Guru Agama Dan Penduduk Kampung Serang PolisPrevious Article
Gambar Dan Biodata 6 Perwira Yang SyahidNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Terkini, 30 Penduduk Kampung Tg Batu Ditawan Penceroboh

Article   2 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.

Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.

“Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi,” kata Kunsul dengan nada kesal.

Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.

“Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian,” kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.

Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.

Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal siasat.

Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.

“Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan,” kata Rudy yang ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar jam 9 pagi tadi,

Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.

“Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata,” ujar Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat.

Berita dan video terkini akan menyusul…

Update: Pada jam 2 pagi tadi, Seorang Imam Kariah dan 2 orang Awam telah di Culik di Tg.Batu,Tg.Labian Lahad Datu .

Comments

Tak Lupa Komen

Article   2 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check