Tentera Sulu Cuba Serang Balai Polis,Seorang Anggota Polis TerbunuhPrevious Article
Punca Polis Dikerah Dahulu Di Lahad Datu,Tentera Kedua FollowNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Lagi Sekumpulan Penceroboh Cuba Mendarat Di Lahad Datu Ditangkap

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Lagi Sekumpulan Penceroboh Cuba Mendarat Di Lahad Datu Ditangkap
Pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu, Sabah semalam. 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pasukan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu. 
“Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan memorandum sokongan kepada Barisan Nasional (BN) daripda 28 badan bukan kerajaan di kawasan Bagan Serai hari ini. 
Katanya, langkah itu juga bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum. 
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dan meminta kerjasama daripada pihak kerajaan negara berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu. 
Ahmad Zahid mengarahkan Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dengan lebih lanjut. 
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.
Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Saya belum terima apa-apa maklumat…ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat,” katanya ketika dihubungi
Bernama.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.
“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini.
Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
Bagaimanapun setakat 10 malam ini, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.
Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat di sini, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Disember lepas.
Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata “tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara”. 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan esok berhubung perkara itu.
Pada November lepas, seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah.
Selain insiden itu, pada September 1985, sebuah bank dan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Lahad Datu pernah dirompak oleh 26 lelaki dan seorang wanita, yang bersenjatakan M-16, pelancar grenade dengan kumpulan itu berpakaian ala tentera.
Dalam rompakan itu 11 orang awam terbunuh manakala seorang pengawal dan tiga orang awam cedera. 
- Bernama

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check