Datuk Shake Tak Mengaku Botox MukaPrevious Article
Seni Gambar Buat Muka Comel LoteNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Kisah Kehidupan Adam Lanza (rencana)

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

SUASANA tenang di Sekolah Rendah Sandy Hook, Connecticut, Amerika Syarikat pada pagi Jumaat itu tidak banyak bezanya berbanding hari-hari lain. Segala-galanya berjalan seperti biasa. Kelihatan para guru sibuk mengajar di dalam kelas masing-masing , sementara sesekali kedengaran gema suara para pelajar yang mengikut arahan guru.

Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Seorang pelajar yang dikenali dengan nama Bear membantu gurunya mengambil kedatangan pelajar-pelajar lain sebelum diserahkan ke pejabat guru besar.

Namun, ketenangan di sekolah tersebut tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tembakan yang bertalu-talu. Seorang lelaki lengkap bersenjata api menyerbu ke kawasan sekolah dalam keadaan muka yang ganas dan marah.

Tanpa mempedulikan siapa mangsanya, Adam Lanza, 20, menuju ke sebuah kelas yang menempatkan 15 murid dan mula melakukan tembakan rambang.

Dalam kelas tersebut, cuma seorang kanak-kanak perempuan yang terselamat manakala 14 yang lain maut. Kanak-kanak itu bertindak bijak apabila dia berpura-pura mati. Bagaimanapun, bahagian kepala hingga kakinya dipenuhi dengan percikan darah.

Namun, Bear bersama beberapa rakannya yang menuju ke pejabat guru besar bernasib baik apabila ditarik seorang guru ke dalam sebuah kelas dan pintunya dikunci rapat.

“Ibu, saya okey tetapi semua rakan sekelas saya mati ditembak,” kata kanak-kanak itu dalam nada cemas apabila bertemu ibunya. Perkara tersebut didedahkan seorang lelaki tempatan, Jim Solomon kepada ABC News.

Solomon memberitahu, kanak-kanak itu nampak suspek dalam keadaan yang sangat bengis dan seperti orang dirasuk.

Selepas membunuh 14 pelajar tersebut, Lanza memasuki kelas Victoria Soto dan membunuh guru berusia 27 tahun itu. Guru tersebut sempat menyorokkan anak muridnya di dalam almari tetapi dalam keadaan kelam-kabut, enam muridnya telah keluar lalu ditembak mati oleh suspek.

Lanza juga pergi ke sebuah kelas lain tetapi ia terkunci rapi dari dalam. Dia menjerit. “Beri saya masuk, beri saya masuk!” imbas Nicholas Sabillon, 9, kepada AFP.

Dalam pada itu apabila mendengar bunyi tembakan pertama, guru muzik, Maryrose Kristopik mengarahkan Sabillon dan murid lain masuk ke dalam almari besar dan mengunci pintu. Suasana menjadi sepi.

Bunuh diri

“Kami semua sangat takut, kami berdoa. Cik Kristopik memberikan kami gula-gula. Kami fikir, ia merupakan gula-gula terakhir kami,” kata Sabillon lagi.

Lanza kemudiannya meninggalkan kelas berkenaan. Tidak lama selepas itu dia menembak dirinya sebelum polis sampai ke sekolah berkenaan.

Tragedi menyayat hati yang mengakibatkan kematian 20 kanak-kanak dan enam dewasa termasuk guru besar sekolah tersebut, Dawn Lafferty Hochsprun mencatatkan satu lagi sejarah hitam di AS. Ia membabitkan mangsa berumur lima hingga 10 tahun dalam dua kelas berbeza.

Sebelum itu, Lanza melepaskan empat das tembakan yang membunuh ibunya di rumah mereka di Newtown sebelum melakukan serangan di sekolah berkenaan dan kemudian membunuh diri. Jarak rumah Lanza dengan sekolah terbabit hanyalah 10 minit dengan memandu.

MANGSA-MANGSA yang terbunuh dalam tragedi di Sekolah Rendah Sandy Hook Jumaat lalu.

Menurut laporan The Times, Lanza merupakan seorang pelajar pintar tetapi pendiam. Dia didakwa mengalami gangguan personaliti tetapi tidak mempunyai rekod jenayah.

Saudara-mara dan bekas rakan sekelas Lanza turut mengakui suspek seorang yang bijak. “Dia seorang yang gila komputer,” kata ibu saudaranya, Marsha Lanza.

