Rantai Berlian Penyanyi Gun N Roses Di CuriPrevious Article
Cinta Budak-Budak Facebook Berakhir Di RogolNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Sejarah Hidup ‘Malaikat maut’ Meninggal Dunia

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Sepanjang aku bertugas sebagai wartawan jenayah dulu, aku telah berjumpa, mengenali, menemubual malah bersahabat dengan ramai pegawai dan anggota polis

di sana aku berjumpa dengan pelbagai pe’el, sikap dan tebiat diaorang ni…yelah namapun manusia, mana ada semuanya perfect, mana ada semuanya teruk

tapi aku paling tak boleh ‘blah’ bila kenal dengan pegawai yang sifatnya ‘macam bagus’, kononnya dialah hebat, dialah yang tangkap si polan ini, dialah yang tembak si polan tu walhal semuanya ‘propah’ je

dalam sidang akhbar gayanya macam nak bagitahu dialah ‘power’ walhal bila aku korek-korek, rupanya jauh panggang dari api, yang buat kerja semua orang bawah dia, kerja dia memanjang bodek orang atas, pastu gila publisiti…pendek kata lembu punya susu, sapi yang dapat nama!

yang bestnya, orang macam ni jugalah yang berjaya naik pangkat, orang yang betul-betul kerja kekadang daripada masuk polis sampailah ke pencen, dok macam tulah juga, inilah yang dikatakan resam dunia

tapi ada seorang pegawai polis, yang kat mana pun aku pergi, ramai yang akan kenal dan ramai orang yang akan cakap benda yang sama…namanya adalah Bahadon bin Baharom

satu nama yang cukup digeruni, bukan saja penjenayah malah anggota polis sendiri

dia adalah pegawai yang senang cakap, jenis NO NONSENSE punya orang…kalau dia nak buru seseorang penjenayah itu, dia akan kejar sampai ke lubang cacing!!!

sebab tu dalam era 80′an dan 90′an, nama Bahadon cukup mendatangkan fobia kepada segala jenis gangster, perompak dan penyangak di Kuala Lumpur

untuk pengetahuan korang, Bahadon adalah bekas Ketua Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur

dia paling pantang kalau ada penjenayah yang menggunakan senjata api, kalau dia tahu atau jumpa mana-mana suspek yang guna pistol atau rifel, maknanya orang tu memang tempah maut

dan selalunya kalau team Bahadon dan anak-anak buahnya buat operasi, percayalah, CONFIRM kena standby ambulans atau plastik hitam (faham-faham sendirilahkan)

sampai satu ketika, Bahadon sampai dapat gelaran MALAIKAT MAUT!

disebabkan kebenciannya yang cukup menggunung pada orang yang melanggar undang-undang, bukan sekali, malah beberapa kali beliau dan keluarganya jadi sasaran balas dendam penjenayah

namun Allah beri perlindungan padanya, setiap kali ada pihak yang berniat tidak baik pada beliau, lazimnya ia tidak akan menjadi!

aku sungguh bertuah kerana dapat menemubual beliau beberapa tahun dulu, sesuatu yang agak ‘pelik’…bukan kerana dia anti media, tetapi Bahadon jenis orang yang tak suka masuk bakul angkat sendiri

temubual itu pun dibuat setelah berkali-kali memujuknya…masa aku berjumpa dengan beliau, Bahadon kelihatan agak uzur, percakapannya pun adakalanya tidak begitu jelas

tetapi bila sentuh saja bab jenayah, Bahadon tiba-tiba jadi semangat…macam-macam dia cerita ngan aku, aku rasa interview sehari semalam pun tak habis, aku boleh teruja sampai adakalanya aku leh terlupa nak ‘jot down’ apa yang diceritakan itu

paling aku ingat, bagaimana dia cerita ternampak bayang-bayang seolah-olah ada ‘roh’ yang keluar dari badan salah seorang perompak yang dia tembak

insiden itu berlaku di Bukit Bintang, ketika itu pasukannya bertembung dengan sekumpulan perompak yang sedang merancang untuk melakukan satu rompakan nekad di ibu negara

apabila berlaku insiden berbalas tembak, sebutir peluru yang dilepaskan dari muncung pistol Bahadon terkena tepat pada tubuh salah seorang perompak berkenaan

” Ketika kami sedang mengumpul mayat perompak berkenaan, saya tiba-tiba nampak seolah-olah ‘roh’ salah seorang suspek ‘berjalan keluar’ dari tubuhnya yang ketika itu terbaring di lantai,” jelas Bahadon

dan ayat itulah yang aku ingat sampai sekarang!

seperti yang dijanjikan Allah, setiap yang hidup, pasti akan mati…petang tadi aku menerima berita Bahadon menghembuskan nafasnya yang terakhir di HUKM akibat stroke dan kanser yang dideritainya

Alhamdulillah aku sempat menziarahi jenazah di rumahnya di Taman Seri Bahtera, Cheras

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama…namun yang pasti, nama Bahadon tidaklah segemilang jasa dan pengorbanannya pada agama,bangsa dan tanah air

pangkat terakhirnya hanya Deputi Supritendan saja walaupun kalau nak diikutkan, dia layak untuk menjawat pangkat yang lebih tinggi dari itu.. SUMBER

Al-Fatihah

NOTA: Penjenayah paling digeruni, P.Kalimuthu@ Bentong Kali adalah antara mereka yang LUNYAI ‘dikerjakan’ Bahadon dan anak-anak buahnya…salute, aku memang salute!

CHERAS – Bekas Ketua Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Bahadon Baharum meninggal dunia hari ini akibat kanser paru-paru dan strok di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam.

Arwah yang digeruni penjenayah ketika berkhidmat juga dikenali sebagai ‘malaikat maut’ kerana setiap operasi yang disertainya membuahkan hasil, sekaligus menumpaskan mereka.

Allahyarham Bahadon, 63, yang menyandang pangkat Deputi Superintendan ketika bersara, meninggalkan empat anak dan seorang balu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Seri Bahtera di sini selepas solat Asar.

Sepanjang kariernya, Bahadun terlibat dengan beberapa kes jenayah antaranya kes Bentong Kali dan Prebet Adam.

Oleh kerana keberanian dan ketangkasan melakukan tugasan merbahaya, beliau menerima surat-surat penghargaan dan kepujian termasuk Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 1977.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check