Pati Mati Kebuluran,Ditembak Dan Dilayan Seperti Haiwan-Media FilipinaPrevious Article
Kena Sediakan Surat Wasiat Sebelum Ke Lahad DatuNext Article
Breaking News
  • Pelajar Usia 14 Thn Tinju Muka Cikgu Bertubi-Tubi gambar hiasanDifahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.Semuanya bermula kira-kira jam [...]
  • Video Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad DatuVideo Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad Datu Video ini memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol [...]
  • Lol Papa Gomo Dedahkan Video Orang PKR Onani PulaLol Papa Gomo Dedahkan Video Orang PKR Onani Pula Blog Papa Gomo memang Blog Panas yang banyak membawa isu isu berkaitan dengan moral pimpinan Pakatan Pembangkang. Blog ini sememangnya menjadi ancaman [...]

Latest Hot

30 Penduduk Ditawan Pengganas Sulu Selama 8 Jam

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
30 Penduduk Ditawan Pengganas Sulu Selama 8 Jam

LAHAD DATU – Bayangkan sekiranya kita ditawan oleh kumpulan bersenjata yang tidak diketahui asal usulnya… Begitulah yang berlaku kepada lebih 30 penduduk Tanjung Batu dekat sini pada 1 Mac lalu.
“Senjata api dipegang kejap. Kami takut. Bimbang. Jika senapang picu senapang dipetik sudah pasti nyawa kami melayang…
“Seorang penduduk kampung marah-marah. Tidak puas hati dengan kemunculan penceroboh yang mengacau kehidupan aman kami. Dia merengus.
“Sepantasnya penceroboh itu menghampirinya. Parang panjang di tangan diacu ke leher penduduk kampung itu. Kami yang melihat terasa gerun.”
Detik-detik cemas itu dilalui hampir lapan jam oleh penduduk Tanjung Batu, apabila mereka diarahkan meninggalkan rumah dan berkumpul di satu kawasan lapang bagi memudahkan kawalan.
Itulah diceritakan Alimudin Abdullah, 60-an, selepas dia dan penduduk kampungnya ditawan sekumpulan lebih 30 penceroboh bersenjata yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
Mengimbas kembali, Alimudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kebanyakan penduduk kampung menuruti arahan penceroboh kerana dikhuatiri mereka bertindak ganas.
“Kebanyakan mereka memiliki senjata api. Ada juga bawa parang. Tetapi ketika itu suasana masih gelap. Subuh. Cahaya sekadar berbalam-balam. Saya tidak dapat mengenalpasti wajah mereka. Jumlah mereka agak ramai,” katanya ketika ditemui di
pusat pemindahan sementara Dewan Embara, Felda Sahabat 17.
Warga emas separuh abad itu juga menceritakan bagaimana sebahagian penduduk kampung sanggup mengambil risiko melarikan diri.
“Mereka suruh kami memasak bersama mereka pada hari berkenaan. Kami bagi alasan untuk pulang ke rumah mengambil bahan mentah. Mereka izinkan.
“Nasib kami baik sebab mereka tidak mengekori. Jadi peluang itu kami gunakan untuk larikan diri,” katanya.
Alimudin antara yang sempat menyelamatkan diri sebelum menerima bantuan pihak berkuasa.
“Lapan jam ditawan terasa nyawa berada di hujung senjata,” kata Alimudin.-Sinar Harian

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check