Karakter Lanza

Bekas rakan sekelasnya, Alex Israel memberitahu, Lanza seorang pelajar pintar, peribadinya juga sangat berbeza dengan rakan-rakan lain, pendiam dan perahsia.

Sebaliknya, jiran-jirannya pula menggambarkan Lanza seorang yang bermasalah. Jirannya, Tim Dalton berkata, dia bersikap pelik sejak umurnya lima tahun tetapi bekas rakan sekelasnya tidak terkejut dengan kelakuan ganas Lanza.

Richard Novia, ketua sekuriti dan penasihat kelab teknologi sekolah berkenaan yang bertugas sehingga tahun 2008 berkata, Lanza memang mempunyai beberapa kelemahan yang ketara.

“Jika dirinya terbakar, Lanza tidak akan perasan atau terasa sakit secara fizikal. Jadi, saya perlu menumpukan perhatian kepadanya,” kata Novia.

Bahkan, Novia pernah menganjurkan perjumpaan antara ibunya , Nancy Lanza, 52, bersama guru kaunseling dan pihak pentadbiran sekolah bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi anaknya itu. Bagaimanapun, beberapa siri krisis yang dihadapi Lanza hanya boleh diselesaikan ibunya.

Rakan Nancy yang enggan dikenali memberitahu, Lanza didakwa pernah bertindak membakar dirinya tahun lalu dan mengakibatkan beberapa bahagian tubuhnya melecur tetapi dia tidak berasa sakit.

Tambah wanita berkenaan, Nancy pernah menyuarakan kebimbangan apabila kesihatan mental anaknya itu semakin teruk dan sukar didekati.

Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Jas Laile Jaafar berkata, tragedi seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku di Amerika Syarikat dan ia menunjukkan suspek mengalami masalah psikologi.

Dalam tragedi di Virginia Polytechnic Institute and State University (Virginia Tech) di Blacksburg, Virginia pada 16 April 2007, seorang pelajar, Seung-Hui Cho menembak mati 32 orang dengan ramai mangsa cedera. Dia kemudian membunuh diri.

LANZA sebenarnya seorang pelajar pintar.

Jas Laile yang juga pakar psikologi menambah, suspek mengalami kemurungan, tekanan diri dan gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah berkenaan.

Alami kemurungan

“Semua orang ada masalah namun lelaki berkenaan cacat dari segi psikologi. Dia tidak tahu cara-cara berinteraksi dengan orang, tidak dapat kasih sayang secukupnya atau sokongan moral daripada keluarga.

“Akibatnya, dia mengalami kemurungan, menjadi tidak normal dan akhirnya mengamuk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Satu sumber memberitahu Connecticut Post, ibu bapa Lanza memberitahu anak mereka menghidap sindrom Asperger tetapi tidak pasti sama ada dia pernah didiagnosis.

Menurut Dr. Gabriella Rosen Kellerman dan kolumnis majalah The Atlantic, penyakit autisme dan Asperger mempunyai hubung kait dengan kesukaran berkomunikasi, menjalin hubungan dan perasaan simpati kepada orang lain.

“Antara jenis-jenis kecelaruan personaliti ialah antisosial yang boleh menjurus kepada perbuatan ganas,” jelasnya.

Sindrom Asperger berkembang sejak zaman kanak-kanak dan muncul pada peringkat dewasa. Ia menjejaskan persepsi dan cara seseorang berfikir.

ABC News pula melaporkan abang suspek, Ryan, 24, sebagai berkata, adiknya itu menghadapi masalah pemikiran autistik atau sindrom Asperger dan kecelaruan personaliti.

The Telegraph melaporkan, empat tahun lalu ibu bapa Lanza bercerai setelah 28 tahun mendirikan rumah tangga. Keruntuhan rumah tangga pasangan itu menyebabkan anak-anaknya trauma terutama Lanza. Ketika itu, Ryan berada di kolej manakala Lanza yang empat tahun lebih muda tinggal bersama ibunya di sebuah rumah empat bilik. Bapanya memberi nafkah tahunan sebanyak AS$250,000 (RM800,000).

Bapa Lanza, Peter, bekerja sebagai pengarah cukai dan timbalan presiden cukai di GE Energy Financial Services, di bandar raya New York.

Lanza dan ibunya Nancy tinggal di sebuah rumah berwarna putih di Newtown, Connecticut bernilai AS$1.5 juta (RM4.8 juta) yang dikelilingi kehijauan. Rumah dengan seni bina kolonial itu mempunyai empat bilik tidur dan tiga buah tandas terletak di dalam kawasan seluas 0.8 hektar.@kosmo

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check