Pahlawan Ciber Malaysia Perang Hack Laman Kerajaan FilipinaPrevious Article
Media Filipina Dedah Najib Janjikan Tanah Pada PencerobohNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Sultan Sulu Jamalul Kiram III Enggan Arahkan Pencoroboh Keluar

Article   1 Comment
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
MANILA, Filipina – Seorang ketua suku kaum Sulu berdarah raja dan beragama Islam yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III semalam berkata, beliau masih terbuka untuk berbincang dengan pemerintah Filipina walaupun masih berdiri teguh dengan pendirian menolak untuk memberi arahan supaya penyokongnya di Lahad Datu, Sabah keluar tanpa sebarang syarat, lapor portal berita Daily Inquirer semalam.
Namun, sehingga tengah hari semalam, tiada sebarang utusan daripada pentadbiran Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang menghubunginya.
“Sebarang rundingan masih belum terlewat kerana segala-galanya masih terbuka. Pintu rundingan masih berbuka,” kata Kiram kepada para wartawan di rumahnya di Bandar Taguig.
Aquino telah menuntut supaya sekumpulan rakyat Filipina di Sabah yang diketuai adik Kiram, Raja Muda Agbimuddin Kiram menyerah diri tanpa syarat.
Tuntutan itu dibuat selepas keadaan di Lahad Datu, Sabah bertambah tegang.
Sementara itu, Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani dalam satu wawancara di sebuah stesen radio berkata, mereka cuba menelefon Agbimuddin tetapi telefonnya hanya berdering sekali.
“Kira-kira pukul 5 pagi kami cuba menelefon beliau (Agbimuddin) tetapi tidak berjawab,” kata Idjirani dalam wawancara di stesen radio dzBB semalam.
Sebelum ini, Idjirani pernah berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.
“Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada raja muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap,” ujarnya ketika itu.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak bulan lalu.
Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara (Sabah) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an.
Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.
Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia pada 1963.
Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, Kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa.
Pada 26 Februari lalu, Aquino meminta Kiram mengarahkan pengikutnya itu berundur dari bumi Malaysia secepat mungkin.
Beliau memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil ke atas Kiram jika para pengikutnya tidak keluar dari Lahad Datu. – Agensi

Comments

Tak Lupa Komen

Article   1 Comment
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check