Gambar Merah 'Burung' Kemalu-MaluanPrevious Article
Selepas Anwar,Kini Gambar Nik Aziz Dicium Lelaki Pula TersebarNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Lancar Perang Gerila,Arahan Baru Kiram

Article   2 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Lancar Perang Gerila,Arahan Baru Kiram
Lancar Perang Gerila,Arahan Baru Kiram

KUALA LUMPUR: Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila keatas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.

The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.

“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.

Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.

Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.

Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.

Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.

Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.

Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.

“Ia mugkin orang lain yang mereka sekat, kemungkinan umpan atau untuk mengalih perhatian bagi memberikan mereka laluan masuk,” kata sumber tersebut yang merujuk kepada penahanan oleh Tentera Laut Filipina minggu lepas.

Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.

Agensi berita negara melaporkan pasukan keselamatan Malaysia baru-baru ini telah dua kali bertempur dengan penceroboh bersenjata Sulu pagi semalam, 36 hari selepas 200 pengikut Sulu yang diketuai Agbimuddin mendarat di Tanduo, yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Pasukan keselamatan telah hilang 10 anggota – lapan anggota polis dan dua tentera.

Seorang remaja yang tidak dikenali juga telah ditembak mati pada hari keenam Ops Daulat.

Pertempuran bersenjata semalam memecah tempoh aman selama lima hari sepanjang pasukan keselamatan memburu baki penceroboh Sulu dalam operasi Ops Daulat yang semakin berakhir.

Semalam Bernama melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

Malaysia melancarkan Ops Daulat tiga minggu selepas kira-kira 200 lelaki bersenjata mendarat pada 9 Februari, memulakan serangan dengan pengeboman udara dan tembakan meriam berat sebelum menghantar tentera darat untuk menjalan operasi pembersihan dikawasan perkampungan dimana Agbimuddin dan pengikutnya bersembunyi.

Namun, Agbimuddin dan pengikutnya berjaya menyusup keluar dan dipercayai menerima bantuan daripada penduduk tempatan sekitar, malahan terdapat antaranya yang ditahan untuk disoal siasat.

Kaum keluarganya di Filipina juga mendakwa dalam media bahawaAgbimuddin telah menghubungi mereka beberapa kali sepanjang minggu lalu untuk memberitahu mereka masih selamat.

Khamis lepas, puak Kiram menawarkan gencatan senjata tetapi enggan mengeluarkan tentera mereka dari Lahad Datu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, mengarahkan kumpulan bersenjata menyerah diri tanpa syarat dan atau berhadapan dengan kematian.

- The Malaysian Insider

Comments

Tak Lupa Komen

Article   2 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check