Anak Cucu Pengganas Lahad Datu Akan Balas Dendam?Previous Article
Kata Kunci Porno Mengikut Negara,Termasuk MalaysiaNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Tahun 1993,Laungan Azan Kalahkan Pengganas Di Sabah

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Tahun 1993,Laungan Azan Kalahkan Pengganas Di Sabah

Pada 24 Ogos 1993 Pasukan Polis Marin Sabah telah menerima maklumat dari PP URM Sabah yang berpangkalan di Semporna dimana ia mendedahkan sekumpulan lanun dari Pulau Tawi-Tawi Filipina terdiri daripada 4 orang yang diketuai oleh Komander Tal telah merancang untuk melakukan rompakan bersenjata diperairan di perairan laut Tungku dan Felda Sahabat pada akhir bulan tersebut.
Mereka dipercayai akan menggunakan sebuah bot laju menggunakan 2 buah injin 60 Hp dan kumpulan tersebut akan menggunakan senjata jenis M16 dan M14. Selain itu juga terdapat maklumat lain yang mendedahkan bahawa beberapa orang nelayan dari Kampung Pan Hutan yang terletak di Dent Haven telah dicederakan oleh kumpulan perompak tersebut beberapa hari sebelum itu.

Berdasarkan maklumat PPM Sandakan telah mengarahkan Insp I/10729 Zabidi Hj Md Zain untuk mengetuai sekumpulan kecil anggota PPM Sandakan dengan kekuatan 11 anggota, 2 buah bot samaran dan sebuah botronda PSC 13 menjalankan satu operasi dikawasan perairan Tambisan hingga ke Dent Havent. 

Seperti kebiasaan modus operandi kumpulan perompak dijangka akan menyusuri kawasan pantai dari selatan hingga ke utara Pantai Timur Sabah. Pasukan PPM telah berlepas dari Pangkalan Marin Sandakan pada 30 Ogos 1993 menuju kawasan tanggungjawab. Kumpulan PPM kemudian telah singgah dikawasan Kuala Sungai Segama dan bermalam dikawasan tersebut. Setelah memastikan kawasan tersebut terkawal, kumpulan PPM meneruskan operasi ke perairan Pulau Tambisan.


Bot samaran yang digunakan oleh PGM

Pulau Tambisan kumpulan PPM telah singgah di Kem Bukit Pahlawan dan telah memaklumkan tentang kehadiran beliau dan anggota lain PPM di pulau tersebut dan akan bermalam di jeti berhadapan Balai Polis Pulau Tambisan. 

Setelah tiba di Balai Pulau Tambisan, Insp Zabidi bersama-sama 7 anggota yang lain terus bergerak ke kampung Pan Hutan untuk bertemu mangsa yang telah dicederakan oleh kumpulan lanun sementara botronda PSC 13 telah diarahkan bersedia di Pulau Tambisan kerana bekalan minyak tidak mencukupi dan Insp Zabidi terpaksa membuat catuan bekalan minyak.

Setibanya di kampung tersebut, Insp Zabidi telah bertemu dengan mangsa dan kebanyakan mangsa telah dicedarakan ditangan mereka menggunakan parang. Hasil risikan itu juga, mendedahkan kumpulan tersebut terdiri daripada 7 orang yang bersenjatakan M16 dan M14. Setelah hari hampir gelap, Insp Zabidi dan kumpulannya telah balik semula ke Pulau Tambisan untuk membuat persediaan disamping menambah bekalan minyak yang baru tiba dari Sandakan.

Pada pagi 1 September 1993 jam lebih kurang 0630 pagi semasa Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain sedang bersiap sedia untuk meneruskan operasi, sebuah assault craft ATM yang diketuai oleh Lt Suhardi telah datang ke tempat Insp Zabidi dan memaklumkan bahawa beberapa orang kampung berhampiran kemnya baru dirompak di kawasan perairan Utara Pulau Tambisan. Tanpa berlenggah masa, Insp Zabidi telah mengarahkan semua anggota dan bot keluar memburu kumpulan lanun tersebut. Turut serta dalam gerakan tersebut adalah assault craft yang diketuai Lt Suhardi.


Botronda PSC 13

Disebabkan terlalu banyak bot dikawasan tersebut, Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semasa meninjau dan cuba mengenal pasti bot lanun tersebut, kumpulan lanun tersebut telah melepaskan tembakan setelah menyedari kehadiran bot PPM. Maka berlakulah satu pentempuran yang hebat. 

