Iklan Pada Dinding Dan Lantai Yang Sangat KreatifPrevious Article
Penggusti Panggil Polis Takut Dibelasah BiniNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Gambar Comel Anak Kecil Angkasawan Negara Berenang

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

KAMI setia menunggu sementara perenang cilik Sophea Isabella atau nama timangannya Bella yang kini sudah mencecah usia 10 bulan disiapkan ayah dan ibunya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 40, dan Datin Dr Harlina Mohd Yunos, 32.

“Maaf ya lama menunggu kerana Bella ditidurkan dulu untuk memastikan yang dia tidak meragam,” kata Sheikh Muszaphar sambil mendukung Bella yang sudah sedia berpakaian mandi sambil menuju ke kolam renang di kediaman mereka di Bangsar.

Sesiapa juga yang memandang wajah comel ini pasti tidak jemu melihat keletah si manja bermata bundar yang dilahirkan pada 21 Julai 2011. Dengan berat 10 kilogram, bertubuh gebu, cerah dan mulus, Bella memiliki keistimewaan tersendiri berbanding bayi seusia apabila pandai menyelam, menahan nafas dan mengapungkan badan di dalam air yang mungkin juga tidak mampu dilakukan orang dewasa. Ketika dibawa ke gigi air, langsung tidak nampak riak takut atau terkejut pada wajahnya.

Malah dia sentiasa ketawa dan sekali-sekala menjerit keriangan tatkala bapanya menjatuhkan badannya di dalam air. Reaksinya sangat mengujakan penulis.

Walaupun ketika itu jam 6 petang manakala angin bertiup perlahan dan cuaca gelap menandakan akan hujan, Bella masih relaks tanpa riak kesejukan.

Apabila dia dapat menyesuaikan diri dengan suhu dan suasana dalam kolam, bersama-sama bapanya dia mengawal pergerakan dan hanya sesekali menunjukkan reaksi terkejut mungkin kerana suhu air yang agak sejuk.

Sambil dipegang bapanya, Bella menunjukkan aksi berani dengan mengapungkan badan di permukaan air. Malah dia turut menyelam bersama bapanya ke dasar kolam dalam masa tiga hingga lima saat sambil mengawal pernafasan. Aksinya begitu bersahaja, malah dia masih mampu tersenyum di hadapan lensa kamera dengan sedikit rengekan manja apabila muncul di dada air.

Menurut Sheikh Muszaphar, sejak Halina mengandungkan Bella mereka sudah berbincang mengenai bentuk kemahiran yang akan diberikan kepada anaknya sebaik saja dilahirkan. Menyedari sejak berusia empat tahun Sheikh Muszaphar didedahkan dengan sukan renang oleh bapanya sehingga menjadi perenang negara, jadi dia berazam mahu Bella mengikut jejak langkahnya dengan mempelajari renang seawal usia yang mungkin.

“Jadi kami mula mencari buku serta mendapatkan maklumat di Internet mengenai teknik permulaan berenang untuk bayi berusia sebulan. Memandangkan sejak dalam kandungan bayi membesar di dalam air, jadi tidak menjadi masalah kerana sememangnya mereka mampu berinteraksi dengan baik sekiranya diberi pendedahan awal,” katanya.

Oleh itu sejak berusia sebulan, Bella diajar teknik menahan nafas, caranya dengan menjirus kepalanya dengan air suam ketika di dalam tab mandi. Pada mulanya memang dia terkejut namun lama-kelamaan Bella dapat menyesuaikan diri dan mula menyukai air.

“Ketika Bella berusia sebulan kami menjirus kepalanya menggunakan air suam dan ini berterusan sehingga usianya mencecah dua bulan. Pada peringkat permulaan, reaksi Bella seakan takut dan tidak dapat mengawal diri kerana belum biasa dengan situasi itu. Lama-kelamaan Bella semakin serasi dan selesa sehingga berjaya mengawal sendiri nafasnya,” ujarnya.
 

Gambar Comel Anak Kecil Angkasawan Negara Berenang

Setelah dapat mengawal pernafasan, Sheikh Muszaphar mula membawa Bella bermain air di kolam renang ketika berusia empat bulan. Pada mulanya Bella agak terkejut kerana keadaan air kolam lebih sejuk berbanding tab mandi. Namun apabila sering dilakukan, dia semakin berani serta pandai menyesuaikan diri kerana menganggap aktiviti ini sangat menyeronokkan. Ini jelas kelihatan setiap kali dibawa ke kolam renang dia menjerit kesukaan sambil kaki dan tangan menggapai-gapai seakan-akan tidak sabar mencecah air.

