Cabul Budak 10 Tahun Selepas Upah RM5 Pijak BelakangPrevious Article
Lawak Sama Tapi Tak Serupa (35 Gambar)Next Article
Breaking News

Latest Hot

Kes Saman AES Ditarik Balik,JPJ Patut Pulangkan Duit

Article   2 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Hari ini kesemua OKS (Orang Kena Saman) bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan (discharge not amounting to an acquittal), antaranya di Putrajaya, dimana Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan 5 orang OKS.


Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) dan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes Saman AES ditarik balik hari ini.

Ini kerana peguam-peguam Juham & KASE dari awal pendakwaan kes saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada Mahkamah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyalahi undang-undang kerana menjalankan Pendakwaan di Mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.

Bantahan awal oleh peguam-peguam Juham & KASE telah menyebabkan pihak JPJ panik sehingga ada kes yang ditangguhkan dan pihak JPJ telah diberikan amaran oleh Mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes Saman AES tersebut akan dibatalkan oleh Mahkamah.

Justeru, tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua pendakwaan kes saman AES ditangguhkan atas alasan terdapatnya isu undang-undang yang masih belum selesai jelas membuktikan bantahan Juham & KASE sebelum ini adalah berasas sehingga membuatkan JPJ panik akibat daripada kegopohan, keangkuhan dan kejahilan JPJ dalam mematuhi undang-undang.

Oleh itu, Juham & KASE menggesa JPJ dan kerajaan memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini kerana tindakan Peguam Negara yang mengakui bahawa wujudnya kecelaruan undang-undang dalam perlaksanaan saman AES tersebut membuktikan bahawa pendakwaan-pendakwaan yang telah dilakukan oleh pihak JPJ sebelum ini jelas adalah salah dan bercanggah dengan undang-undang.

Akibat daripada itu, kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui keesahannya dan boleh dicabar di Mahkamah.

Sekiranya JPJ masih berdegil untuk tidak memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini, Juham & KASE tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap JPJ.

Pada masa yang sama, Juham & KASE juga melahirkan rasa bimbang terhadap satu lagi keputusan flip-flop kabinet Umno-BN yang sekali lagi menukar pendirian mereka terhadap isu Saman AES setelah menerima bantahan yang kuat daripada rakyat.

Umno-BN akhirnya akur dengan kehendak rakyat dan menyedari bahawa rakyat tidak mudah untuk diperbodohkan oleh mereka.

Hal ini kerana rakyat sedari awal telah mengetahui bahawa Saman AES ini adalah semata-mata bertujuan untuk menghalalkan niat busuk Umno-BN dalam memberikan keuntungan secara mudah kepada krooni-kroni Umno-BN.

Juham & KASE memberikan amaran kepada Umno-BN bahawa regim kezaliman pentadbiran Umno-BN sudah tiba ke penghujungnya dan akan terus lenyap di muka bumi Malaysia pada pilihan raya umum yang semakin tiba.

Akhirnya, Juham & KASE dengan ini mengucapkan tahniah kepada kesemua penyokong dan pendokong kempen membantah AES ini termasuk para peguam Juham & KASE yang bertungkus-lumus tanpa penat dan lelah sehingga membawa kepada kemenangan ini.

Ahmad Zamri As’aad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Artikel Dari KeadilanDaily

Comments

Tak Lupa Komen

Article   2 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check