Polis Dikorek Mata,Dibelah Perut Dan Tangan Dipotong PencerobohPrevious Article
700 Penceroboh Mendarat Di KK Adalah PalsuNext Article
Breaking News

Latest Hot

52 Penceroboh Dibunuh,Kronologi Ops Daulat

Article   15 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

OPS DAULAT :MALAYSIA STRIKE BACK
SYABAS ATM DAN POLIS

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan Amerika Syarikat
(AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam
mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan
pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.

2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang
jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah
menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan
kita.

3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu
melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai
isyarat mahu menyerah diri.

4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas
bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan
dan menembusi kepala Allahyarham.

5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena
peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.

6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang
kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.

7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan
bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil
dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak
mati.

8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya
Simunul, Kampung Seri Semporna.

pakaian lanun kiram



9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB)
bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan
mereka seperti sudah dapat dihidu.

10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru
sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah
jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.

12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua

pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang
dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong
kedua-dua tangannya.

13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan
mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari
kaum Sulu yang syahid.

14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada
tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya
jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.

15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang
mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak
diluar batas kemanusiaan.

16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran
dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka
yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

OPERASI DAULAT

17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.

18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang
tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini
seolah-olah mereka ini lebih tahu.

19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau
permainan video game.

20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang
saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur
masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan
telinga saya di negeri itu.

21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada
siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu
menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang
tidak benar.
 
MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT

OPERATION

22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700

23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4
buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.

24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia
kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan
bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.

25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau
Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando,
tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.

28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk
membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara
nyata kecuali dalam latihan.
 
52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS
PADA 8 MAC

29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak
dari kali pertama pertempuran bermula.

30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filiphina,
mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA

MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.

31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru
dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk
menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.

SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI

32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai
kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad
Datu.

33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.

34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan
Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua
pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas
berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di

Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana
masalah komunikasi.

36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada
masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.

37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan
memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka
membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi
ketenteraan.
 
PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA

38.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi
kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada
pasukan keselamatan negara kita.

39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” (klik sini) disiarkan, dan
mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.

40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini
dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas
dari pasukan keselamatan Malaysia.

41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram
merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.

42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa
syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.

Sumber artikel : www.militaryofmalaysia.net 
SYABAS MALAYSIA

Comments

Tak Lupa Komen

Article   15 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check