“Hasilnya Bella berupaya menahan nafas daripada kiraan tiga sehingga 10 saat.
Namun Bella masih belum boleh berenang sepenuhnya sebaliknya hanya terapung dan menyelam saja kerana otot badannya masih belum kuat,” jelasnya yang ingin Bella menguasai teknik menahan nafas dan mengawal pergerakan kaki dan tangan di dalam air terlebih dulu sebelum ke peringkat seterusnya.

Menurut angkasawan negara ini, selalunya dia dan isteri membiarkan Bella menyelam sambil badannya dipegang kemudian ditolak ke hadapan dan akan disambut isteri. Bella juga diajar teknik berenang seperti berkayuh dan membuat tendangan di dalam air.

Sheikh Muszaphar yang memiliki asma sejak kecil mengakui aktiviti renang membawa banyak kebaikan kepada tubuh. Antaranya mampu mengembangkan paru-paru dan menjadikan pernafasan lebih lancar. Bagi penghidap asma, lama-kelamaan ia akan hilang sendiri.

Selain itu menerusi pergerakan tangan, kaki dan kepala, berenang mampu menguatkan otot badan dan jika dijadikan rutin harian, ketinggian bertambah dengan cepat serta meningkatkan ketajaman fikiran seseorang.

“Paling penting selain membina stamina, mereka yang tahu berenang dapat menyelamatkan diri sendiri dan orang lain apabila berada dalam situasi kecemasan terutama membabitkan kanak-kanak. Malah ibu bapa tidak perlu takut mengajar anak mereka berenang kerana aktiviti ini selamat dan menyihatkan badan. Sebaiknya, ia didedahkan kepada anak-anak ketika usia bayi lagi,” katanya.

Bagi Sheikh Muszaphar, ibu bapa harus mempunyai kemahiran renang terlebih dulu sebelum mengajar anak berenang untuk mengelak sesuatu yang buruk berlaku.

Katanya, pernah berlaku beberapa bulan lalu ketika dia meninggalkan Bella untuk mengambil barang secara tiba-tiba Bella terjatuh di dalam kolam.

“Alhamdulillah Bella pandai menahan nafas dan boleh terapung dengan sendiri sebelum saya pantas mencapainya,” jelasnya yang memperuntukkan tiga atau empat kali seminggu bersama Bella di kolam renang.

Selain berenang, kedua-dua ibu bapa moden ini juga sudah menghantar Bella ke sekolah sejak berusia enam bulan. Ini bagi memberi pendedahan sosial, pergaulan dan komunikasi dengan bayi lain serta perkembangan minda yang lebih baik menerusi permainan dan penggunaan alat muzik.

“Saya mahu Bella mahir dalam pelbagai bidang seperti muzik dan gimnastik, juga mengikut sunnah Rasulullah yang mahir dalam tiga perkara iaitu berenang, memanah dan menunggang kuda,” katanya yang akan memberikan kemahiran ini kepada Bella apabila usianya meningkat.

Bella yang masih menyusu badan secara eksklusif membesar seperti mana bayi lain. Sejak berusia empat bulan dia sudah pandai meniarap, merangkak ketika berusia lapan bulan dan kini mempunyai lapan batang gigi.

Malah Sheikh Muszaphar dan Halina sentiasa menantikan detik manis Bella berjalan dan pandai bercakap dengan lancar.

Kata Halina, setiap detik ditunggu dengan penuh keseronokan kerana ia ibarat pengalaman baru menantikan perkembangan Bella.

“Sebagai ibu memang saya tidak sabar melihat Bella membesar di depan mata.
Setiap hari melihat keletah manjanya, perbualan dalam bahasa sendiri
menyebabkan saya dan suami tidak boleh berjauhan dengannya,” katanya.

Ini diakui Sheikh Muszaphar yang memberitahu lebih merindui Bella dan akan mencari anak kesayangannya itu berbanding isteri apabila pulang ke rumah.

Walaupun adakala berbeza pendapat kerana Sheikh Muszaphar inginkan Bella berdikari manakala Halina sering memanjakan anaknya, kedua-duanya nyata memiliki pendapat yang sama iaitu ingin melengkapi Bella bukan saja dengan kemahiran dunia malah ilmu akhirat.

Ditanya bilakah ingin menambah cahaya mata kedua, sambil tersenyum Sheikh Muszaphar dan Halina menyerahkan kepada Allah dan tidak menolak rezeki namun pada masa kini mahu memberi tumpuan kepada anak kesayangan mereka.

Panduan mengajar berenang:

Ajar anak berenang seawal usia yang mungkin. Mungkin boleh dilakukan dengan menghantar ke kelas renang.

Memastikan anak minum susu dan tidur secukupnya supaya dia tidak meragam.

Memakai pakaian renang yang sesuai dan memastikan cuaca cukup baik sebelum membawanya ke kolam renang.

Bagi memberi ruang kepada anak mencari keselesaan, biarkan dulu dia bermain-main air sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Pastikan sentiasa di samping anak ketika di kolam renang bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. – Metro

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check