Bini Perogól Gagalkan Cubaan RogólPrevious Article
Khatib Berkhutbah,Generasi Baru Asyik Main TelefonNext Article
Breaking News
  • YouTube Berbayar Telah DilancarkanYouTube Berbayar Telah Dilancarkan-Seperti diperkatakan pada awal minggu ini, kini pihak Google telah pun melancarkan perkhidmatan langganan berbayar mereka, sekaligus membolehkan para pengguna untuk melanggan ke beberapa saluran khas pada harga bermula [...]
  • Gaji Terkini Perdana Menteri 2013 Dan MenteriGaji Terkini Perdana Menteri 2013 Dan Menteri-Wakil rakyat tanpa kira partisan ialah pekerja yang dilantik oleh rakyat melalui sistem PRU. Mereka yang dilantik haruslah menjalankan amanah yang diberikan tanpa banyak [...]
  • Tian Chua Minta Tafsir Al-Quran Di Dalam LokapTian Chua Minta Tafsir Al-Quran Di Dalam Lokap-Tian Chua dikhabarkan meminta senaskah tafsir Al Quran untuk dibaca di dalam lokap. Berita itu sesungguhnya sesuatu yang baru dan mengujakan. DIharap pihak polis [...]

Latest Hot

Singapura No 6, Malaysia Rank Ke 36 Negara Terbaik Untuk Hidup

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Singapura melonjak ke tempat keenam terbaik untuk dilahirkan di dunia tahun ini manakala Malaysia adalah ke 36, mengikut indeks Economist Intelligence Unit (EIU).
Kajian EIU daripada 80 negara cuba diukur menyediakan peluang terbaik untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup.


Ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara lompat dua anak tangga daripada tempat ke-38 diduduki 25 tahun lalu, apabila EIU pertama kali menggeluarkan indeks “Dimana-mahu-dilahirkan” pada tahun 1988, melebihi negara-negara lain di rantau ini kecuali Singapura.

EIU sebuah anak syarikat kepada majalah perniagaan dan hal ehwal semasa berpengaruh Economist.
Satu suku abad kemudian, Kota Singa melompat ke tempat keenam, naik dari 36 daripada 48 negara pada tahun 1988 apabila seri dengan Jerman Timur sebelum Tembok Berlin runtuh.

Thailand menduduki tempat 50, Filipina yang berada pada kedudukan 24 pada tahun 1988 menurun kepada 63, seri dengan Sri Lanka, manakala Vietnam dan Indonesia masing-masing mengambil kedudukan 68 dan 71.
Malaysia mendapat 6.62 daripada 10 mata dalam kajian kaji selidik kepuasan
kehidupan, yang bertujuan untuk mengukur bagaimana orang mengatakan mereka gembira berdasarkan kepada senarai 11 petunjuk ekonomi dan sosio-politik seperti pendapatan per kapita sesebuah negara, kos kehidupan, hak asasi manusia, jangka hayat, tahap literasi dan pendidikan.

Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan nombor bagi statistik juga telah berubah dari semasa indeks mula diperkenalkan.
Pada tahun 1988, Economist menggredkan sebanyak 48 negara bagi mata bonus kepada kemiskinan budaya, apa yang dipanggil “faktor filistin”; dan sejauh mana negara yang disifatkan sebagai “kebosanan yang tidak boleh ditarik balik” di sebalik kemuliaan dan dimana ia digambarkan sebagai “faktor menguap”.

Dalam artikel disertakan yang dikaitkan dengan “Loteri kehidupan” diterbitkan pada 1 Januari dalam edisi talian, Economist menjelaskan kajian kepuasan hidup dikira berdasarkan Gallup Poll 130 negara pada tahun 2006.

The Economist menjelaskan indeks juga mengira ramalan ekonomi EIU sehingga 2030 — kira-kira apabila kanak-kanak yang dilahirkan tahun ini akan menjadi dewasa.
Dalam indeks 2013, Switzerland menewaskan semua negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, kuasa besar dunia, sebagai tempat terbaik untuk bayi yang dilahirkan.

Australia di kedudukan naib juara, diikuti oleh negara-negara Scandinavia Norway (3), Sweden (4) dan Denmark (5) manakala New Zealand, Belanda, Kanada dan Hong Kong termasuk dalam tangga 10 teratas.
Nigeria adalah tempat yang paling teruk untuk bayi.

Malaysia muncul sebagai negara ke 51 paling gembira di dunia daripada 156 negara yang ditinjau dan kedua selepas Singapura di Asia Tenggara, dalam Laporan Kebahagiaan Dunia yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada April lepas.

“Kebebasan politik, rangkaian sosial yang kuat dan ketiadaan rasuah lebih penting daripada pendapatan dalam menjelaskan perbezaan kesejahteraan,” jelas laporan PBB.
“Pada peringkat individu, kesihatan mental dan fizikal yang baik, untuk mengira seseorang, keselamatan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah penting,” tambah laporan itu lagi.
source

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check