Filem Nabi Muhammad 7 Siri RM3.05 bilionPrevious Article
Gangnam Style Antara Petanda KiamatNext Article
Breaking News

Latest Hot

Jangan Menyibuk,Persoalan Kiamat Hak Allah

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

“Saya pun hairan, mereka risau mengenai tarikh (berlaku kiamat), tetapi tak risau mengenai amal ibadat. Soal kiamat itu kerja Allah, soal kita adalah kerisauan untuk beramal ibadat termasuk puasa, solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

PUTRAJAYA: “Kita sebagai umat Islam tidak boleh berpegang kepada sumber Internet semata-mata, sebaliknya perlu merujuk kepada mereka yang lebih pakar dan mengetahui,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai ramalan kiamat dibuat sesetengah pihak yang turut disebarkan melalui Internet.

Menurutnya, persoalan kiamat hanya diketahui Allah dan tandanya belum sampai lagi sekiranya dilihat dari segi bilangan wanita melebihi lelaki, matahari terbit dari barat, berlaku peperangan besar-besaran dan lahirnya dajal.

“Kita tidak boleh berpegang kepada kepercayaan yang tak ada dalam ajaran Islam, sebab pokok Islam berpegang kepada asas yang diajar menerusi al-Quran, sunah Rasulullah dan ijmak ulama. Jangan pegang pada ramalan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Agihan Zakat 2012 di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Persoalan mengenai kiamat itu heboh diperkatakan sesetengah pihak apabila tersebar khabar angin yang mendakwa kiamat akan berlaku esok berikutan penjajaran planet yang menyebabkan matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya.

ADAKAH masyarakat semakin kalut kononnya dunia bakal berakhir esok iaitu 21 Disember 2012.

Ahli falsafah Perancis, Michel de Nostredame atau lebih dikenali sebagai Nostradamus yang hidup pada abad ke-16 meramal kononnya sebuah planet akan melanggar bumi sehingga menyebabkan kemusnahan, namun teori paling popular ialah pada 21.12.2012 menandakan berakhirnya kalendar 5,125 tahun Maya, sekali gus ditafsirkan sebagai pengakhiran dunia.

Mengikut tafsiran kalendar itu, apabila berakhirnya waktu subuh Jumaat, mengikut kalendar Maya, ia menandakan akhir bak’tun 13 iaitu zaman selama kira-kira 400 tahun dan permulaan bak’tun 14.

Disebabkan tafsiran itu, kekalutan demi kekalutan berlaku di seluruh dunia akibat percayakan mitos ini, di China, seorang petani membina tujuh bola gergasi yang didakwanya mampu menyelamatkan dia apabila dunia musnah. Agensi berita Xinhua melaporkan, pihak berkuasa China turut menahan berpuluh-puluh orang, sesetengahnya anggota kumpulan kultus dalam operasi besar-besaran bagi mematahkan khabar angin mengenai kedatangan kiamat.

Kaum Maya tak peduli ramalan

Reuters pada 17 Disember lalu juga melaporkan histeria berlaku di penjara Russia manakala mereka yang percayakan kewujudan makhluk asing berkumpul di perkampungan di pergunungan Perancis mengharapkan bantuan dari angkasa lepas. Penulis di Melbourne, Australia, Robert Bast turut menulis sebuah buku yang dipanggil ‘Survive 2012’ bagaimana untuk berhadapan dengan malapetaka yang mungkin berlaku kerana dia percaya masyarakat Maya sudah lama menghantar amaran awal.

Ramalan mengenai kiamat sudah lama berlegar di alam maya dengan pelbagai tarikh diberikan kononnya bersandarkan ramalan dan kiraan saintifik. Metro Ahad pada 2006 pernah melaporkan terdapat e-mel berantai disebarkan kononnya dunia akan kiamat pada 1 Februari 2019 akibat bumi dilanggar asteroid dikenali sebagai 2002 NT7.

Bagaimanapun kiraan kalendar Maya lebih popular sehingga Hollywood mengambil kesempatan menerbitkan filem mengenai kemusnahan dunia pada 2009.

