Sedar Selepas Koma 5 HariPrevious Article
Penipuan Tersembunyi Di I-CityNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Padah Rompak Budak 2 Tahun

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
KOTA BHARU: “Ketika kejadian, saya terlebih makan pil khayal dan tidak berniat cederakan sesiapa. Saya rayu hukuman ringan dijatuhkan… Yang Arif,” kata seorang penganggur, Mohd Suhaidee Hussin, 33, sebelum dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan merompak kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang memakai seutas rantai leher emas di sebuah pasar raya di Kubang Kerian, pada Oktober lalu.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merompak rantai leher kanak-kanak itu dan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pasar raya Mydin Kubang Kerian pada jam 5.25 petang, 19 Oktober lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 394, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.
Mengikut fakta kes, pengadu yang juga bapa mangsa, Ahmad Fardlee Syawal, 30, bersama keluarganya ke pasar raya berkenaan sebelum mendapati tertuduh menolak anaknya dan kanak-kanak terbabit menangis.
Pengadu melihat leher anaknya berdarah dan mengejar tertuduh kerana mendapati rantai leher anaknya tiada.
Tertuduh yang berjaya ditahan kemudian diserahkan kepada pengawal keselamatan dan anggota polis.
Anggota polis yang menjalankan pemeriksaan terhadap tertuduh menemui seutas rantai leher emas di dalam poket depan seluarnya.
Terdahulu, Nor Hamizah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana jenayah itu membabitkan seorang kanak-kanak dan berlaku di kawasan orang ramai.
“Kejadian ini berlaku di pasar raya iaitu tempat awam, sekali gus menggambarkan keadaan tidak selamat kepada masyarakat di mana-mana tempat sekali pun.
“Pelakuan jenayah tertuduh turut menyebabkan kanak-kanak itu cedera dan saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal,” katanya.
Azman kemudian menjtuhkan hukuman itu dan mengarahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check