganas apabila gerakan kemerdekaan Bangladesh bertambah rancak. Disebabkan pertembungan ini, ramai yang terbunuh termasuk ‘freedom fighter’ Pakistan yang menetap di wilayah Bangladesh. Selepas melalui peristiwa berdarah ini, akhirnya Bangladesh mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Pada 1973, Perdana Menteri Bangladesh pada ketika itu Sheikh Mujibur Rahman telah membuka fail siasatan dan mengenalpasti 195 suspek penjenayah perang yang terdiri daripada pegawai militari Pakistan. Mujibur Rahman telah menubuhkan International Crimes Tribunal 1973 bagi mengheret penjenayah tersebut ke muka pengadilan. Tribunal antara lain telah menyimpulkan bahawa :

“…the war criminals were not Bangladeshi. Otherwise, the word ‘international’ would not be used..”

Walaubagaimanapun, selepas pertukaran perbincangan diplomatik di antara Bangladesh, India dan Pakistan, Kerajaan Bangladesh telah membuat keputusan untuk memaafkan dan melupakan peristiwa berdarah 1971 dan memfokuskan masa depan yang lebih baik. Oleh itu pada April 1974, ke semua tertuduh tersebut iaitu pegawai militari Pakistan dibebaskan daripada tuduhan dan dimaafkan. Namun begitu kemudiannya Mujibur Rahman telah membuka kertas tuduhan terhadap 752 rakyatnya yang dikatakan berkomplot untuk berkerjasama dengan militari Pakistan. Pada 31 Disember 1975, Kerajaan Bangladesh bagaimanapun membatalkan pertuduhan tersebut dan akhirnya kes tersebut berjaya diselesaikan secara baik dan ditutup.

Oleh kerana dalam lembaran sejarah tercatat dan terpahat bahawa Jamaati Islami telah menentang idea pemisahan Bangladesh, maka isu ini telah dimainkan sebagai isu politik oleh parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa walaupun isu ini telah diselesaikan secara baik semenjak 1970an. Jika ditelusuri sejarah lepas, tiada pimpinan Jamaati Islami Bangladesh yang dituduh di atas isu tersebut manakala ketika Parti Awami League pernah ditampuk kuasa pun pada 1996-2011, isu ini tidak ditimbulkan. Persoalannya mengapa isu ini timbul semua setelah lama ditutup. Jawapannya amat jelas jika kita benar-benar memahami beberapa isu dan fakta perbincangan di atas. Perdana Menteri Sheikh Hasina sengaja membuka semula isu ini dan cuba menjadikan pembangkang berpontensi seperti Jamaati Islami sebagai mangsa mungkin disebabkan kerana dendam lama atau permusuhan politik.

Semenjak Bangladesh tertubuh sebagai sebuah negara, pimpinan dan ahli Jamaati Islami secara sepenuh hati menerima keputusan ini dan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Namun setelah 39 tahun berlalu, pada 2010 kerajaan sekular yang pro India telah menghidupkan semula Bangladesh International war Crime Tribunal untuk mendakwa dan menghukum pimpinan tertinggi Jamaati Islami Bangladesh. Fakta kes telah diubahusai dan diada-adakan, orang awam telah dipaksa menjadi saksi kepada kes dan menculik serta memberikan amaran kepada peguam bela dan saksi tertuduh.

Antara pimpinan Jamaati yang menjadi mangsa tribunal ialah bekas Amir Jamaati iaitu Profesor Ghulam Azam yang sudah berumur 91 tahun, Amir Jamaati Maulana Matiur Rahman Nizami, dua Naib Amir iaitu Maulana Delwar Hussain Sayedee dan Maulana Abdus Subhan, Setiausaha Agung Ali Ahsan Mohammad Mujahid dan beberapa pimpinan Jamaati Islami yang lain. Ke semua mereka meringkuk dalam penjara.

