Gadis CantikTrauma DicabulPrevious Article
Ibu Siram Air Panas Anak Malas Bangun PagiNext Article
Breaking News
  • Jutawan Pada Usia 16 Thn Hanya Dengan OnlineNORTHAMPTON - Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, [...]
  • Buaya Sebesar Trak Di Tangkap [...]
  • Teman Tapi Mesra Aziz Dan RohanaBagaimanapun, dia sekeluarga tidak tahu sekiranya Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang itu isteri kedua Allahyarham seperti desas-desus dan spekulasi tertentu.“Saya tidak boleh jawab soalan itu [...]

Latest Hot

Perancis Terajang Tuan Rumah Ukraine 2-0

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

PERANCIS menjaringkan dua gol dalam tempoh tidak sampai lima pada pertemuan separuh masa kedua, dan mengakhiri perlawanan Kumpulan D dengan mengatasi Ukraine 2-0.

Dengan keputusan itu, Perancis kembali menghidupkan peluang untuk ke suku akhir setelah menumpaskan pasukan tuan rumah bersama Ukraine dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium Donetsk.

Jaringan menarik Jeremy Menez pada minit ke-52 berhasil menewaskan penjaga gol Ukraine, Andriy Pyatow untuk mendahului 1-0 sebelum disusuli jaringan Yohan Cabaye pada minit ke-57 sekali gus membantu pasukan itu mencipta kemenangan pertama.

Kemenangan itu juga jelas meletakkan Perancis pada landasan yang tepat untuk ke suku akhir dengan meraih empat mata selepas dua perlawanan.

Sementara Ukraine yang nyata kecewa dengan kekalahan ini perlu bangkit dalam perlawanan terakhir menentang England sekiranya mahu menjadi pasukan tuan rumah pertama layak ke suku akhir Euro 2012.

Perlawanan yang dihentikan hampir satu jam ekoran hujan lebat, menyaksikan pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan.

Malah, Perancis yang hampir untuk mendahului di hadapan pada babak awal perlawanan gagal dilaksanakan dengan baik apabila setiap percubaan dilakukan tersasar.

Manakala Ukraine yang hanya perlu keputusan seri cuba melakukan asakan, namun berjaya dihalang pertahanan Perancis daripada menjaringkan gol.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini, Perancis yang turun dengan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan menewaskan Ukraine 4-1, tahun lepas.

Dalam perlawanan sulung Selasa lalu, Ukraine menang ke tas Sweden 2-1, manakala Perancis dan England terikat seri 1-1.

Selepas ini, satu lagi perlawanan Kumpulan B, melibatkan England dan Sweden pada jam 3 pagi.


Sekilas fakta perlawanan (masa penuh)

- Penguasaan bola: 38% (Ukraine); 62% (Peranics)

- Sasaran ke gawang: 7 (Ukraine); 12 (Perancis)

- Sepakan penjuru: 5 (Ukraine); 5 (Perancis)

- Kad kuning: 1 (Selin, Ukraine); 1 (Menez, Perancis)


Barisan pemain Ukraine:

12 Andriy Pyatov
9 Oleh Gusyev
3 Evhen Khacheridi
17 Taras Mykhalyk
2 Echen Selin
11 Andriy Yarmolenko
4 Anatoly Tymoshchuk
19 Evhen Konoplyanka
18 Serhiy Nazarenko
7 Andriy Shevchenko
10 Andriy Voronin


Barisan pemain Perancis:

1 Hugo Lloris
2 Mathieu Debuchy
5 Philippe Mexes
4 Adil Rami
3 Patrice Evra
6 Yohan Cabaye
18 Alou Diarra
15 Florent Malouda
11 Samir Nnasri
10 Karim Benzema
7 Franck Ribery

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check