Gambar Senjata Digunakan Adam Lanza Untuk Bunuh Kanak-KanakPrevious Article
Padah Rompak Budak 2 TahunNext Article
Breaking News
  • Larangan Nurul Izzah Dan PKR Ke Sabah Ditarik BalikLarangan Nurul Izzah Dan PKR Ke Sabah Ditarik Balik-Mula-mula dilarang masuk, sekarang di tarik balik. Mungkin kerana menerima pelbagai kecaman dari orang awam atau akan kalah dalam saman. Alasan untuk [...]
  • Lubang Safwan Anang Dirakam Dalam PenjaraLubang Safwan Anang Dirakam Dalam Penjara-Aku(Safwan Anang) dibawa ke bilik saringan seterusnya. Nah, di sinilah aku betul-betul teruji. Cikgu H (aku hanya sebut huruf depan shj) menyuruh aku duduk betul-betul [...]
  • Video Rombongan Dari Mongolia Minta Keadilan Untuk AltantunyaVideo Rombongan Dari Mongolia Minta Keadilan Untuk Altantunya-Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu [...]

Latest Hot

Sedar Selepas Koma 5 Hari

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
TANJUNG PIANDANG: “Saya bagaikan mati hidup semula.” Itulah kata-kata diluahkan seorang mangsa patukan ular tedung selar, Muhammad Zahid Yahaya, 20, yang tersedar selepas koma lima hari di Hospital Besar Teluk Intan.

Sebelum ini, mangsa dipatuk ular dalam kejadian jam 5.30 petang 30 November lalu ketika menyembur racun di sawah bapanya di Kampung Parit Tanjung Piandang, di sini.

“Mungkin kerana terkejut, ular itu terus mematuk ibu jari kanan kaki saya menyebabkan saya mengalami kesakitan amat teruk. Saya berlari pulang ke rumah sejauh 300 meter untuk mendapatkan bantuan.

“Sebaik tiba di halaman rumah, saya menjerit meminta pertolongan namun rebah dan tidak sedarkan diri. Abang saya Zaili, 32, kemudian bergegas menghantar saya ke klinik kesihatan Tanjung Piandang untuk rawatan,” katanya di sini, semalam.

Dia dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Teluk Intan.

Menurut ibunya, Siti Rohani Brahim, 51, ketika anaknya tiba di Hospital Besar Teluk Intan, doktor memaklumkan peluang untuk anaknya hidup amat tipis kerana keadaannya begitu kritikal.

“Luluh hati saya apabila doktor berkata sedemikian dan hampir setiap masa, saya tidak henti-henti berdoa, berzikir dan solat hajat meminta kepada Allah memanjangkan nyawanya serta kembali pulih seperti biasa,” katanya.@hmetro


Berita 4 Disember lalu 

TANJUNG PIANDANG – Seorang petani kini sedang bertarung nyawa di Hospital Besar Teluk Intan sejak tiga hari lalu setelah kaki kirinya dipatuk haiwan berbisa dipercayai ular tedung selar dalam kejadian petang Jumaat lalu.

Mangsa, Muhammad Zahid Yahaya, 20, difahamkan pergi berseorangan ke sawah bapanya untuk menyembur racun lebih kurang jam 5.30 petang sebelum dikatakan terpijak ular yang sedang ‘melingkar’ di kawasan itu.

Abang mangsa, Zaili Yahaya, 32, berkata, semasa berjalan di atas batas padi, adiknya terpijak ular yang bertindak mematuk bahagian ibu jari kaki kanan mangsa.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu, adiknya menggagahkan diri berlari ke rumah yang terletak sejauh 300 meter dari lokasi kejadian dengan mesin meracun lalang yang masih digalasnya.

“Kami terdengar suara orang menjerit meminta tolong dan apabila dia sampai di hadapan pintu rumah, adik saya terus tidak sedarkan diri dan rebah di hadapan saya,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya, di sini ,semalam.

Panik dengan kejadian itu, Zaili mengarahkan adiknya, Muhammad Zairim, 15, menghantar abangnya ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang dengan menaiki motosikal.

Jelasnya, apabila tiba di klinik itu, pegawai klinik bertindak menghantar adiknya ke Hospital Parit Buntar dengan segera untuk ditempatkan dalam unit rawatan rapi.

“Bagaimanapun, petugas di hospital itu memberitahu adik saya terpaksa dihantar ke Hospital Teluk Intan pada hari yang sama untuk rawatan selanjutnya.

“Doktor mengesahkan keadaan adik saya kini masih kritikal walaupun dia kini berkeadaan sedar dan pihak hospital kini dalam proses menghentikan pergerakan bisa ular berkenaan daripada bergerak ke seluruh badan,” katanya.@sinarharian

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check