Info Kehebatan Komando Vat 69 MalaysiaPrevious Article
Pengganas Di Biayai Kuasa AsingNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Filipina Sepatutnya Lawan Malaysia,Bukan Sokong-MNLF

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Filipina Sepatutnya Lawan Malaysia,Bukan Sokong-MNLF
KUALA LUMPUR, 6 Mac — Presiden Benigno Aquino III tidak akan dimaafkan kerana bersikap lepas tangan semasa Malaysia mengebom bertali-arus rakyat Filipina di Sabah, kata ketua pemimpin pemberontak Nur Misuari yang juga memberi amaran situasi huru hara jika Sulu Sultan Jamalul Kiram III ditangkap dan pengikutnya diberkas.
Misuari merupakan ketua Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), sebuah gerakan politik Islam yang bertukar menjadi pemberontak pada 1969 berkata Aquino perlu lebih tegas dan menghentikan serangan Malaysia ke atas pengikut Jamalul, bukannya menyebelahi negara jiran mereka tersebut.
“Apa yang beliau lakukan sangat buruk,” kata pemimpin tersebut yang dipetik dalam The Philippine Daily Inquirer.
“Beliau bukan seorang mengetuai negara ini apabila menyebelahi musuh kepada orangnya sendiri.”
“Atas alasan apa beliau (Aquino) bekerjasama seiring dengan Malaysia, sebuah kuasa penjajah yang menduduki tanah orang kita? Saya menentangnya, sangat menentangnya dengan seluruh jiwa saya. Saya harap Presiden mendapat nasihat dengan baik. Saya harap beliau akan sedar. Jika tidak kami tidak akan memaafkannya,” kata beliau semasa sidang media semalam di kediaman Jamalul di bandar Taguig, Filipina.
 
“Dan terdapat cubaan untuk menangkap Sultan, saya difahamkan. Biarkan mereka buat, negara ini akan dalam huru-hara jika mereka meneruskannya. Saya janji kepada anda.”
Misuari juga mendakwa telah memberikan amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa penentangan kumpulan penceroboh Sulu di Sabah “dianggap sebagai sebuah peperangan”.
Beliau menambah kesediaannya utuk menyuruh cucu lelakinya yang tinggal di Malaysia dan sesiapa sahaja yang dikatakan saudara Najib untuk bercakap dengan perdana menteri tentang sebarang kemungkinan jalan perdamaian untuk menghentikan ketegangan.
Pegawai kerajaan Filipina berulangkali mengulangi kritikan yang keras ke atas pentadbiran Aquino kerana kegagalannya untuk melindungi nyawa rakyatnya sendiri, yang mana kebanyakkan rakyat Filipina percaya tuntutan mereka ke atas tanah di Sabah adalah munasabah.
Laporan The Inquirer juga berkata Misuari bersetuju dengan Kesultanan Sulu yang mendakwa Sabah “adalah tanahair kami”, tetapi menafikan beliau mencetus pencerobohan mereka di Sabah ataupun pengikutnya dalam MNLF menyertai pertempuran di Lahad Datu di mana kebanyakkan mereka dilapor mendapat latihan ketenteraan di Malaysia.
Menurut beberapa laporan di media Filipina, Misuari menyifatkan ia sebagai “gila” dengan membuat kesimpulan beliau bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan tersebut.
“Untuk sesiapa membuat spekulasi bahawa saya terlibat dengan pencerobohan (Sabah) adalah sesuatu yang gila,” kata beliau yang dipetik dalam laman mikro Twitter milik saluran media Filipina, ABS-CBN.
“Misuari juga menafikan membiayai kumpulan Kiram di Sabah.
“Ia bukan cara saya untuk melakukan sesuatu perkara,” lapor saluran tersebut yang menggunakan penggendali @ANCALERTS.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyokong kenyataan Misuari tersebut semasa sidang media semalam apabila mendakwa tiada bukti mengatakan pejuang MNLF yang dilatih Malaysia menyertai kumpulan penceroboh Muslim yang membuat tuntutan di Sabah.
“Kita hanya fokus kepada pengganas yang datang dari Sulu. Saya harap rakan-rakan kita berketurunan Sulu di Sabah dan seluruh negara tetap bersama-sama dengan kerajaan.
“Kita harus membezakan antara pengganas Sulu dengan orang Sulu yang berada di Sabah, sama ada mereka merupakan rakyat Malaysia berketurunan Sulu atau mereka yang mendapat taraf penduduk tetap di Sabah,” katanya.
Manila Bulletin semalam melaporkan Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu, mengatakan MNLF mempunyai senjata tersembunyi di dalam Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.
Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium di mana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan melalui Malaysia, kata Acmad kepada akhbar tersebut.
Acmad dilaporkan tinggal di Sabah selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas presiden Filipina pada ketika itu, Fidel V Ramos.
Bekas pemimpin militan itu memberitahu akhbar ramai komander pemberontak lama dan ahli mereka telah memilih untuk menetap di Sabah.
Kebanyakan mereka adalah dari Sulu, Tawi-Tawi dan semenanjung Zamboanga di selatan Filipina, katanya, sambil menambah orang-orang MNLF termasuk dari Maguindanao, Irano dan Maranao.
Acmad memberitahu, salah seorang komander kanan yang dilatih Malaysia menghubunginya beberapa hari lalu, memberitahu beliau sedang menyenaraikan pahlawan Tausug dan lain-lain untuk menyokong pengikut Agbimuddin Kiram dan keturunan kesultanan Sulu yang mendakwa memiliki Sabah.
“Saya cuba menghubunginya semalam melalui telefon tetapi tidak dapat lagi.
“Saya fikir beliau gagal untuk menembusi sempadan laut Malaysia dan Filipina,” Acmad dilaporkan berkata.
Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka ke atas sebahagian kepulauan Borneo tersebut.
 
Sehingga semalam, masuk 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check