Pesta Séks Remaja Sungai PetaniPrevious Article
Rumah Atas Air Di 21 Pulau Di Sabah Akan DirobohNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Kecam Malaysia Guna Jet Pejuang,Filipina Berhak Hantar Askar Lindungi Rakyatnya-Senator

Article   10 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Kecam Malaysia Guna Jet Pejuang,Filipina Berhak Hantar Askar Lindungi Rakyatnya-Senator

KUALA LUMPUR, 16 Mac ― Kerajaan Filipina mungkin berhak menghantar pasukan tenteranya ke Sabah untuk menjaga keselamatan rakyatnya yang didakwa didera dalam operasi keselamatan Malaysia di sana, menurut seorang senator Filipina hari ini.

 
Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

“Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera,” kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.

“Tetapi jika ini sikap Malaysia… maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian,” kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.
 
Santiago juga mengecam Malaysia kerana menggunakan jet pejuang dan serangan udara untuk menghalau penceroboh Sulu di Lahad Datu pada minggu lepas dengan berkata: “Ia seperti menggunakan peluru berpandu Scud untuk membunuh lalat.”

Laporan juga mendakwa ekoran tindakan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang menyerang penceroboh Sulu serta beberapa penganiayaan keatas warga Filipina juga mencetuskan rasa takut mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan konflik tersebut.

Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai “palsu”.

Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.

Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.

Laporan The Philippine Daily Inquirer Selasa lalu mengatakan warga Filipina telah didakwa ditembak oleh polis di Sandakan selepas diarah berlari sepantas mungkin sebelum.

Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.

Bantilan Esmail II, abang kepada “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.

Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang, termasuk 56 penceroboh Sulu dan lapan pasukan polis serta seorang askar, serta seorang remaja yang tidak diketahui kewarganegaraannya.

source

Comments

Tak Lupa Komen

Article   10 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check