Pihak tentera telah melepaskan satu das tembakan 203 tetapi tidak mengena sasaran. Kumpulan lanun tersebut telah melarikan diri dan meninggalkan sebuah pum bot yang dirompak oleh mereka dan sebuah Mother Boat yang mengandungi beberapa buah enjin sangkut yang telah dirompak. Pihak tentera telah menunda bot yang dirompak tersebut balik ke Pulau Tambisan sementara kumpulan PPM terus bertempur dan mengejar kumpulan lanun tersebut.

Pada permulaan pertempuran tersebut, kebanyakan peluru yang dilepaskan oleh PPM kelihatan seperti “Masuk Angin” dimana ia jatuh lebih kurang 15 meter daripada laras senjata. Bayangkan bagaimana kekuatan peluru GPMG dan M16 apabila ditembak. Namun tembakan tersebut tidak pergi jauh. Pada masa itu, kekuatan adalah dipihak kumpulan lanun tersebut. Mereka dengan berani terus melepaskan tembakan kearah PPM. Menyedari hal ini, salah seorang orang lama PPM telah melaungkan Azan. Selesai sahaja laungan Azan tersebut, dengan kuasa Allah tembakan dari PPM mula menakutkan kumpulan lanun tersebut. Satu demi satu kelihatan ahli kumpulan lanun tersebut terkena tembakan. Melihat keadaan ini, anggota PPM lebih bersemangat dan terus mengejar kumpulan lanun tersebut.


Kawasan Pertempuran

Dalam insiden kejar mengejar tersebut, botronda PSC 13 terpaksa berpatah balik disebabkan bekalan minyaknya hampir habis disamping keadaan laut agak berombak. Insp Zabidi dan 7 anggota yang lain terus memburu lanun-lanun tersebut hingga melepasi perairan sempadan. Semasa tembak menembak tersebut kelihatan 2 dari 7 orang lanun tersebut dilihat terpelanting ke laut dipercayai berjaya ditembak sementara bot samaran PPM turut ditembusi dengan peluru namun tiada kecederaan berlaku dipihak PGM. Insp Zabidi terpaksa mengarahkan kumpulan PPM berpatah balik ke Pulau Tambisan setelah menyedari bekalan minyak hampir habis dan peluru yang dibawa hanya tinggal 1 kelopak setiap orang.

Insp Zabidi menggambil keputusan untuk bergerak menuju ke Dent Haven kerana bekalan minyak yang ada tidak membolehkan mereka sampai ke Pulau Tambisan. Semasa perjalanan balik itu sebuah bot samaran telah kehabisan minyak dan terpaksa ditunda oleh bot samaran yang dinaiki oleh Insp Zabidi. Tidak lama kemudian bot samaran yang dinaki oleh Insp Zabidi turut kehabisan minyak dan mereka terpaksa berdayung hampir 2 jam untuk sampai ke Dent Haven. 

Bekalan minyak dan makan yang dibawa oleh botronda PSC 13 telah tiba di Dent Haven menjelang petang dan seterusnya setelah selesai mengisi minyak dan menikmati bekalan makanan, mereka pulang ke Pulau Tambisan untuk membuat Laporan Polis mengenai kejadian tersebut. Tambisan Repot 29/93 bertarikh 1 September 1993 berkaitan.

Hasil dari risikan pihak URM PGM telah mendedahkan 2 orang dari ahli kumpulan lanun tersebut telah terbunuh sementara 5 orang termasuk Komander Tal telah cedera dimana beliau sendiri telah mengalami cedera parah akibat ditembak didada dan patah tulang bahu. Selang beberapa bulan, pihak PPM Sandakan telah dimaklumkan bahawa Komander Tal turut terbunuh selepas 2 minggu pertempuran tersebut kerana cedera parah.


Supt Zabidi kini bertugas di Jabatan KDN/KA Bukit Aman

Pegawai dan anggota PPM yang terlibat dalam pertempuran tersebut :
Bot Samaran
1. Insp Zabidi Md Zain
2. SM Damit Bandan
3. Kpl Sindran Amat
4. Kpl Rosli Md Yusof
5. Konst Ahmad Ismail
6. Konst Mohd Shahmi Mohd Isa
7. Konst Yusaini Daud
8. Konst Kandasamy Tharmarajo

Botronda PSC 13
1. Kpl Mohd Amin
2. Konst Ismail
3. Konst Labis @ Mat Shahril

Atas keberanian Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain, mereka telah dianugerahkan Surat Penghargaan oleh Ketua Polis Bahagian Sandakan sementara Lt Shaidi dari Platun 2 Kompeni A 21 RAMD telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani oleh Yang Dipertuan Agong pada tahun 1997.
source

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check