Misteri Missed call Dari +375 dan +371Previous Article
Terkini,Tentera Malaysia Mula Menyerang Tentera SuluNext Article
Breaking News
  • Papa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi HantuPapa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi Hantu PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang "mesra" dan "peramah" dengan semua orang. Pengarah [...]
  • Pengganas Wanita Kiram Tawan Penduduk LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita [...]
  • Tolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas KiramTolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas Kiram PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, [...]

Latest Hot

Video Jambatan Runtuh,PLUS Tuduh PKNS Bertanggungjawab

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Video Jambatan Runtuh,PLUS Tuduh PKNS Bertanggungjawab
Video Jambatan Runtuh,PLUS Tuduh PKNS Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pernah menyerahkan jejambat yang runtuh hari ini kepada syarikat pengurusan lebuhraya itu.
Sebelum itu, pengarah urusan PKNS Othman Omar berkata hari ini jejambat tersebut dibina PKNS pada 2007, tetapi diserahkan kepada pihak pengurusan lebuhraya tersebut pada Mac lalu.

“PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin menjelaskan bahawa jejambat di Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor 2 tidak pernah diserahkan untuk diselenggara.

“Jejambat tersebut telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan masih di bawah tanggungjawab PKNS sehingga kini,” menurut kenyataan PLUS hari ini.

“Oleh yang demikian, jambatan tersebut ditutup selepas tinjuan Menteri Kerja Raya dan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaktifkan lencongan jalan di KM P2.4, iaitu di persimpangan bertingkat di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di laluan Lingkaran Putrajaya,” tambah kenyataan itu lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, jejambat dan jalan dibawahnya ditutup sejak 7 Disember kerana terdapat gegaran pada tiang penyokong jejambat tersebut.

Beliau juga menambah lebuhraya itu akan ditutup dan satu lencongan jalan akan diadakan sehingga 31 Disember tahun ini bagi kerja-kerja pembaikan.

Timbalan pengarah urusan PKNS Abdul Ghani Hashim turut mengatakan tiang penyokong di sebelah Cyberjaya mengalami masalah struktur.

Menurut PKNS, tanah lembut di sekitar kawasan tersebut mengakibatkan ia mendap, menyebabkan PLUS melantik pihak ketiga untuk membaikinya.

PKNS menegaskan jejambat tersebut dibina dalam keadaan baik semasa diserahkan kepada PLUS, tetapi mengatakan ia tidak direka untuk menahan penggalian di bawah jalan tersebut yang mengakibatkan gangguan struktur.

Othman mengatakan pihaknya akan memulakan kerja-kerja membina jejambat itu secepat mungkin, apabila pembersihan mengambil masa tiga minggu dan pembinaan akan mengambil masa lapan bulan.

Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari tadi dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.

Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).

Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009. Empat peneraju projek ini – PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.

Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.

Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check