Begini Rupanya Sistem Duit IMF Mencekik DarahPrevious Article
Gambar Model Sofea Putih Pada Asalnya Mempunyai BatangNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Bapa Stress Kosmo Menipu Kematian Anak

Article   2 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Harian Metro melaporkan tentang seorang bapa kecewa kerana dipersalahkan kerana kematian anaknya.

GEORGETOWN: Seorang bapa terkilan dengan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kematian anak bongsu lelakinya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas, di sini, pada 25 Disember lalu berpunca daripadanya.

Ruzaidi Yusoff, 43, berkata, dia kecewa dan malu selepas ramai pihak menyalahkannya hingga menyebabkannya tertekan.

Menurutnya, ada yang mengutuk dan mengeluarkan perkataan kurang manis dalam laman web sehingga maruahnya sekeluarga tercalar.

Katanya, dia ingin menjelaskan kedudukan sebenar terhadap kejadian menimpa anaknya, Muhammad Amshar Aniq Ruzaidi, 16, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan itu.

Menurutnya, anaknya seorang penunggang berpengalaman kerana mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada pelatih profesional dari luar negara selain turut terbabit dallam pasukan motosikal berkuasa tinggi, Dam DDM Superbike di Litar Antarabangsa Sepang.

“Dakwaan mengenai punca kematian kerana tiada pengalaman dalam mengendalikan motosikal berkuasa tinggi tidak benar sama sekali.

“Motosikal yang ditunggangi arwah milik saya bukan dihadiahkan seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar (bukan dari kumpulan The New Straits Times Press) tempoh hari.

“Saya merayu agar semua pihak menghentikan segala kecaman yang memberi tekanan terutama kepada isteri dan anak sulung kami, Muhammad Amirul Aqmar, 18, yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara di Merbok, Kedah,” katanya yang ditemani isterinya, Azlinda Danial, 43.

Sementara itu, Azlinda berkata, sebelum kejadian, anaknya ada memberitahu dan meminta izin untuk menunggang motosikal ayahnya itu untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang teman di Bayan Baru.

Menurutnya, beberapa jam sebelum kejadian juga mereka sekeluarga sempat menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-20.

Katanya, Muhammad Amshar sempat memberikan hadiah istimewa kepadanya sebelum keluar dan selepas selesai solat Zuhur.- Harian Metro

Kenapa laporan Kosmo sebelum ini “Hadiah bapa bawa bencana” mengatakan motor tersebut hadiah dari bapanya. Mana Kosmo dapat sumber berita?? Laporan Kosmo Online sebelum ini.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   2 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check