Najwa Latif Elak Dari Aibkan Keluarga Walaupun Periuk Nasi TerjejasPrevious Article
Video Kesian Budak Dikahwinkan Dengan AnjingNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Perang Nuklear Akan Meletus Di Korea

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

KOREA Utara memberi amaran perang nuklear bakal berlaku di Semenanjung Korea dan itulah yang diberitahu Timbalan Menteri Luar, Pak Kil-yon, ketika sidang 193-anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.


Korea Selatan membenarkan Amerika Syarikat menempatkan peluru berpandu balistik dari 300 kilometer (km) kepada 800 km meliputi seluruh Korea Utara, sebahagian China, Jepun dan Russia.

Asia Timur memang bersedia untuk berperang. Korea Utara mempunyai 1.2 juta tentera dan 4.7 juta tentera simpanan, 8,000 sistem artileri, 2,000 peluru berpandu darat ke udara dan 3,500 kereta kebal serta keupayaan peluru perpadu balistik mencapai 4,000 km.

Sementara itu, Korea Selatan pula mempunyai 700,000 tentera dan 4.5 juta simpanan, 4,500 sistem artileri, 538 pesawat kombat dan 1,000 peluru berpandu darat ke udara. Amerika pula mempunyai 28,000 tentera di Korea Selatan yang ditempatkan di Younsan.

Di Jepun, Amerika mempunyai 35,000 tentera dan 130 pesawat tempur di pangkalan Misawa dan Kadena. Armada Ke7 Amerika, yang berpangkalan di Yokusuka, memiliki kapal pengangkut kapal terbang, 60 kapal perang, 350 pesawat tempur dan 60,000 tentera laut.

Stockholm Institute of Peace Research and Institute (SIPRI) melaporkan bahawa perlumbaan senjata wujud di rantau itu. Mengikut SIPRI, bajet pertahanan tahunan Korea Selatan ialah ASD28billion (kira-kira RM70.6 bilion), Jepun ASD54b (RM145.8 bilion), Taiwan ASD9b (RM24.3 bilion), China ASD130b (RM351 bilion) manakala Korea Utara dianggarkan sebanyak ASD10b (RM270 bilion).

Persediaan perang di Semenanjung Korea disebabkan empat perkara iaitu pertama, kedua-dua Korea termasuk kuasa-kuasa besar masih memiliki mentaliti perang dingin.

Kedua, Perang Korea yang berakhir pada 1953 itu belum ditamatkan secara rasmi, Korea Utara masih menghadapi ancaman ketenteraan luaran termasuk dari Amerika dan perlumbaan senjata yang besar membuatkan Korea Utara memilih pertahanan nuklear sebagai pilihan strategik terbaik.

Keadaan amat menyulitkan di Timur Laut Asia kerana selain dari Korea Utara, China, Russia dan Amerika mempunyai senjata nuklear. Jika Korea Utara diserang, besar kemungkinan perang nuklear akan berlaku mengikut amaran pegawai tinggi Pyongyang di New York.

Walaupun mempunyai pemimpin baru iaitu Marshal Kim Jung-un, Korea Utara masih berpandangan politik yang sama. Pyongyang tidak akan berubah kerana keadaan di Semenanjung Korea tidak berubah dan negara itu masih mengalami tekanan-tekanan politik dan militer dari luar.

China kini memperoleh sebuah kapal pengangkut kapal terbang pertama yang dibeli dari Ukraine dan dilaporkan akan melengkapkan kapal selam itu dengan senjata nuklear dalam masa dua tahun lagi.

SIPRI melaporkan pada 2012, lapan kuasa nuklear masih mempunyai 4,400 senjata nuklear yang aktif dan diletakkan dalam kadar operasional yang tinggi dan boleh digunakan bila-bila masa.

Negara-negara yang memiliki senjata nuklear operasional itu ialah Amerika Syarikat (2,150), Russia (1,800), China (240), United Kingdom (160), Perancis (300), India (100) dan Pakistan (110). Israel dan Korea Utara juga mempunyai keupayaan nuklear.

Adakah harapan ke meja perundingan di Asia Timur? Sidang 6-pihak antara Korea Utara, Korea Selatan, China, Jepun, Amerika dan Russia yang gagal elok dipulihkan sekiranya dunia ingin mengelakkan berlakunya perang nuklear.

Dalam pada itu, isu senjata nuklear dunia patut diuruskan secara keseluruhan.

Hanya perundingan pengurangan senjata nuklear yang membabitkan semua negara yang memiliki senjata nuklear saja mampu mengurangkan ketegangan nuklear.

Setakat ini perundingan hanya meliputi Amerika dan Russia saja dalam siri-siri rundingan pengurangan senjata nuklear atau START manakala United Kingdom, Perancis, China, India, Pakistan, Israel dan Korea Utara masih di luar skop perundingan.

Dunia hampir terjebak dalam perang nuklear pada 1962 antara Soviet Union dan Amerika.

Presiden John Kennedy dan pemimpin Soviet, Nikita Khruschev bersetuju mengelak perang itu apabila Soviet Union mengeluarkan senjata nuklear dari Cuba dan Amerika mengeluarkan senjata nuklear dari Turki.

Di Asia Timur, hanya perubahan pemikiran radikal saja boleh mengurangkan ancaman perang. Sindrom perang dingin harus dilupakan kerana dunia kini sudah berubah dan berada dalam era yang baru. Sekiranya tidak, ancaman perang di timur laut Asia itu mungkin wujud 100 tahun lagi.

*Penulis pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

@hmetro

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check