Bubar Parlimen,Najib Jumpa Senarai Calon Petang IniPrevious Article
Keganasan Pada Rakyat Filipina Di Sabah,PBB Akan Campur TanganNext Article
Breaking News
  • Pelajar Usia 14 Thn Tinju Muka Cikgu Bertubi-Tubi gambar hiasanDifahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.Semuanya bermula kira-kira jam [...]
  • Video Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad DatuVideo Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad Datu Video ini memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol [...]
  • Lol Papa Gomo Dedahkan Video Orang PKR Onani PulaLol Papa Gomo Dedahkan Video Orang PKR Onani Pula Blog Papa Gomo memang Blog Panas yang banyak membawa isu isu berkaitan dengan moral pimpinan Pakatan Pembangkang. Blog ini sememangnya menjadi ancaman [...]

Latest Hot

Malaysia Tidak Akan Libatkan Negara Asean Tangani Pengganas

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

PUTRAJAYA: Pada masa ini, tiada keperluan bagi Malaysia untuk melibatkan negara Asean dalam membantu menangani isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, Malaysia menghormati hal ehwal dalam negara dan tidak akan mencampuri hal dalaman negara-negara Asean lain.

“Saya tidak fikir pada ketika ini untuk melibatkan negara-negara Asean lain,” katanya pada sidang media selepas taklimat khas Kementerian Luar kepada para diplomat antarabangsa mengenai isu Lahad Datu di Wisma Putra di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia akan mendapatkan bantuan daripada negara-negara Asean lain dalam menangani isu di Lahad Datu.

Bagaimanapun, Anifah berkata, sebagai negara jiran dan anggota kepada Asean adalah sebaik-baiknya untuk memberi penjelasan mengenai perkembangan dan pelaksanaan yang dilakukan oleh Malaysia berhubung insiden yang berlaku di Lahad Datu.

“Semalam (Selasa) saya pergi ke Brunei untuk memberi penjelasan mengenai isu Lahad Datu kepada Menteri Luar Brunei (Putera Mohamed Bolkiah) di mana Brunei kini merupakan pengerusi kepada Asean.

“Dan baginda menerima penjelasan itu. Saya memberitahu baginda bahawa pada masa ini belum ada lagi keperluan (bantuan) untuk diperbincangkan kerana kita (Malaysia) sedang menangani situasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anifah berkata, Kerajaan Malaysia menyifatkan situasi yang berlaku di Lahad Datu sebagai suatu “serangan pengganas” yang mana ia melibatkan akta keselamatan dan jenayah.

Jelasnya, kerajaan akan berterusan mengambil apa jua tindakan yang munasabah bagi memastikan penceroboh ini akan dibawa ke muka pengadilan.

“Pengganas akan berhadapan dengan tindakan undang-undang mengikut undang-undang Malaysia, di mana menyamai standard undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau menambah, dalam menjalankan operasi seperti Op Daulat, kerajaan bukan sahaja mematuhi jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi juga mengikut standard hak asasi manusia antarabangsa.

“Kerajaan juga komited memegang prinsip dalam Piagam Asean dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean.

“Dalam menangani pengganas (Sulu), Malaysia turun mengambil tindakan dan pendekatan yang mematuhi undang-undang hak asasi manusia dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sepenuhnya,” katanya.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check