Foto Toyota Innova Diubahsuai Menjadi Limosin (cool..6 pic)Previous Article
Jiran Bunuh Ustazah Dan Anak Berusia 10 Thn -Kes Ke Mahkahmah TinggiNext Article
Breaking News
  • Pengganas Kiram Dakwa Dia DiupahPengganas Kiram Dakwa Dia Diupah  TAWAU - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh [...]
  • Video Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan KeluargaVideo Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan Keluarga KUALA LUMPUR: Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul [...]
  • Sultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di MalaysiaSultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di Malaysia ? IPOH – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya menyiasat semua warganegara Malaysia yang menerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu [...]

Latest Hot

Pengetua Sengal Telah DiHukum,Ditukar Kepada Kerja Pejabat (tak patut)

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Pengetua Sengal Telah DiHukum,Ditukar Kepada Kerja Pejabat (tak patut)


Pengetua Telah Dikenakan Tindakan

Dua pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sudah ditukar ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
“Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai telah ditukar ke Jabatan Pelajaran Johor sementara Pengetua Bukit Selambau telah ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda,” katanya ketika Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung tindakan kerajaan terhadap pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

“Dalam kes membabitkan pengetua dari Kulaijaya tindakan telah diambil dengan pegawai kanan itu sudah pun digantung perkhidmatan bermula 13 Oktober lalu.

“Dalam tempoh prosiding siasatan, kakitangan kerajaan terbabit telah dilarang daripada meneruskan perkhidmatannya. Bagi kes pengetua Johor, terdapat ramai saksi (yang menghadiri) perhimpunan sekolah ketika insiden didakwa berlaku, justeru banyak keterangan perlu diambil,” katanya.

Mohamed Nazri menegaskan, kerajaan kini dalam proses akhir untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua guru berkenaan.

“Semua pihak harus faham ini adalah kali pertama seorang pegawai kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

“Jadi ia makan masa sedikit untuk menyiasat dan ambil tindakan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang ingin tahu mengapa kerajaan lambat mengambil tindakan terhadap guru-guru terlibat.

Jelasnya, situasi ketika kejadian juga perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan, sama ada guru berkenaan benar-benar mempunyai niat menghasut atau berada dalam keadaan marah.

Bagi kes di Bukit Selambau, Mohamed Nazri berkata, guru itu telah diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran dan dia telah memohon maaf secara terbuka.

“Paling penting, mereka telah digantung tugas serta-merta bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan perlu mendalam sebelum mereka boleh disabitkan dengan pertuduhan.

“Kita tak mahu penyiasatan yang ‘flip-flop’ akhirnya menyebabkan keputusan yang dibuat tidak memuaskan hati,” katanya.

KES PENGETUA SENGAL SEBELUM INI


Pengetua di Sg Petani pula buat kenyataan perkauman

Beberapa hari selepas pengetua sebuah sekolah menengah di Johor dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah sekolah di Sungai Petani.

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani, Rabu lalu.

Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.

Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah “pindah ke negeri lain” dan “balik ke China.”

Menurut sumber, pengetua yang berasal dari negeri Johor itu dikatakan telah mengingatkan pelajar bukan Islam di sekolah berkenaan yang mempunyai tiga kaum minoriti iaitu Cina, India dan Siam supaya menghormati rakan-rakan beragama Islam yang sedang berpuasa agar tidak makan di depan mereka.

Sumber itu berkata, pengetua berusia awal 50-an itu menegur perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh pelajar bukan Islam iaitu makan di depan pelajar Islam dan jika mereka tidak mahu menghormatinya, mereka boleh “pindah ke negeri lain” atau “balik ke China.”

“Para pelajar dan guru yang berada di dewan terbuka sekolah itu dapat mendengar dengan jelas kata-kata berbaur rasis itu.

“Selaku pentadbir organisasi, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjarakkan hubungan etnik sekolah itu yang agak unik,” kata sumber itu.

Menurutnya, komposisi kaum di sekolah itu yang rata-rata dari kalangan pelajar berlatarbelakangkan taraf sosioekonomi yang rendah agak menarik kerana memiliki empat kaum iaitu Melayu/Islam, Cina/Buddha, India/Hindu dan Siam/Buddha.

“Sejak sekolah itu wujud di kawasan yang di kelilingi estet getah, kelapa sawit, kebun sayur dan kampung pada 1980-an, belum ada peristiwa buruk melibatkan etnik terbabit berlaku di situ,” katanya sambil menambah pelajar di situ amat akrab antara satu kaum dengan yang lain.

Malahan. beberapa pengetua yang bersilih ganti di situ juga tidak pernah menimbulkan kontroversi.

“Hubungan murid, ibu bapa dan guru amat baik. Malah, beberapa siri pertemuan bersama,waris seperti mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta hari Konferensi Waris mendapat respon yang baik daripada ibu bapa dan waris,” katanya.

Pengetua lelaki itu dikatakan pernah berkhidmat di daerah pendidikan Kulim/Bandar Bharu sebelum memulakan perkhidmatan di sekolah luar bandar yang terletak di pekan kecil Bukit Selambau, kira-kira 26 km dari Sungai Petani itu mulai awal 2009.

p/s: Hermm..memang tak patut la pengetua ni..dia tu pemimpin yg takde otak ke..dan hukuman tu mcm tak sesuai..bagi la penjara ke..denda skit skit..bagi pengajaran..ni setakat pindah kerja ..macam dia dinaikkan pangkat pulak..adess…kalau ditukar jadi budak pejabat mcm tukang sapu ke..ok gak.

[Check Download Links Mediafire/Hotfile/Rapidshare/Megaupload] _OR..Back to HomePage

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check