300 Biker Serbu Sri Pentas,Mazidul Menyorok Dalam TandasPrevious Article
Budak Pontianak Muncul Di ChinaNext Article
Breaking News
  • Papa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi HantuPapa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi Hantu PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang "mesra" dan "peramah" dengan semua orang. Pengarah [...]
  • Pengganas Wanita Kiram Tawan Penduduk LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita [...]
  • Tolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas KiramTolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas Kiram PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, [...]

Latest Hot

300 Biker Berkumpul Depan Sri Pentas

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka
.
Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.
Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.
Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan “Kami bukan bukan pelesit”, “Get out Mazidul” dan “Kami sayang TV3″.
Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.
Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.
“Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini ‘pelesit jalanan’.
“Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul,” katanya.
Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.
Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka “syaitan jalanan”.
“Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu,” katanya lagi.@Malaysiakini


Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check