Kucing Mati Terbang Undang Kemarahan RamaiPrevious Article
Top 5 Penjara Paling Brutal Di DuniaNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Rakyat Malaysia Dibunuh Kerna Jaga Maruah

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

MELBOURNE – Juri Mahkamah Agung di Sydney diberitahu tindakan seorang lelaki Indonesia membunuh kekasih isterinya adalah demi maruah, selepas kisah hubungan sulit itu tersebar dalam kalangan komuniti Malaysia di Sydney.

Hazairin Iskandar mengaku tidak bersalah membunuh Mohd Shah Saemin yang berasal dari Melaka, di luar fletnya di Leichhardt, Sydney pada 21 Februari 2010, tetapi mengaku bersalah menyebabkan kematiannya, lapor Australian Associated Press (AAP).

Di mahkamah itu pada Isnin, Pendakwa Raya Kara Shead berkata juri akan mendengar bahawa isteri Hazairin, Nita, mempunyai hubungan sulit dengan Mohd Shah yang juga rakan sekerjanya di Konsulat Malaysia, ketika kematiannya.

“Hubungan sulit ini menjadi topik perbincangan dalam kalangan komuniti Malaysia di Sydney,” kata Shead menambah: “orang memberitahu (Hazairin) dia adalah suami dan harus menghentikannya.”

Juri akan mendengar Hazairin dan anak lelakinya Andrew menunggu Mohd Shah di luar fletnya sebelum melanggar kereta mangsa dengan kereta sewa mereka dan mengejar lelaki itu di sepanjang jalan, kata Shead.
Mangsa, Mohd Shah Saemin

Nita Iskandar, dikatakan ada skandal hubungan sulit

Andrew Iskandar


Pendakwaan akan membuktikan Hazairin menikam Mohd Shah sekurang-kurangnya empat kali pada bahagian atas badan dengan sebilah pisau sementara anaknya membelasah mangsa berulang kali dengan tukul.

“Mangsa cuba melarikan diri, dia lari daripada dua penyerangnya itu,” kata Shead dipetik AAP.

“Ketika melarikan diri itu, dia menjerit untuk menyelamatkan diri.”

Mohd Shah mengalami beberapa pukulan objek tumpul di kepala, namun meninggal dunia akibat pendarahan daripada kesan tikaman.

“Pendakwaan akan membuktikan bahawa demi maruah keluarganya dan bersama anak lelakinya, tertuduh merancang untuk membunuh si mati menerusi apa yang mereka anggap sebagai pembunuhan demi menebus maruah,” kata Shead.

“Ini merupakan pembunuhan yang dirancang dan dengan niat. Tertuduh merancang untuk membunuh atau sekurang-kurangnya menyebabkan kecederaan parah terhadap si mati.”

Juri juga diberitahu Hazairin dibicara berasingan daripada anaknya. Kes didengar di hadapan Hakim David Davies. РBernama X Lupa Dot Com

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check