Remaja Ketagih Seks BerdarahPrevious Article
Anzalna Larang Zubir MenulisNext Article
Breaking News

Latest Hot

Sultan Johor Masih Murka Selepas Nizar Mohon Maaf?

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

NUSAJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.

“Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya ‘janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.

“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.

“Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.

“Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini,” titahnya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Sultan Johor bertitah, baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.

“Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini,” titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

“Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah “musang yang berbulu ayam” ini,” titahnya.

JOM lihat Pengomen Facebook
Mohd Hafiz ·  Pengulas Tertinggi · Kuala Berang
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

[Surah al-Israa : 27]

Penat juga aku cari yg kalau raja dan pemimpin dikecualikan.Tp tak jumpa 1 ayat pun dari Ayat AL QURAN yg mengecualikan Raja dan pemimpin.Kalau ader tolong bagitahu la yer.mufti ker,tok imam ker,ulama muda ker,ustaz ker atau siapa2 berminat nk jawap.

sultan kelantan juga yang aku respect…
Reply · 118 · Like · Follow Post · 17 jam yang lalu
  • Abdul Hamid Maon ·  Top Commenter

    Sultan Kelantan TGNA kawal kot.
    Reply · Like · 17 jam yang lalu
  • Adi Zuhail ·  Top Commenter · Army

    sultan kelantan tak usik duit rakyat…dia lebih zuhud, pakaian simple, kenderaan tak de la sampai berpuluh biji..rakyat pun senang..
    Reply · 68 · Like · 17 jam yang lalu
  • DzulSharif Dzul ·  Top Commenter · UKM, Bangi

    Adi Zuhail Aku bukan org Kelantan, tapi aku cukup terharu dgn keperibadian DYMM Sultan Kelantan….keperibadian baginda amat hebat dan sgt tinggi…
    Rusnani Husin ·  Pengulas Tertinggi · Kampong Bachok, Kelantan, Malaysia
    yalah sultan johor..apa apa lah..jgn lupa ya bida lagi www111 sejuta ke dua juta ka apa peduli duit poket tuanku..tp pandanglah pandanglah berjuta lagi rakyat johor hidup merana kais pagi makan pagi

    Bam Beckham · Langgani · Kuala Lumpur, Malaysia

    Benda nie xda isu pon sebenarnya.. selain Nizar, ramai lagi yg berkata2 belakang.. cuma disebabkan Nizar nie pemimpin yg org kenai, kena plak lg dia ni pembangkang, isu nie diperbesar2kan.. kalau ikut dari dulu lg ramai pemimpin kritik kerabat nie tp xda pon kecoh2..

    Biarlah kalau Sultan ke, Menteri ke, Anak Raja Kapur ke, King ke, Kong ke, kalau dia nak bid/beli/order benda mahal2 pon, itu hak dia.. Dia guna duit dia ke, duit rakyat ke, duit kerajaan ke, itu kehendak dia.. Kalau betul dia dpt pahala, kalau salah dia dpt dosa.. Hidup di dunia blehlah tunjuk lagak, nanti duk dlm kubur sorang2 gak.. di akhirat nanti xdanya geng2/pak turut/tukang ampu nak tolong.. smua masing2..

    Sama lah juga, kalau Sultan/pemimpin/rakyat nak kritik/ckp/komplen even nak gi pukul org tertentu, terpulanglah.. xperlulah nak tunjuk hero.. kalo nak tunjuk gak, its up to masing2.. Kalo yang dia buat tu betul dptlah pahala, kalo xbetul dia dptlah dosa.. At the end, blk kubur gak.. dok sorang2 gak.. xdenye rakyat nk g kumpul ramai2 beri sokongan kat akhirat nanti..

    Kalau Nizar betul, dptlah dia pahala.. kalau dia xbetul dosa lah dia dpt.. Sama juga Sultan, kalau betul dpt pahala, dia silap dpt dosa.. Kita smua Manusia ciptaan Allah S.W.T. xkira pangkat & darjat, balik ke tanah juga kita smua. Diadili sama rata. Yang membezakan kita nanti, Iman..

    Kesimpulannya, Buatlah apa yg kamu nak buat.. sendiri mau ingat..

    Muhammad Hafizi · Works at Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

    Sudahlah…sultan tu manusia biasa je.kritik sultan sbb perkara2 yg membazir sikit je takkan tak boleh.Nabi dan sahabat yg lebih mulia dari sekalian sultan dan raja siap kena maki lagi,diam jer…kita kasih kpd org tu biarlah berpada,kritik tak semestinya benci,mengampu bukan bermakna kasih.aku taklah sokong sgt Nizar tu.tak juga defend sultan.kita bkn di zaman Hang Tuah,masing2 baik pemerintah mahupun rakyat punya akal budi…igt,kedaulatan negara bukan sbb DAULAT TUANKU, tapi sebab akhlaq dan taqwa yang tinggi baik rakyat mahupun penguasa.betul tak?sama2 pikir :)
    Reply · 43 · Like · Follow Post · 17 jam yang lalu

    Muhammad Hafizi · Works at Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

    skrg bukan permasalahan hina dan kutuk..kita kritik dan tegur krn tidak betul.tak terhina pun kalau terima kritikan/teguran malah tak terhormat kalau kita murka dan marah kpd seseorang kalau diri buat salah dan ditegur.kalau diri mengaku hamba Allah baik rakyat,sultan,PM,menteri hatta Agong dan Maharaja,siapalah kita di sisi Allah kalau sombong tak tentu fasal smpai nk ditetegur pun tak boleh..Raja England n Maharaja Jepun yg lg hebat dr raja melayu pun org kritik dan buat puppet…tp bukan suruh smpai mcmtu. pk2…

    Malik Shaiful ·  Top Commenter · Sungai Buloh New Village, Selangor, Malaysia

    Murka Sultan Terhadap Nizar Tidak bermakna Allah Pun Murka Terhadap Nizar, Tak Mustahil Allah Murka terhadap Sultan kerana menidakkan nasihat dan teguran yang baik..sebab sifat membazir itu sifat syaitan.menegur terhadap perbuatan membazir adalah baik dan dituntut dalam agama.
    Reply · 28 · Like · Follow Post · 15 jam yang lalu

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check