Sidang Media Sultan Sulu,Dakwa Dah Tahan 4 Tebusan Polis MalaysiaPrevious Article
Fans JAMBU Antara Yang Terkorban Di SempornaNext Article
Breaking News
  • Pengganas Kiram Dakwa Dia DiupahPengganas Kiram Dakwa Dia Diupah  TAWAU - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh [...]
  • Video Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan KeluargaVideo Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan Keluarga KUALA LUMPUR: Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul [...]
  • Sultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di MalaysiaSultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di Malaysia ? IPOH – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya menyiasat semua warganegara Malaysia yang menerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu [...]

Latest Hot

Perang Sabah,PR Desak Najib Adakan Sidang Khas Parlimen

Article   9 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

PETALING JAYA – Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera memanggil sidang khas Parlimen dengan kadar segera bagi membincangkan berhubung isu pencerobohan oleh sekumpulan warga Filipina di Sabah.

“Kita juga berhasrat untuk mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan PR, perdana menteri, kementerian pertahanan, kementerian dalam negeri dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini,” ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihaknya sekali gus mendesak insiden berdarah yang melanda Lahad Datu dan Semporna segera ditamatkan dengan memberi sepenuh kuasa kepada anggota keselamatan menjalankan tanggungjawab menjaga benteng pertahanan negara tanpa pembabitan atau campur tangan politik.

Anwar berkata, hanya dengan cara itu, konflik yang mengakibatkan sehingga lapan nyawa anggota keselamatan Malaysia, segera dapat dihentikan.

“Segera bagi kuasa kepada pasukan keselematan… hal ini akan dapat ditangani dengan cepat.

“PR ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Pandangan sama turut dikongsi oleh  Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Pihaknya turut menyatakan kekecewaan dan kekesalan di atas sikap kepimpinan negara yang dilihat tidak mempunyai iltizam dalam menyelesaikan isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina terbabit.

“Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas,” katanya.

PR juga mendesak agar isu keselamatan rakyat ini tidak dijadikan medan tuduh-menuduh dan sewajarnya tumpuan khusus diberikan, bukannya cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan pimpinan kerajaan hari ini.

Sambil menyifatkan kegagalan mempertahankan keselamatan negara sebagai satu pengkhianatan dan menodai amanah rakyat, PR juga menggesa agar perdana menteri segera menunjukkan komitmen dengan turun ke Lahad Datu.

Anwar pada sidang media sama menafikan wujudnya laporan daripada media Filipina yang mengaitkan beliau dengan insiden di Lahad Datu sebaliknya mendakwa ia dimainkan oleh Umno dan media kawalannya.-Sinar

Comments

Tak Lupa Komen

Article   9 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check