Gencatan Senjata Hanya Selepas Penceroboh Serah SenjataPrevious Article
Rakyat Sabah Pilih Dibawah Malaysia,Bukan Sultan Sulu-NajibNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Pencerobohan Sabah Beri Kesan Serius Pada PRU 13

Article   12 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

KUALA LUMPUR – Beberapa penganalisis politik menganggap insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, sebagai cubaan mewujudkan keadaan tidak stabil di Malaysia di ambang pilihan raya umum diadakan.

Mereka berpendapat ada pihak tertentu yang menghangatkan semula isu tuntutan ‘Kesultanan Sulu’ ke atas Sabah walaupun ternyata ia telah berlaku lama dulu.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata insiden pencerobohan itu boleh mempengaruhi pola pengundian rakyat Malaysia.

Bercakap kepada Bernama, beliau yang mempersoal kewajaran isu tuntutan Sabah dibangkitkan semula, berpendapat rakyat Malaysia boleh membuat penilaian sendiri melalui usaha kerajaan menangani masalah itu.

“Mungkin ada pihak yang mahu lahirkan keadaan tidak menentu supaya rakyat melihat kerajaan berada dalam situasi yang tidak stabil. Pengundi harus menilai keberkesanan pendekatan yang dilakukan kerajaan sejak awal dalam usaha mengelak berlaku sebarang tragedi walaupun akhirnya pasukan keselamatan negara perlu dihantar ke lokasi tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula berpendapat pihak tidak bertanggungjawab itu mungkin mahu melaga-lagakan Malaysia dengan Filipina tetapi beralih kepada tuntutan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya ‘Sultan Sulu’ kerana dilihat sebagai isu yang ‘lebih mudah dan lama’.

“Mereka mahu wujudkan keadaan tidak stabil terutama di kawasan sebelah Laut Sulu. Tapi kita tak tahu adakah ia akan menyebabkan pilihan raya dilambatkan. Dan kalau dilambatkan, adakah akan menguntungkan? Kita tidak pasti.

“Tapi ia boleh sebabkan rakyat Sabah melihat kerajaan benar-benar berusaha melindungi mereka,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah majlis di Kangar pada Ahad turut melahirkan rasa hairan dengan kehadiran kumpulan itu ke Sabah semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan ‘Kesultanan Sulu’ ke atas Sabah sudah lama dibuat.

Dalam pada itu, kedua-dua penganalisis politik itu juga sependapat pencerobohan di Lahad Datu mungkin juga bertujuan mencabar kewibawaan Najib sebagai perdana menteri terutama dalam menangani masalah berkenaan.

Menurut Zainal Abidin, sejak menjadi menteri besar Pahang pada 1982, Najib belum pernah diuji sama ada dari dalam atau luar parti Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi beliau sudah buktikan komitmen yang tinggi dalam hal-hal berkaitan pentadbiran…dengan transformasi ekonomi, turun padang dan sebagainya. Kita juga perlu tahu bahawa beliau ialah bekas menteri pertahanan yang faham isu-isu berkaitan,” katanya.

Kedua-dua penganalisis itu juga sependapat krisis yang berlarutan kini jelas tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu kestabilan negara.

Sementara itu, tokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempunyai pendapat berbeza, iaitu mereka yang menggelar keturunan ‘Kesultanan Sulu’ itu menuntut Sabah kerana kemajuan dan kesejahteraan yang dikecapi negeri itu pada masa ini.

“Bahagian Sulu sudah lama mahu menubuhkan sebuah negara bebas, mereka pernah lawan dengan Sepanyol, Amerika Syarikat dan pemerintah Filipina.

“Kalau mereka boleh dapat Sabah, dengan kemajuan yang dikecapi Sabah sekarang, Sulu boleh jadi negara yang berjaya, itu tujuan sebenar mereka,” katanya.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan lambat bertindak menangani kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sivamurugan berkata: “Banyak perkara yang perlu diambil kira. Memang pasukan keselamatan mempunyai kelengkapan yang mencukupi tetapi ia suatu pendekatan untuk mengelak pertumpahan darah.”

Zainal Abidin pula berkata ‘kelewatan’ itu bukan satu kelemahan, sebaliknya beliau memuji tindakan kerajaan mengadakan rundingan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah berkenaan sebelum melancarkan tindakan ofensif.

Pencerobohan di Lahad Datu bermula 12 Feb lepas dan memuncak pada Jumaat apabila dua anggota polis terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan itu, tiga hari selepas tamat tempoh pengusiran.

Enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap pengganas di Semporna pada Sabtu, sebelum pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif besar-besaran melalui udara dan darat ke atas kumpulan penceroboh itu pada Selasa. – Bernama

Comments

Tak Lupa Komen

Article   12 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check