Sheikh Hasina juga telah menggunakan helah Bangladesh International Crimes Tribunal untuk membicarakan pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Jamaati Islami Bangladesh yang salah seorangnya seperti yang dinyatakan di atas telah berusia lebih 90 tahun. Mereka ini adalah pemimpin Islam yang dihormati di seluruh dunia dan dikhuatiri diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan.

Pihak penguatkuasaan undang-undang Bangladesh telah menafikan hak demokrasi yang sah yang diiktiraf oleh Perlembagaan Bangladesh kepada pimpinan pembangkang khususnya pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh. Pihak polis Bangladesh telah menutup pejabat Jamaati Islami Bangladesh Pusat dan Dhaka City yang mana telah didaftarkan secara saha sebagai parti politik. Pejabat sayap pelajar Jamaati Islami Bangladesh iaitu Islamic Chhatra Shibir Bangladesh turut ditutup. Ahli-ahli Jamaati Islami juga telah diperlakukan secara hina apabila mereka cuba untuk menganjurkan bantahan aman terhadap kekejaman yang berlaku. Mereka juga ditangkap atas sebab-sebab yang tidak jelas dan juga ada yang dibunuh.

Sheikh Hasina dan Kerajaannya juga telah melakukan banyak serangan terhadap perkembangan Islam dan hak asasi di Bangladesh. Antara lain telah memadamkan terma ‘absolute trust and faith in the almighty Allah’ daripada Perlembagaan Bangladesh, mengganggu muslimah yang mengenakan hijab, menggertak para pelajar Islam di universiti dan juga isu yang amat dikesali dengan tidak membenarkan pelarian Rohingya yang lari mendapatkan perlindungan daripada etnik Rakhine Myanmar yang membunuh mereka pada beberapa ketika untuk masuk berteduh di sempadan Bangladesh.

Penjara Bangladesh sekarang dipenuhi oleh aktivis Jamaati dan sayap pelajarnya Chhatra dan perkara sebegini jika ia dibiarkan berterusan akan mencalarkan lagi ‘track record’ kemanusiaan dan hak asasi Bangladesh seperti yang disebutkan oleh intelektual Turki Yilmaz Balcin,

““If the political power insists on this wrongful attitude and proceeds with its intention to execute the leaders of the Jamaat-i-Islami Party, the murders committed will be comparable to those committed in the Karbala incident.”

Justeru itu, pihak pertubuhan masyarakat madani dan Ngo-Ngo lain yang prihatin seperti ABIM, IKRAM, PKPIM dan beberapa parti politik memandang serius dan berat akan isu ini dan atas nama Malaysian Task Force for Bangladesh (MTF4B) telah menganjurkan demonstrasi aman di hadapan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur pada 7 dan 14 Disember 2012 yang lepas sekaligus menghantar memorandum bantahan untuk menuntut 3 perkara utama iaitu pemansuhan Bangladesh International Crimes Tribunal yang dilihat berat sebelah dan tidak adil; membebaskan tahanan politik khususnya pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh; dan mengembalikan hak-hak asasi demokratik dan kebebasan sivil kepada parti pembangkang khususnya Jamaati Islami Bangladesh serta keseluruhan rakyat Bangladesh.

Sebagai insan yang mempunyai kemuliaan, pencabulan hak asasi sebegini tidak harus dibiarkan berterusan dan harus diperjuangkan secara konsisten agar keadilan dan keamanan tertegak di setiap inci bumi Allah ini.

Oleh: Jufitri JohaNaib Presiden Antarabangsa ABIM

No url attribute defined!

Video menyedihkan di bawah ni menunjukkan polis di Bangladesh yang telah menggunakan tindakan luar kawalan untuk menghentikan protest yang dilakukan oleh umat Islam di Bangladesh. Polis menembak orang ramai menggunakan peluru kapur, membelasah dengan menggunakan kayu dan juga mengebom masjid. Ramai penduduk mati, dan beribu-ribu cedera. Sila lihat video kat bawah.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check