Pendedahan Petugas SPR Calon BN Rampas Kertas UndiPrevious Article
Gadis Sunti Tak Sempat Dirogol Kerana Ayah TelefonNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Artis Jelita Bollywood Jiah Khan Bunuh Diri

Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Artis Jelita Bollywood Jiah Khan Bunuh Diri

Artis Jelita Bollywood Jiah Khan Bunuh Diri-”Kami mengesyaki dia menggantung diri di kediamannya,” kata polis kepada agensi berita.

Mayat Jiah telah dihantar ke sebuah hospital untuk dibedah siasat.

Jiah dilahirkan di New York sebelum berpindah ke London dan Mumbai untuk membuat penampilan Bollywood pertama dalam filem kontroversi Nishabd pada 2007.

Dia melakonkan watak seorang remaja yang jatuh cinta dengan seorang rakan baiknya yang berusia jauh lebih tua daripadanya.

Watak rakan baiknya itu dilakonkan oleh Bachchan.

Filem itu mendapat ulasan yang sederhana daripada para pengkritik tetapi Jiah dipuji kerana lakonannya yang menyerlah.

Jiah yang menukar nama asalnya Nafisa Khan pernah berlakon bersama Aamir Khan dalam filem pecah panggung, Ghajini.

Industri perfileman India turut terkejut dan sedih dengan berita kematian itu.

Aktres Sonam Kapoor menghantar mesej di laman Twitter berhubung kematian Jiah.

“Apa yang terjadi. Adakah berita itu betul. Tragedi yang dahsyat,” katanya

MUMBAI – Seorang bintang baru Bollywood, ditemui mati tergantung di kediamannya di sini, kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Chhering Dorje berkata, Nafisa Khan atau Jia Khan, 25, disahkan membunuh diri.

Anak kelahiran Britain itu menempa nama dalam industri Bollywood pada 2007 bersama pelakon terkenal Amitabh Bachchan menerusi filem Nishahb.

Dia juga pernah digandingkan bersama Aamir Khan dalam filem Ghajini  sebelum beraksi dalam Housefull pada 2010.  – Al-Jazeera

MUMBAI – Seorang aktres Bollywood, Jiah Khan ditemui mati di apartmennya di sini dipercayai membunuh diri, kata polis semalam.

Dia yang pernah berlakon buat kali pertama bersama pelakon legenda, Amitabh Bachchan, dibesarkan di London sebelum berpindah ke India untuk menceburi industri perfileman Bollywood.

Menurut seorang pegawai polis, mayatnya ditemui oleh keluarganya.

Laporan media menyatakan, mayatnya ditemui oleh ibunya.

Pegawai tersebut menyatakan pihak polis menyoal beberapa jirannya.

Dia juga memberitahu kepada pemberita, tiada nota bunuh diri ditemui bersama mayat Jiah yang berusia 25 tahun.

Bachchan ketika dihubungi AFP semalam memberitahu, dia terkejut dan berasa bingung dengan berita tersebut.

Dalam pada itu, aktres Bipasha Basu turut menghantar mesej di laman Twitter dengan menyatakan, Tuhan merahmati rohnya.

Filem terbaharu Jiah, Housefull yang dikeluarkan pada tahun 2010 turut dibintangi oleh Akshay Kumar dan Deepika Padukone.

Pengarah filem Nishabd, Ram Gopal Farma menyatakan Jiah diselubungi kemurungan ekoran kerjayanya dalam bidang lakonan menemui kegagalan.

Aktres itu dilaporkan mahu meneruskan kerjayanya dalam kursus reka bentuk dalaman selepas kerjaya lakonannya gagal.

Dia juga menjalin hubungan dengan Suraj Pancholi yang merupakan anak kepada pelakon Aditya Pancholi selama setahun.

BEBERAPA anggota polis mengawal bangunan apartmen yang didiami Jiah di Mumbai semalam.

Menurut laman web Jiah, dia akan berlakon dalam filem keluaran Hollywood.

Jiah merupakan anak perempuan kepada Ali Rivzi Khan yang merupakan aktres berketurunan India yang popular pada tahun 1980-an. – Agensi

 

Comments

Tak Lupa Komen

Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check