Malah, tarikh kiamat itu dijadikan modal iklan serta program berbentuk realiti televisyen seperti ‘Doomsday Preppers’ untuk menarik perhatian umum.

Persoalannya kenapa masyarakat yang majoritinya mengikut kalendar Gregorian secara tiba-tiba menjadi taksub kepada kalendar Maya yang tidak ramai memahami perkiraannya malah tamadun itu pun sudah lama runtuh.

Associated Press baru-baru ini melaporkan di tengah-tengah kegilaan dunia kononnya bersedia mendepani 21 Disember 2012, masyarakat keturunan Maya di semenanjung Yucatan, Mexico langsung tidak peduli dengan ramalan nenek moyang mereka.

Masyarakat itu meneruskan kehidupan seharian mereka, membawa motosikal roda tiga yang sarat dengan ahli keluarga dan makanan haiwan. Mereka berjenaka, menari atau berbual di kaki lima pada waktu malam.

“Saya tidak tahu jika dunia akan berakhir,” kata Liborio Yeh Kinil, 62, sambil duduk di kerusi di luar kedai runcit kecil di dataran berumput tengah bandar Uh-Mei di Quintana Roo. “Ingat 2006 dan ‘6-6-6’ (Jun 6, 2006). Ramai orang fikir ada sesuatu yang akan berlaku tetapi tiada apa yang berlaku. Kenapa panik? Jika ada sesuatu akan berlaku, ia tetap berlaku,” katanya.

Panik, bimbang dan bingung mengenai kesahihan khabar angin ini juga menjalar sehingga ke kawasan kampung di negara ini. Kecoh di kedai kopi apabila ada yang membincangkan soal ini walaupun si kecoh itu hanya mendapat maklumat ‘separuh masak’ daripada Internet atau membaca di media massa.

Ada juga yang mengatakan kedudukan planetdi dalam sistem suria akan menjadi sejajar esok menyebabkan bumi mengalami gerhana sekali gus perubahan cuaca berlaku secara drastik.

Dari sudut psikologi, Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil berkata, ketaksuban itu terjadi disebabkan wujudnya individu yang takutkan kematian tetapi pada masa sama mahu melihat kemusnahan dan kematian orang lain.

“Ia semakin menjadi-jadi apabila wujud elemen sensasi dan komersial iaitu ada pihak menjadikan ia modal keuntungan umpamanya menggunakan media untuk menerbitkan rancangan kiamat sehingga mempengaruhi individu tertentu,” katanya.
Menurutnya, soal kemusnahan dunia ada dalam semua kepercayaan dan orang tercari-cari atau tertanya-tanya bila akan berlakunya hari itu. Secara tiba-tiba kalendar Maya didakwa menyebutkan tarikh 21 Disember 2012.

“Percampuran elemen kepercayaan dan material apabila dikomersialkan menyebabkan orang takut tetapi teruja serta mahu menyaksikannya. Sebab itu ada pihak sanggup menyimpan stok makanan atau mencipta tempat perlindungan kononnya boleh menyelamatkan mereka.

“Hendak tahu apa yang berlaku kita kena tunggulah tarikh itu tetapi dalam Islam sudah dinyatakan tanda-tanda kecil dan besar mengenai kiamat, ia pasti berlaku cuma Allah saja yang tahu bila.

“Sebagai orang Islam, kita kena berhati-hati dengan perkara sebegini kerana ia boleh menyebabkan akidah kita menyimpang jika berpegang kepada andaian sebegini,” katanya.

Ketakutan pada andaian dunia kiamat esok sebenarnya boleh memberi pelbagai kesan buruk lain kerana tidak mustahil ada individu yang memikirkan dia gagal mencari perlindungan memilih untuk membunuh diri.

Dalam Islam, kiamat pasti berlaku, tidak perlu memikirkan bila ia akan berlaku kerana perkara paling penting ialah bekalan di alam seterusnya.

Meminjam kembali kata-kata Liborio: “Jika ada sesuatu akan berlaku, ia tetap berlaku.” Penulis wartawan Harian Metro

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check