Artis Jadi Habuan Séks Patut Lapor-Zed ZaidiPrevious Article
Misteri 5 Pam Air SYABAS Rosak SerentakNext Article
Breaking News
  • Sedar Selepas Koma 5 HariTANJUNG PIANDANG: “Saya bagaikan mati hidup semula.” Itulah kata-kata diluahkan seorang mangsa patukan ular tedung selar, Muhammad Zahid Yahaya, 20, yang tersedar selepas koma lima hari di Hospital Besar Teluk [...]
  • Wahai Orang Kaya,Berilah Laluan Pada Yang Belum Pernah Pergi Haji KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta umat Islam di negara ini yang pernah mengerjakan haji supaya memberi laluan kepada yang belum dan berada dalam [...]
  • Ibu Aminulrasyid Terkilan Jenain Dibebaskan “Hati ibu mana yang tak sedih apabila melihat anak yang dilahirkan mati dengan cara sebegitu. Sekiranya arwah masih hidup, dia kini sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama rakannya [...]

Latest Hot

Tahanan Bersenjata Parang Larikan Remaja Ke Hutan

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
TASEK GELUGOR: Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam Sabtu di Bukit Mertajam dekat sini.
Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda.
“Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar di sini.
Menurutnya bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian.
“Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu,” katanya.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam ini.
Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam.
“Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya.
“Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas,” katanya.
Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh.
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. BERNAMA

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check