Pokok Kelapa Berbuahkan Pisang Dan NangkaPrevious Article
Keputusan Liga Super 2012Next Article
Breaking News
  • Budak Kecik Kantoi Jolok Wanita Tak pasti sama ada parents budak ni sedar ke tidak.Gambar ini secara tidak sengaja telah dirakam oleh org awam yg melalui kawasan itu.Harap budak ini saja buat secara tak sengaja.Bukan [...]
  • Rahsia Tokey Sendayu Tinggi Pakai Purdah Terbongkar Lagi Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali [...]
  • Gol minit ke-88, Sepanyol ke suku akhir SEPANYOL muncul juara Kumpulan C apabila mengatasi Croatia 1-0 dalam perlawanan terakhir saingan kumpulan, Euro 2012 di Stadium Arena, Gdansk.Gol dihasilkan oleh Xavi Hernandez pada minit ke-88 permainan. Pertahanan Croatia [...]

Latest Hot

Kelantan Unggul di Persada Liga

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Masih 3 mata di depan Terengganu, Lions XII

KELANTAN kekal selaku pendahulu Liga Super selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Perak, Ipoh manakala Terengganu kembali ke tangga kedua, mengekori rapat hasil kemenangan 6-3 di gelanggang sendiri ke atas Sabah, malam tadi.


The Red Warriors kendalian Bojan Hodak yang hanya dibezakan tiga mata dengan Terengganu dan Lions XII, meledak dua gol pada babak pertama menerusi Daudsu Jamaluddin (m-12) dan Zairul Fitree Ishak (m-29) untuk memastikan kelebihan tiga mata di persada liga dikekalkan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu memintas Lions XII dengan kelebihan jaringan selepas bersaing sengit dengan Sabah yang bangkit daripada ketinggalan empat gol pada babak pertama untuk merapatkan jurang kepada 4-3. 

KAPTEN Kelantan, Md Badhri Md Radzi (kiri) cuba melepasi halangan pemain Perak pada saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi. 

Ashari Shamsudin membuka jaringan Penyu pada minit keempat, disusuli dua gol Francis Forkey (m-11 dan 13) tetapi Sabah tidak patah semangat dan mendapat gol pertama menerusi Zainizam Marjan (m-33).

Abdul Manaf Mamat menanduk masuk gol keempat Terengganu (m-42) tetapi pelawat pantas merapatkan jurang sebelum rehat menerusi Brendan Gan. Pada babak kedua, Terengganu menambah dua lagi gol manakala sekadar mampu meledak satu.

Di Stadium Negeri, Kuching, harapan skuad Ngap Sayot mengutip mata selepas beraksi cemerlang mengekang asakan Lions XII, tidak kesampaian apabila penalti minit ke-72 mudah disempurnakan kapten pelawat, Shahril Ishak.
Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-0 tetapi anak buah Irfan Bakti Abu Salim terpaksa menunggu hingga minit ke-56 sebelum Bosko Balaban memecah kebuntuan dan P Gunalan (m-60) serta Amirulhadi Zainal melengkapkan kemenangan.

Di Stadium Pasir Gudang, T-Team turut mengorak langkah kanan apabila menang tipis 2-1 ke atas Johor FC sekalipun tuan rumah hanya memerlukan 33 saat untuk membuka tirai jaringan menerusi Arthuro Henrique.

Pelawat menyamakan kedudukan menerusi gol Mohd Faiz Subri (m-17) sebelum Khairul Izwan Khalid dan Azrul Hazran Amiluddin memastikan tiga mata dibawa pulang.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan terus memanjat tangga liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Kedah, hasil jaringan Effa Owona dan S Kunanlan pada minit ke-24 dan 42 manakala Baddrol Bakhtiar (m-60) memberikan gol sagu hati Kenari.

KUALA LUMPUR – Pasukan Kelantan merekodkan kemenangan ke-14 dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah, 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Kemenangan tersebut daripada 20 perlawanan yang diharungi skuad Kijang setakat ini membolehkan mereka mengumpul 47 mata, tiga mata kurang berbanding
pendahulu liga, Lions XII dari Singapura yang tidak bermain hari ini.

Dua gol Kelantan pada perlawanan tersebut dijaringkan Rizal Fahmi Abdul Rosid pada minit ketujuh dan Indra Putra Mahyuddin pada lewat permainan.

Perak yang sebelum ini menduduki tangga keempat liga naik satu anak tangga selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak, di Stadium Negeri, Kuching.

Albert Dominique membuka jaringan untuk skuad Seladang seawal minit kesembilan permainan sebelum Azizan Saperi menyamakan kedudukan untuk pasukan
tuan rumah pada minit ke-45.

Michal Kubala mengesahkan kemenangan mutlak skuad bimbingan Norizan Bakar apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-21.

Kedah turut mencatatkan kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur, 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Penyerang tuan rumah, Mohd Faizal Abu Bakar membuka tirai jaringan pada minit ke-36 selepas beliau memanfaatkan hantaran lintang dari pemain import skuad Kenari dari Croatia, Vedran Gerc.

Vedran menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti sebelum skuad warga kota mengurangkan defisit jaringan
menerusi tendangan penalti oleh Zakaria Charara pada minit ke-79.

Sementara itu, dua pasukan Pantai Timur, T-Team dan Terengganu terpaksa berputih mata selepas mencatatkan keputusan seri ketika menentang lawan masing-masing.

T-Team mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Negeri Sembilan diStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Jean-Emmanuel Effa Owona memberikan gol pendahuluan kepada skuad Rusa sebelum Mohd Faiz Subri menyamakan kedudukan untuk T-Team, lapan minit kemudian.

“‘Abang’ mereka iaitu Terengganu pula terikat 2-2 dengan wakil kelab Lembah Klang, Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dua gol Terengganu dijaringkan oleh Mazlizam Muhamad pada minit ketiga dan Mohamad Ashari Samsudin manakala dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh
Mohd Fauzan Zulkifli pada minit ke-30 dan Mickael Nicoise pada minit ke-37. – Bernama

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check